Situasi di Amerika Syarikat (AS) telah menyaksikan peningkatan tahunan terbesar sebanyak 90 hari keculasan dalam pembayaran kad kredit oleh golongan muda berbanding golongan usia lain pada suku tahun ketiga, lapor Insider.
Kumpulan individu yang berumur 18 hingga 29 tahun menyaksikan kadar tempoh pembayaran 90 hari mereka meningkat kepada lebih 6%, peningkatan terbesar berbanding semua kumpulan umur dari suku ketiga 2021 hingga suku ketiga 2022.
Kadar keseluruhan untuk bilangan pembayaran pada kad kredit yang tertunggak melebihi 90 hari ialah 3.7% pada S3. Pada Q3 2021, jumlahnya adalah 3.2%, menurut data daripada The Federal Reserve Bank of New York.
Hasil kajian The Fed menunjukkan bahawa semua orang mula mengumpul hutang kad kredit yang meningkatkan inflasi.
“Tiga suku pertama 2022 telah menyaksikan peningkatan pesat dalam baki kad kredit selepas ia menurun secara mendadak sewaktu di awal musim wabak covid-19,” tulis Fed dalam catatan blog pada awal bulan ini.
Seperti yang dinyatakan oleh Insider, ini bukan masa yang sesuai untuk golongan muda menanggung hutang kad kredit. Ahli ekonomi Bloomberg pada Oktober berkata terdapat 100% risiko kemelesetan ekonomi di AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Kegawatan ekonomi seperti ini kebiasaannya menjadi situasi yang lebih menyakitkan buat golongan muda.
Tambahan pula, wabak yang melanda mengakibatkan kadar pengangguran yang lebih tinggi bagi mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun dan kesan kewangan ini boleh bertahan selama bertahun-tahun lamanya, menurut Institut Dasar Ekonomi.
Menurut Fed, hutang kad kredit telah meningkat di kala tekanan gaji, peningkatan inflasi, dan pada masa yang sama tiada penurunan daripada segi perbelanjaan pengguna.
“Dengan harga lebih daripada 8 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu, mungkin tidak menghairankan bahawa bakinya meningkat,” tulis para penyelidik.
“Hutang kad kredit meningkat sebanyak $38 bilion daripada suku kedua kepada suku ketiga pada 2022. Itu adalah peningkatan sebanyak 15%, yang terbesar dalam lebih daripada dua puluh tahun,” kata Fed.
Disebabkan program bantuan semasa wabak dan penutupan perniagaan, rakyat Amerika menabung mula menabung bagi mengurangkan hutang kad kredit. Namun, nampaknya trend itu sudah berakhir.
“Menerusi penyelidikan itu, ia memberi penerangan tentang beban hutang yang semakin meningkat dan keculasan pemegang kad yang lebih muda dan kurang berkemampuan serta mungkin memberikan kesan inflasi yang berbeza,” ujar Fed.
1 Comment
Tahun 2023 ekonomi masih belum puleh. Hutang meningkat. Daya beli kurang.