Dalam dunia perniagaan, banyak aspek dan perkara asas yang perlu dititikberatkan bagi memastikan perniagaan yang dibina berjalan dengan lancar dan menuju ke arah yang kita sasarkan.
Kalau nak ceritakan semua memang terlalu banyak, tapi ada tiga perkara asas yang usahawan tidak boleh abaikan jika nak mencapai kejayaan yang berterusan.
3 perkara asas dalam perniagaan
Matlamat, ilmu serta tindakan. Setiap elemen ini memainkan peranan penting dalam membentuk strategi, pengurusan dan keseluruhan pendekatan kepada perniagaan. Jika tiada salah satu darinya, tutup je lah perniagaan tu.
1. Matlamat
Pertama sekali, matlamat adalah kompas yang memberi arah kepada perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan mungkin bergerak tanpa arah tujuan yang pasti seperti kapal yang terumbang-ambing di laut yang luas tanpa peta.
Matlamat membantu menggariskan visi jangka panjang dan sasaran spesifik yang ingin dicapai oleh perniagaan. Ia bukan sekadar tentang mencari keuntungan semata-mata, tetapi juga melibatkan aspek-aspek seperti memberi nilai kepada pelanggan, membangunkan pasukan yang berdaya saing serta memberi sumbangan kepada masyarakat.
Dan matlamat yang jelas juga mampu memberi arah kepada semua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh perniagaan.
2. Ilmu
Kedua, ilmu merupakan tulang belakang kepada kejayaan perniagaan. Usahawan yang berjaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang industri, pasaran, teknologi dan juga trend semasa.
Ini membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak dan berpotensi memberi kelebihan bersaing kepada perniagaan mereka.
Ilmu juga membantu perniagaan untuk mengenal pasti peluang-peluang yang baru, meramalkan perubahan dalam pasaran dan menyesuaikan strategi perniagaan mengikut keperluan semasa.
Pemahaman yang mendalam tentang aspek-aspek ini membolehkan perniagaan untuk bertindak secara proaktif dan inovatif dalam menghadapi cabaran yang mungkin timbul.
3. Tindakan
Ketiga, tindakan adalah kunci untuk mengubah impian anda menjadi kenyataan. Tanpa tindakan yang berkesan, matlamat dan ilmu hanyalah idea-idea kosong yang tidak membawa perubahan yang sebenar.
Pemilik perniagaan dan pasukan mereka perlu bersedia untuk mengambil risiko yang terkawal dan melaksanakan pelan tindakan dengan tekun.
Tindakan yang konsisten dan fokus membantu perniagaan untuk maju ke hadapan dan mencapai kejayaan yang diingini.
Setiap langkah kecil yang diambil membawa perniagaan lebih dekat kepada matlamat yang ditetapkan.
Perkara asas yang berkait
Secara keseluruhan, matlamat, ilmu dan tindakan adalah tiga perkara asas dalam perniagaan yang saling berkait rapat dan penting untuk membentuk asas yang kukuh bagi kejayaan perniagaan setiap usahawan.
Dengan memiliki matlamat yang jelas, pengetahuan yang mendalam dan keberanian untuk bertindak, setiap usahawan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang berterusan dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah dan mencabar.
Jika anda seorang pemilik bisnes dan nak dapatkan panduan serta strategi yang terbukti berhasil bagi capai jualan lebih RM1 juta mahupun RM10 juta setahun, pastikan mohon untuk hadir ke sesi Business Coaching bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman di pada 22 Mei 2024 di SACC.
Mohon di richworks.com/businesscoaching