Jas Vision : Pernah Nak Putus Asa, Tapi RichWorks Bantu Ubah Mindset

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Jas Vision : Pernah Nak Putus Asa, Tapi RichWorks Bantu Ubah Mindset

Founder Kedai Cermin Mata Jas Vision, Puan Jasniza Jamal pilih untuk berniaga apabila seronok tengok gaya hidup usahawan muda yang dikenali.

“Selepas sahaja graduate saya pilih untuk buka kedai cermin mata sendiri kerana terpengaruh dengan saudara terdekat yang buka kedai dan berniaga.”

“Saya percaya dia punya kebebasan masa dan kebebasan kewangan banding dengan yang bekerja. Selepas berniaga baru saya tahu cabaran sebenar buka kedai,” katanya.

Di sangka bisnes ini mudah dan indah, namun selepas 10 tahun berniaga, Puan Jasniza tak ada kelapangan masa untuk keluarga. Malah beliau menerima kritikan-kritikan orang bahawa ‘bodoh’ pergi berniaga dengan ke kedai sebelum matahari terbit, balik kedai lepas matahari terbenam.

Pada mulanya ia menjadi pembakar semangat beliau namun selepas berjuang seorang-seorang untuk 10 tahun rasa agaknya betullah apa orang cakap.

“Saya tak ada personal life, tak dapat bagi bulanan (duit) memuaskan kepada keluarga dan lain-lain.”

“Namun, RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman bantu saya tukar mindset dalam IMKK – tahu mengenai big why, keramat hidup dan jelaskan lagi tentang kehidupan kita ini pada 2016,” ujarnya.

Selepas itu, beliau ambil keputusan untuk berbuat sesuatu dengan mendapatkan bimbingan. Sebab sudah 10 tahun usahakan kedai cermin mata, tapi tak ada apa-apa lagi kelihatan, hutang PTPTN pun tak boleh bayar.

Beliau kemudian terus daftar MMM dan buat keputusan join program mentoring SPIRE iaitu pada 2018. Beliau tertampar dengan kata-kata Dr Azizan dalam MMM.

“Kita sangka semua orang sudah tahu pasal kita, sedangkan kita tak memberitahu orang tentang kita,”.

Maksudnya apa yang beliau ada sekarang sebenarnya belum maksimum lagi. Sebelum bersama RichWorks saya pernah cari penasihat bisnes di luar, ada lihat lokasi bisnes (Baling, Kedah), hasil setahun dan mereka beritahu memang sudah tak dapat berkembang lagi.

Sedangkan Dr Azizan kata, kau rasa semua orang dah tahu pasal kau!!!

Pencapaian Jas Vision

Tanpa bimbingan dalam SPIRE, Puan Jasniza mudah lost… jualan kedai ada peningkatan tapi sangat perlahan. Setiap 3 tahun ada naik 25% tapi apabila dibimbing RichWorks selepas tahun pertama, jualan tahunan meningkat ke 54%.

Sebelum dibimbing dalam SPIRE, jualannya sekitar RM542,000 pada 2018 dan kemudian meningkat kepada RM848,362 selepas dibimbing pada 2019. Pada tahun lalu, JAS Vision hampir mencapai jualan RM1 juta pertama iaitu RM917,000.

Pesan Puan Jasniza kepada usahawan lain bahawa pentingnya ilmu tentang pengurusan bisnes, kewangan, leadership dan marketing. Di samping itu, kita memerlukan MenThor dan circle iaitu rakan usahawan yang positif dapat support satu sama lain.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan