Gara-Gara Filem Barbie, Dunia Kehabisan Warna Pink!

Gara-Gara Filem Barbie, Dunia Kehabisan Warna Pink!

Kehidupan di alam dunia impian Barbie sememangnya hebat dan diimpikan ramai terutamanya kanak-kanak perempuan dan para gadis yang membesar dengannya.

Namun, untuk mencipta dan merealitikan tetapi mencipta dunia Barbie yang sempurna untuk filem ‘Barbie’ yang akan datang sememangnya tidaklah semudah yang disangka.

Ia ternyata membawa kepada kos yang agak mahal dan membawa kepada masalah rantaian bekalan global iaitu kekurangan cat merah jambu.

Pengarah, Greta Gerwig dan pereka pengeluaran, Sarah Greenwood memberitahu Architectural Digest bahawa set Palm Springs yang digunakan untuk filem yang bakal keluar tidak lama lagi itu menggunakan lebih banyak cat merah jambu daripada apa yang orang tahu.

Pereka set melukis latar belakang pergunungan San Jacinto dan bukannya menggunakan CGI atau teknologi lain dalam usaha untuk memastikan set itu kelihatan asli dan ini bermakna sudah tentu lebih banyak bahan mentah yang perlu digunakan.

Semasa mencipta set itu, bekalan antarabangsa warna merah jambu ikonik yang dikaitkan dengan cat jenama Barbie (daripada syarikat Rosco) boleh dikatakan habis di pasaran.

“Dunia kehabisan warna merah jambu,” kata Sarah.

Wakil Rosco memberitahu CNN bahawa set itu sedang dibangunkan semasa mereka masih mengalami isu rantaian bekalan global dan bekalan cat terjejas dengan teruk.

“Kami memberikan segala yang kami mampu dan mereka mendapat semuanya. Kami tidak sabar untuk melihat hasilnya dalam filem itu!” kata VP Pemasaran dan Digital untuk Rosco, Lauren Proud kepada CNN.

Gerwig bertegas bahawa dia inginkan warna merah jambu menjadi sangat terang dan segala-galanya hampir terlalu banyak dalam penciptaan tanah fantasi. Namun, daripada treler filem yang ditayangkan, nampaknya dia telah berjaya menghasilkannya.

Apakah yang anda pelajari daripada situasi ini? Bila adanya permintaan, stok di seluruh dunia pun boleh habis!

Ditambah lagi dengan kuasa viral yang begitu hebat, pastinya ramai usahawan di luar sana yang boleh ‘menumpang populariti’ filem Barbie ini yang bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Julai nanti untuk bisnes yang diusahakan.

Artikel terbaru

Leave a Reply