Kenapa pula jangan upgrade keupayaan staf sendiri? Yalah, mungkin anda rasa ‘membazir’ pula nanti sebab kena keluarkan duit yang banyak untuk hantar mereka ke seminar dan bengkel berkaitan tugas mereka di luar sana.
Betul ke?
Betullah jika anda tak mahu bisnes grow lagi dan dapat pergi ke tahap lebih tinggi. Boleh dikatakan Founder atau leader bisnes ini tidak berpandangan jauh hingga ‘kedekut’ untuk keluarkan duit dan sedangkan ia akan memberikan impak positif kepada bisnes berkenaan.
Jelas MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa kunci pertama faktor yang menjadikan bisnes boleh grow adalah manusia yang drive atau memacu bisnes itu iaitu leader.
“Faktor kedua penting selepas become a great leader adalah berapa bagus you develop the next leader”
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Perkara ini merupakan ‘bahan asas’ untuk membina organisasi bisnes dalam jangka masa panjang. Banyak bisnes di luar sana didapati grow gila-gila namun kemudian dia terhenti pada satu masa malah mengundur pula.
Hal ini disebabkan bisnes berkenaan tidak tahu soal leadership menyebabkan tak melaburkan duit mereka kepada manusia.
Keupayaan Staf
Contohnya, dalam RichWorks sendiri menekankan soal manusia dalam membangun dan membina staf untuk menjadi aset terbaik syarikat. Malah mereka juga akan dibimbing, dilatih dan dididik untuk menjadi leader.
RichWorks yang terus berkembang bermula sejak 2008 hingga hari ini melahirkan leaders dari dalam yang mempunyai kemahiran dan kepakaran masing-masing.
Sehubungan itu, bisnes-bisnes tidak boleh mengabaikan soal pemerkasaan dan meningkatkan keupayaan team anda dari semasa ke semasa.
Perubahan teknologi yang pantas, membuatkan kita perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkaitan agar dapat menggunakan kelebihan kemudahan itu supaya terus berada di hadapan.
Kajian Kes
Sebagai contoh, kami kongsikan kisah salah seorang Founder yang bersama RichWorks. Founder Nurraysa, Puan Nur Aini Zolkepeli telah mencapai status jutawan pada usia 23 tahun.
Beliau pada asalnya memulakan bisnes hanya untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan membantu suaminya, Tuan Saiful Anuar Seliman.
Setiap kali program keusahawanan dianjurkan RichWorks, beliau tidak ketinggalan menghantar team termasuk leader mereka mengikutinya untuk meningkatkan ilmu berkaitan.
Hasil usaha yang dilakukan, seramai 13 jutawan telah berjaya dilahirkan daripada bisnes ini selain mempunyai lebih 12,000 ejen Nurrasya di seluruh negara.
Siapa sangka, jenama produk kosmetik Mesra Wuduk ini bermula dengan hanya modal sebanyak RM500. Puan Nur Aini mahu mewujudkan bisnes berjemaah dan beliau komited memberi bimbingan kepada stokis & ejen Nurraysa sehingga mereka mampu membuat jualan 6 angka sebulan!
Mengapa beliau sanggup melaburkan wang yang banyak untuk meningkatkan keupayaan staf & team?
Sebabnya, dengan team yang bagus dan berkeupayaan sudah tentu dapat membantu meningkatkan lagi bisnes mereka.
Team yang mendapatkan ilmu dan kemudian mengaplikasikan dalam operasi bisnes mereka akan mendatangkan hasil lebih baik lagi.
Adakah anda mahu bertindak seperti bisnes ini? Mahukah anda mendapatkan hasil lebih baik lagi?
Jika mahu, jangan ‘takut’ nak laburkan wang anda untuk menghantar team ke seminar dan program pendidikan keusahawanan berkaitan yang telah terbukti memberikan results.
Seperti di RichWorks dengan pengalaman lebih 12 tahun, telah pun melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam keusahawanan untuk membina bisnes yang berjaya.
Anda pun boleh seperti mereka.