Keperluan untuk mengikuti teknologi adalah jelas. Ia merupakan salah satu elemen penting untuk berjaya dalam dunia perniagaan hari ini, dan tiada syarikat yang mampu menafikannya.
Teknologi terkini meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan infrastruktur syarikat, menjadikan kerja lebih cepat dan lancar.
Teknologi merendahkan risiko keselamatan dan membantu mengelakkan kerugian tidak disengajakan, menghapuskan gangguan atau halangan boleh melambatkan atau menghentikan kerja yang tidak menyenangkan.
Lazimnya, teknologi merupakan pelaburan yang mahal tetapi perlu dan bermanfaat.
Tetapi semua teknologi di dunia akan menjadi sia-sia tanpa pasukan pekerja yang boleh dipercayai dan cekap.
Percaya kepada pekerja dan tanya mereka tentang keperluan teknologi bagi melicinkan tugas mereka.
Mereka akan tahu apa yang mereka perlukan, dan tidak perlukan, dan apa yang berkesan dan apa yang tidak.
Teknologi semakin maju dan berubah dengan begitu pantas.
Galakkan pekerja untuk belajar, mengikuti teknologi terkini dan terbaik bersesuaian dengan tugas serta keperluan masing-masing.
Memotivasikan pekerja untuk ingin tahu tentang persaingan dan industri.
Dalam keghairahan mengejar teknologi jangan lupa kebajikan perkerja.
3 kaedah menghargai perkerja:
1. Libatkan pekerja dengan menunjukkan penghargaan.
Tunjukkan bahawa mereka diperlukan dan dihargai. Mengiktiraf pencapaian mereka dan menghargai usaha dan sumbangan mereka.
2. Berkumpul dengan kerap
Walau berada dalam era teknologi yang serba canggih, luangkan masa untuk berkumpul dengan lebih kerap.
Jika tak mampu perjumpaan secara fizikal, hubungkan pekerja secara digital.
3. Minta maklum balas
Dengar luahan hati pekerja. Ambil kritikan secara positif yang boleh membimbing jalan ke arah penambahbaikan.
Hari ini, pekerja berasa cukup berkuasa meninggalkan pekerjaan mereka untuk peluang yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Menjaga, memupuk dan menghargai pekerja adalah penting untuk mengelakkan kehilangan faedah kemahiran dan bakat mereka.
Pekerja adalah aset utama mana-mana perniagaan. Melabur dalam teknologi, tetapi melabur untuk pekerja lebih banyak lagi.
4 Comments
Terima kasih atas nasihat ini🥰
Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!
Terima kasih atas nasihat ni. Pada akhirnya, pekerja masih lagi aset yang sangat bernilai bagi majikan
Amazing! Terima kasih atas perkongsian. Semoga dipermudahkan urusan.