Instagram – Lubuk Duit Online

Instagram – Lubuk Duit Online

Kalau ada tempat yang boleh menjadi lubuk duit kenapa kita nak lepaskan peluang? Dalam zaman yang serba canggih ni online platform dah menjadi satu peluang baru untuk ramai usahawan menjana income yang lebih banyak dan tinggi. Berapa ramai usahawan online yang lahir sebelum ni tapi ramai juga yang tewas sebab tak tahu teknik pemasaran yang betul dan berkesan.

Dengan bermacam-macam medium media sosial yang ada, kini untuk jana income pasif dengan gunakan platform online dah jadi semakin mudah. Yelah anda seperti sudah berada di tempat yang ramai orang. Tinggal nak panggil mereka datang dan mengatakan anda ada produk sekian-sekian jer.

Tapi yelah, bila dah banyak sangat media sosial ni mana satu pulak yang bagus untuk mulakan bisnes online anda? Dengan pengguna aktif seramai 800 million orang, dengan engagement 10 kali ganda lebih tinggi dari Facebook dan 84 kali ganda lebih tinggi daripada Twitter. Ianya digelar Instagram.

Kenapa Instagram? Kenapa bukan platform media sosial yang lain? Apa yang membezakan Instagram dengan platform media sosial yang lain adalah dengan Instagram anda akan lebih mudah dapat pelanggan, Instagram juga mesra pelanggan dan mudah buat pelanggan tertarik kerana di Instagram lebih fokus kepada gambar dan video pendek.

Macam mana pulak nak buat marketing dalam Instagram? Takkan la setakat main post je gambar dan video kan? Ada 7 tips pemasaran Instagram yang kami nak kongsikan. Jom baca..

  1. Bio yang awesome

Bio atau profile ini adalah first-thing yang orang akan nampak bila masuk ke akaun Instagram anda. First impression is always last impression. Jadi capture mata mereka pada bio anda ni. Antaranya anda boleh isikan dengan:

Gambar profile

Letakkan gambar produk, model produk, owner produk atau logo produk. Pastikan gambar cantik, berkualiti dan profesional ya. Bukan sekadar ada sahaja.

Description

Bina satu description yang catchy, contohnya description tentang diri anda sendiri yang menceritakan siapa diri anda. Boleh juga guna kata-kata dari jutawan, usahawan dan pemilik perniagaan yang berjaya sebagai penarik untuk orang baca bio anda.

Bagi alasan kenapa orang patut follow anda.

Yang penting ia berkaitan dengan apa yang anda post pada akaun anda kelak.

Link

Untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda, letakkan website, link Whatsapp ataupun Facebook. Ia sangat membantu pemasaran Instagram anda.

  1. Hanya gambar yang berkualiti

Pengguna Instagram sangat terpengaruh dengan gambar. Postkan hanya gambar yang berkualiti, cantik, unik dan menarik perhatian (jika boleh). Kerana dengan gambar yang cantik dan berkualiti, pemasaran Instagram anda akan lebih efektif dan profesional. Jadikan gambar anda sesuatu yang menonjol dari beribu gambar yang lalu di newsfeed audience anda.

  1. # Hashtag

Instagram juga telah perkenalkan update terbaru mereka di mana anda juga boleh follow hashtag yang anda minati. Selepas itu, gambar atau video yang gunakan hashtag tersebut akan muncul pada newsfeed anda walaupun posting dari berlainan akaun. Ianya sangat membantu pemasaran Instagram anda nanti. Dengan hashtag yang betul dan releven dengan bisnes anda, ia akan bantu tingkatkan brand anda di Instagram.

  1. Caption yang WOW

Walaupun anda tak pandai dalam bab copywriting, sekurangnya anda boleh jelaskan sedikit mengenai produk atau servis yang anda sediakan. Tidak perlu menulis dengan panjang, cukup sekadar ayat yang pendek tapi bermaksud dan mampu memukau pembaca.

  1. Video pemasaran instagram

Dengan video, anda mampu tingkatkan kadar masa orang yang melihat posting anda tu lebih lama berbanding gambar. Selain video dapat disampaikan dengan jelas dan merasai emosinya, potensi engagement juga semakin tinggi. Video antara teknik pemasaran Instagram yang anda boleh lakukan, antara video engagement tinggi yang boleh digunakan:

➳ Video how to

➳ Video tips

➳ Video sharing

  1. Instagram stories

Selain video, senjata pemasaran Instagram yang boleh hasilkan engagement tinggi ialah Instagram stories. Jika anda menggunakan Instagram business profile, anda ada kelebihan untuk gunakan button “see more” untuk bawa pengunjung ke link yang anda tetapkan. Tapi ada terma dan syaratnya. Dengan durasi setiap stories hanya 30 saat dan mudah dijumpai kerana terletak di bahagian atas feed. Tidak mustahil reach di Instagram stories lebih baik dari yang lainnya.

  1. Posting dengan konsisten

Pastikan anda update akaun Instagram anda dengan konsisten kerana ia penting untuk bina trust di kalangan follower anda. Dicadangkan untuk update antara 2 – 3 posting sehari.

Anda dah boleh mulakan misi untuk jana lebih banyak income dan tarik lebih ramai follower di Instagram lepas ni. Semoga semua tips di atas dapat bantu anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply