Irah Sukri Global, sebelum berada pada tahap ketika ini, membina kejayaan dalam bisnesnya, beliau sudah berniaga 10 tahun di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Mula berniaga menjual kain pasang pada tahun 2008 di Pasar Siti Khadijah yang rata-rata ada dalam 700 bisnes yang lebih kurang sama saja.
Bagaimanapun, sudah bertahun-tahun berniaga tak dapat hasil yang diimpikannya. Bisnes stuck, tiada banyak kemajuan meskipun sudah ada 15 lot gerai dengan hanya dua pekerja, masih duduk di rumah sewa malah tiada simpanan.
Ketika berniaga di Pasar Siti Khadijah, beliau umpama berniaga bermusim. Hanya bergantung kepada pengunjung yang datang ke sini terutama musim perayaan dan cuti sekolah.
Mengharapkan pelanggan datang ke kedai untuk membeli dan terpaksa bersaing dengan peniaga lain yang menjual produk yang sama.
Sales perniagaan beliau meningkat hanya apabila tiba musim cuti sekolah kerana dengan adanya pelancong dari negeri luar. Sales susah untuk meningkat jika bukan musim cuti sekolah, ini kerana beliau terpaksa bersaing.
Apa yang silap agaknya ye?
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Irah Sukri Global Sdn Bhd, Rokiah Abdul Karim beritahu, beliau ketika itu sangat rajin dengan masuk pelbagai program seperti konvokesyen bagi nak memajukan bisnes dijalankan.
Katanya, ketika itu beliau mula tertanya apa sebenarnya jalan untuk dapatkan hasil yang berlainan.
“Benda paling betul nombor satu bagi Irah buat adalah masuk kelas dan mula belajar bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
“Irah mula nampak results daripada belajar, dari team 2 orang alhamdulillah hari ini sudah ada 40 orang, malah ambil keputusan untuk tutup 15 lot kedai di Pasar Siti Khadijah,” katanya ketika sesi Titan Summit 2021 baru-baru ini.
Puan Irah juga meluahkan rasa kesal sebab tak tahu tentang RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak dulu lagi.
“Kalaulah aku tahu lebih awal tentang RichWorks ni, mesti aku takkan buang masa 10 tahun macam tu je…,” ujarnya.
Starting point yang menyebabkan Puan Irah buka mata untuk hadir ke program RichWorks ialah apabila beliau menonton sesi live bersama Puan Halimah. Puan Halimah ialah seorang usahawan yang tak tahu membaca mahupun menulis.
Dari situ, Puan Irah sedar yang usahawan yang tak berpendidikan tinggi seperti Puan Halimah pun boleh buat bisnes sampai jualan berjuta-juta…Kenapa tidak dirinya sendiri? Sejak tu, Puan Irah terus buat keputusan untuk ke program RichWorks
Stok yang banyak sebelum ini, akhirnya makin cepat habis hingga tak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi.
Puan Irah juga membuka butik di luar Pasar Siti Khadijah bagi dijadikan sebagai pejabatnya. Semakin belajar dan dibimbing, proses perkembangan berlaku.
Kini pejabat sudah ada tingkat dua dan rasanya sudah tak cukup tempat. InsyaAllah kita akan berkembang lagi dan mencari tempat baru.
Pesan Puan Irah kepada bangsa usahawan
Benda paling betul baginya adalah bila mula ada ilmu. Mula tundukkan diri, jaga adab dengan guru.
“Kejayaan itu tak mustahil tapi kita kena berusaha. Jangan pernah berhenti untuk berusaha dan jangan give up,” tegasnya.
Circle paling bernilai dalam Titanium. Puan Irah sendiri nampak brand dalam circle, dari kecil menjadi besar. Beliau berada dalam circle Titanium dalam 3 tahun dan menyaksikan sendiri proses perubahan dan kemajuan bisnes-bisnes lain.
“Kalau aku sabarkan diri, lalui proses, insyaAllah aku pun boleh jadi hebat macam brand lain.
“Semakin banyak belajar, makin banyak kita tahu dan kejayaan pun rasa semakin dekat,” ujarnya.
Beliau sudah tahu untuk mencapai jualan jutaan ringgit itu mudah namun perlu ada komitmen, kesungguhan dan luangkan masa untuk perkara berfaedah seperti ilmu.
“Jangan stop untuk belajar, cabaran pasti ada. Bersedia terima kejayaan dan cabaran,” katanya.
Bayangkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Irah Sukri Global antara yang terkesan kerana kurangnya orang yang membeli kain pasang.
Tetapi berkat ilmu yang dipelajari dalam program-program yang disertai, beliau tetap konsisten berbisnes secara online, malah bertambah fokus dengan bisnes dan produk yang sama.
Team beliau juga semakin ramai dan beliau mula melantik key leaders sedia ada serta mula percaya untuk delegate kerja kepada leader untuk manage. Sekarang, beliau tidak lagi bergantung kepada FB live untuk hasilkan jualan.
Pencapaian Irah Sukri Global
Pada tahun ini saja, jualan terkumpul setakat September lalu sudah mencapai RM5.3 juta berbanding RM3.2 juta pada 2020.
Semua ini berlaku bila Irah percaya dengan proses dan results yang ada seperti di dalam Titanium ini.
2 Comments
Iterima kasih info yg diberi,satu ilmu sebagai panduan untuk capai matlamat.
Terima kasih atas feedback yang positif. Semoga bermanfaat.