Jutawan Is Real! Dulunya Berniaga Ayam Bantu Ayah, Kini Jadi Usahawan Berjaya Dengan Hanya Jual Tudung Bawal

Cuba bayangkan korang baru je habis SPM tapi disebabkan kesusahan dan kesempitan hidup, korang terpaksa meniaga ayam, membantu ayah yang tak dapat nak beri kesenangan buat anaknya.

Inilah kehidupan yang terpaksa dihadapi wanita berusia 26 tahun ini suatu ketika dahulu. Umurnya yang baru sahaja 18 tahun ketika itu dah terpaksa cari duit lebih untuk bantu ayah. Jika nak dibandingkan dengan budak-budak muda lain, usia sementah itu, masih lagi berseronok dan tercari-cari hala tuju hidup.

Apa yang membanggakan kami di RichWorks, Wan Nur Shafiqah Wan Mat Rifin ni sangat matang pemikirannya dan dia dah berjaya bina legasi perniagaan Gallery Bawal nya hingga ke peringkat antarabangsa walaupun baru berusia 26 tahun. Bukan calang-calang!

Siapa sangka budak mentah yang hanya membantu ayah menjual ayam, dari situ dia belajar bagaimana untuk mulakan bisnes pada usia 19 tahun.

“Saya tak mahu lagi hidup susah. Saya nak bangkit untuk tolong diri sendiri dan juga bantu wanita lain di luar sana untuk perbaiki hidup dengan cari sumber kewangan melalui perniagaan.”

Kalau ditanya pada orang lain pun, semestinya siapa pun tak mahu hidup dalam kesusahan. Tapi korang nak tahu tak, apa yang buatkan ramai orang terperangkap dalam kesusahan dan kesempitan hidup ni sebab mereka tak tahu macam mana cara nak keluar. Lepas tu mereka putus asa dan cuba hidup selesa dengan apa yang ada je. Korang jangan macam ni ye.

Kata Syafikah, dia pernah hidup susah sampaikan tak ada duit langsung nak makan. Ni bukan benda main-main ye. Kalau korang ada kat tempat dia, apa korang nak buat? Macam mana nak beli makanan kalau duit seposen pun tak ada dalam poket?

Sebab tu dia tak nak biar hidup susah tu terus menerus ada dalam diri dia. Apa yang dia buat betul, dia mulakan bisnes jual tudung bawal. Masa ni lah wujudnya Gallery Bawal. Dia percaya dengan berniaga, rezeki tu ada dan boleh dapat pendapatan yang lebih baik.

Tapi, kalau berniaga syok sendiri dan hanya bergantung pada minat jer memang tak boleh tolong dia bina bisnes berjaya. Mustahil dia boleh capai sales juta kalau tak ada ilmu.

Perjalanan bisnesnya tak seindah yang disangka. Dia tak sangka pulak berniaga ni kena ada matlamat jangka panjang yang jelas. Waktu ni jugaklah juga baru sedar betapa pentingnya untuk seorang usahawan memiliki ‘leadership’.

Bisnes bila dah semakin berkembang ni mesti dah ada staf. Tapi korang nak tau tak, staf dia yang ada 8 orang ketika tu berhenti serentak disebabkan masalah dalam team. Dari sini jugaklah dia dapat belajar sesuatu iaitu bisnes bukan setakat tahu buat duit sahaja. Nak kembangkan bisnes mesti ada ‘team’. Nak kembangkan tak boleh main sendiri-sendiri, kena ada strategi, team dan formula yang tepat.

Jadi apa yang dia buat? Takkan dia nak biarkan bisnes dia terkubur macam tu je? Macam mana dia nk ubah hidup, nak jaga satu-satunya ayah dia. Dia memang tak nak berpaling dengan hidup susah macam dulu dah!

Dengan niat yang betul, dia buat pertama kalinya menyertai program RichWorks. Dalam program yang dia pergi inilah dia mula faham bisnes bukan setakat tahu buat duit dan tahu menjual je, banyak lagi perkara yang dia perlu ambil tahu.

Dari program marketing, Marketing Millionaire Marketing, dia mula belajar tentang ‘magic numbers’, cara buat marketing yang betul, cara uruskan bisnes dan team dan bermacam-macam lagi. Kalau nak di listkan memang terlalu banyak.

Disebabkan mahu bina bisnes yang lebih baik, dia komited untuk menjadi salah seorang ahli Titanium, iaitu program mentoring yang dapat membimbing usahawan untuk kembangkan bisnes dengan lebih baik.

“Saya bersyukur sebab saya ambil jalan dan buat keputusan dengan tepat masuk Titan walaupun saya pergi kelas Dr Azizan Osman buat pertama kali dalam hidup dan terus saya sign up jadi Titan. Alhamdulillah saya bersyukur sebab banyak perubahan yang terjadi pada saya selepas saya jadi Titan…”

Apa yang paling membanggakan adalah dengan usaha dan tindakan serta doa, pada usia seawal 25 tahun dia telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan negeri Kelantan kerana pencapaiannya yang terbaik dalam bidang perniagaan. Fuh! Amacam, hebat ke hebat?

Daripada seorang yang membantu ayah berniaga ayam, kini anak bongsu kesayangan ayah ini telah berjaya menghadiahkan ayahnya kereta baru dan juga berusaha untuk menyiapkan rumah ayahnya. Dia juga berjaya hantar 2 orang stafnya untuk menunaikan umrah. Ni antara Win yang dia dapat sejak bermentorkan Dr Azizan Osman

Beliau juga sangat bersyukur, dengan ilmu, mentor dan tindakan beliau kini mampu buat jualan lebih RM1.8 juta pada 2018 dan meningkat naik sebanyak 78.50%, RM3.3 juta pada 2019 hanya jual tudung bawal sahaja! Padu kan?

Inilah sikap tak mudah menyerah kalah dan sikap yang tak mahu selamanya hidup susah dan berada dalam keadaan yang sama jer sepanjang masa.

Adakah korang mahu ubah hidup dan jadi jutawan dan dapat bantu bukan je diri sendiri, tapi dapat bantu mak ayah korang dan yang paling win, dapat bantu orang di luar sana. Apa salahnya kita bantu mereka yang memerlukan?

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Moratorium – Berita Gembira Buat PKS Mikro

Berita gembira dengan lanjutan moratorium buat rakyat Malaysia terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas ekoran pandemik ketika ini. Lanjutan moratorium diumumkan yang

Kenapa Buat Bisnes?

Ramai daripada anda rasanya tahu kenapa nak buat bisnes? Untuk nak jual produk atau perkhidmatan, nak cari pendapatan dan macam-macam lagi. Betul, tak salah, cuma