Gugup Ketika Bercakap Di Khalayak Ramai

Gugup Ketika Bercakap Di Khalayak Ramai

Kebanyakan daripada kita pastinya akan gugup ketika diminta untuk bercakap di hadapan ramai orang. Bagaimanapun, kemahiran untuk berucap dan bercakap di hadapan orang ramai merupakan kemahiran yang ‘power’ bagi transformasikan bisnes ataupun kerjaya anda sendiri.

Mengapa perasaan gugup ini hadir dalam diri ramai orang termasuk usahawan. Apabila anda bercakap di hadapan sekumpulan orang, melontarkan idea baru atau memberikan pembentangan membuatkan risiko untuk anda disisihkan.

Tangan mula berpeluh kerana kita takut dimalukan atau dihakimi orang lain mengenai pemikiran, idea atau cadangan yang dilontarkan. Justeru itu, bagaimana anda nak mengatasinya dan mengurangkan rasa takut dan gugup ketika berucap?

Manusia takut kepada sesuatu benda yang tak diketahui. Sama seperti ucapan atau pembentangan yang dibuat tidak diketahui hasilnya nanti. Sebab itu, jadikan tidak tahu kepada sesuatu yang tahu dan insyaAllah keyakinan akan bertambah ketika bercakap kepada audiens anda.

4 strategi atasi ketakutan bercakap di depan orang :

1. Sedar bahawa ketakutan itu normal.

Rasa takut dan gigip merupakan perkara normal. Justeru itu, terima perasaan ini dan jadikannya buat diri anda lebih baik lagi.

2. Ubah perspektif anda.

Mungkin ketika berada di depan audiens anda, ada terfikir “Apa akan jadi kalau aku tersilap cakap? atau apa akan terjadi jika ucapan aku tak bagus”.

Jadi, cuba tidak fokus pada prestasi sendiri, sebaliknya mula fikir apa yang anda berikan kepada audiens. Bolehkah ucapan anda memberikan manfaat kepada audiens, mengajar mereka sesuatu yang baru atau mempengaruhi mereka?

Maka, buat keputusan dengan ubah perspektif anda bagaimana ucapan anda dapat beri manfaat kepada mereka.

3. Wujudkan suatu ‘ritual’ sebelum berucap.

Ritual ini merupakan rutin mudah yang dapat membantu dari segi emosi anda dan membuatkan anda lebih positif. Ada orang membacakan kata-kata inspirasi, latihan pernafasan atau apa saja yang berkesan bagi anda.

4 Bina memori otot anda.

Tahu tak kenapa atlit dapat bertahan di bawah tekanan luar biasa? Mereka bukannya superhero, cuma mereka sentiasa berlatih atau praktis yang akan membina memori otot.

Umpama seorang pemain bola yang mengambil sepakan penalti yang akan menentukan kemenangan bagi pasukannya merangkul Piala Dunia. Sudah pasti tekanan yang ada begitu besar namun disebabkan latihan sepakan penalti dibuat membuatkan dia dapat mengawal gemuruh itu.

Lakukan apa yang anda takut dan sering melakukannya. Bila anda selalu bercakap maka ia akan membina memori otot dan seterusnya akan memudahkan anda untuk bercakap kepada orang ramai.

Artikel terbaru

25 Comments

Leave a Reply