Jangan Tergesa-Gesa, Anda Tidak Ketinggalan Pun Dalam Hidup!

Jangan Tergesa-Gesa, Anda Tidak Ketinggalan Pun Dalam Hidup!

Semua benda kita nak cepat. Terburu-buru untuk sampai ke tempat yang kita tuju, tergesa-gesa untuk berjaya dan tergesa-gesa untuk menyelesaikan sesuatu.

Kita menjadi tertekan apabila perkara tidak berlaku mengikut cara yang dimahukan dan apabila keputusan tidak dicapai serta-merta. Ia ibarat sebuah perlumbaan dan kita takut ketinggalan.

Konsep garis masa (timeline) secara sedar atau tidak telah tertanam dalam fikiran kita sejak awal lagi.

Sama ada tamat pengajian pada usia 22 tahun, berkahwin pada usia 25 tahun atau bersara pada usia 65 tahun, nampaknya sentiasa ada sesuatu yang sepatutnya dilakukan pada usia atau masa tertentu.

Dan jika kita tidak berjaya mencapainya pada tarikh yang disasarkan, mulalah timbul perasaan tidak senang di minda. Kita mula mempersoalkan kenapa kita tidak berada di tempat yang sepatutnya dan  mula membandingkan garis masa kita berbanding dengan orang lain.

Tetapi anda tahu apa? Di sebalik tekanan dan kesegeraan untuk ke garisan penamat, kita sebenarnya tidak patut berada di mana-mana mengikut sesuatu tarikh akhir atau peraturan kerana ia tidak wujud.

Pada masa ini, anda sedang mencipta dan melalui perjalanan unik yang dicipta oleh anda sendiri.

Perkara yang perlu anda sedar ialah setiap orang berada di laluan mereka sendiri dan kita semua mempunyai garis masa sendiri.

Perjalanan hidup anda sangat unik dan tidak akan pernah sama dengan perjalanan orang lain.

Kita perlu melupakan idea bahawa terdapat jangkaan untuk melakukan sesuatu pada usia tertentu. Tiada peraturan untuk semua permainan ini. Semua orang berada pada jam mereka sendiri.

Anda mungkin melihat orang di sekeliling dan menganggap mereka berada di hadapan atau di belakang anda. Namun, sebenarnya mereka benar-benar hanya menjalani kehidupan mereka mengikut rentak jam mereka sendiri.

Berhenti risau tentang umur. Berhenti runsingkan tentang segala-galanya. Cuba dan nikmati di mana anda berada.

Terima, rangkul dan nikmati segala yang terjadi. Jadikan ia sebahagian daripada cerita anda. Jangan biarkan masyarakat menentukan apa yang patut anda lakukan atau miliki. Apa sahaja yang anda miliki atau lakukan adalah hal anda sendiri kerana ini adalah hidup anda, bukannya orang lain.

Kegembiraan dan kejayaan anda tidak akan ditentukan oleh kertas yang anda terima dari kolej, jumlah wang dalam akaun bank atau saiz rumah yang anda miliki.

Percayalah, anda berada di garis masa anda sendiri, mengikut laluan anda sendiri dan mengikut kadar anda sendiri. Jangan tergesa-gesa.

Artikel terbaru

3 Comments

  • norita

    Thanks💕 Most make life peaseful, more relax but new energy with this story👌👍

  • ramai yang ada rasa FOMO, fear of missing out. Duit dan peluang datang pada orang yang bersedia, selagi kita belum bersedia, apa saja peluang yang datang berkemungkinan besar boleh makan diri kita balik.

    mulakan dengan konsisten belajar ilmu bisnes, dan kewangan dari sumber yang betul, seperti Richworks 🙂

Leave a Reply