PEJAM celik, kita sudah pun masuk suku keempat tahun 2022. Hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi, umpama injury time dalam perlawanan bola sepak.
Dalam tempoh beberapa minit yang diberikan pengadil, sesebuah pasukan boleh bangkit kembali ataupun terus tersungkur.
Begitulah situasi injury time kepada bangsa usahawan ketika ini, mereka perlu gunakan sebaik-baiknya tempoh tiga bulan ini.
Lihat balik sasaran masing-masing tahun ini, adakah sudah tercapai, hampir nak capai atau masih jauh lagi?
Kesedaran ini penting agar anda dapat lakukan tindakan selanjutnya. Perubahan perlu dibuat, lihat kembali strategi dan tindakan untuk mencapainya. Adakah sasaran itu perlu diubah atau bagaimana?
Lihat balik magic numbers anda, setiap hari berapa produk atau servis anda perlu capai?
Jika anda tidak tambah baik pelan & strategi, malah bertindak secara lebih agresif, tempoh ini akan berlalu begitu saja.
Pejam celik sudah pun masuk tahun baru, tapi sasaran 2022 pula tersasar jauh.
Dalam masa sama, usahawan juga perlu tanya soalan ini – ada tak duit dalam pasaran?
Saya tanya soalan penting ini pada sesi saluran Telegram Azizan Osman Official pada minggu lalu.
Ia merupakan perkara pertama yang perlu usahawan jelas, adakah orang ramai ketika ini masih mempunyai wang?
Jawapannya masih ada, orang ramai tetap menerima gaji sama ada kakitangan kerajaan atau swasta. Mereka kekal berbelanja, cuba anda tengok di kompleks beli-belah dan lokasi pelancongan setiap kali hujung minggu.
Penuh tak kompleks beli-belah sekarang? Ramai tak orang yang berjalan-jalan di lokasi tumpuan dan kawasan tarikan pelancongan, seperti di Melaka setiap hujung minggu?
Cumanya, adakah orang ramai itu membeli dengan anda atau memilih pesaing?
Ini perkara yang anda perlu fahami dan jelas. Tidak kira cabaran ekonomi yang ada, baik atau buruk, orang masih tetap berbelanja! Cuma soalannya mereka berbelanja dengan siapa?
Anda atau pesaing?
Ingat ini, kita tak boleh ubah cabaran ekonomi di luar sana tapi dapat ubah ekonomi kita sendiri.
Apa yang menghalang anda sekarang ini?
Soalan kedua saya, adakah anda menjalankan bisnes atau membina bisnes?
Meskipun nampak macam sama, ia dua perkara yang berbeza ya.
Jika anda hanya jalankan bisnes, ia hanya bersifat jangka pendek dan sukar bertahan, sebaliknya mereka yang membina bisnes mampu bertahan malah terus berkembang.
Hal ini kerana mereka membina infrastukur, pasukan pengurusan dan operasi agar bisnes lebih mampan.
Apatah lagi, hari ini situasi di luar sana sangat fragile. Tanpa membina teras & asas bisnes yang baik, sukar untuk seseorang usahawan dapat berkembang hingga ke tahap lebih tinggi.
1 Comment
“Leaening points” yg dapat diambil….
1. Bersedia untuk memperbaiki plan strategik dan mengubahnya secara total jika perlu untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Asas perniagaan yang kukuh ( dari segi mental, finansial, emosional, dsb) sangat penting bagi kesinambungan pengoperasian perniagaan jangka panjang lebih-lebih lagi dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran, rintangan, ujian, kegagalan sementara sewaktu menjalankan perniagaan.
Soalan saya…
1. Apa yg diperlukan bagi seseorang usahawan seperti saya sendiri yang secara mental dan fizikal memang sudah berkecimpung menjalankan perniagaan sudah agak lama namun masih belum mendapatkan hasil yang diharapkan?
2. Walaupun secara mental sudah bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan, cabaran, ujian, dsbnya namun masih belum cukup tekanan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sesuatu yang boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh dilakukan untuk jangka panjang. Kenapakah begitu?