Itulah yang dikatakan Founder Sueffi Attire, Puan Suzana Hashim yang sebelum ini pernah melalui keadaan yang sukar.
Beliau berasal dari keluarga yang susah dan merupakan survivor pesakit pesakit kanser limfoma tahap satu tapi tak pernah putus asa untuk ubah nasib hidupnya untuk menjadi orang berjaya.
“Saya juga ingin buktikan walau cuma ada SPM saja yang kadang-kadang orang pandang rendah.”
“Alhamdulillah, berkat saya belajar dengan RichWorks dan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Hari ini saya boleh buktikan kepada orang yang hina saya itu, SPM saja, bermula dari menjahit mampu bantu ramai orang dekat luar sana termasuk staf dan ejen,” katanya dalam satu sesi temu bual sebelum ini.
Perniagaan Sueffi Attire kini menumpukan bagi menjahit pakaian custom made dengan membantu kakitangan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan pakaian perubatan yang selesa dan mampu milik.
Macam mana Sueffi Attire bermula
Sebelum berniaga dan tertubuhnya Sueffi Attire, Puan Suzana Hashim bekerja sebagai seorang pembantu di sebuah showroom di sebuah syarikat menjahit pakaian seragam dengan gaji sekitar RM750.
Bagaimanapun, beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menerima rawatan selepas dikesan mengidap kanser limfoma tahap pertama.
Bila berhenti kerja, beliau berdepan masalah kekurangan kewangan dan mulakan perniagaan pada 2013.
Beliau yang meminati menjahit ditambah sudah ada pengalaman selama 6 tahun bekerja menjadikan bekas bosnya sebagai idola untuk jalankan perniagaan menjahit.
Pada tahun pertama berniaga, Puan Suzana masih boleh bertahan namun masuk tahun ke-3 ketika masih mendapatkan rawatan keadaannya makin buruk dengan hutan bertambah, tiada team membantu hingga tak mampu nak bayar sewa kedai.
Hinggakan pada 2015, beliau ambil keputusan untuk tutup kedai dan menjual semua barang-barang dalam kedainya itu. Langkah itu diambil bagi selesaikan hutang dengan hanya meninggalkannya sebuah mesin jahit.
“Masa itu, saya maccam tercari-cari. Aku kena buat sesuatu, aku kena kuat dengan ada anak seorang. Bila anak minta belikan makanan walaupun KFC, saya tak mampu beli sebab memang tak ada duit sangat masa itu.
“Rumah pun tak mampu bayar, maintanence, kadang-kadang malu bila ayah emak datang rumah mereka bawa makanan untuk kami makan malah support duit belanja,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau fikir tidak boleh terus berada dalam keadaan sebegitu dan perlu mula balik.
Pada 2016, beliau tumpang di kedai orang. Pemilik kedai beri kebenaran untuk menjahit di kedai dia buat macam kedai sendiri.
“Sewaktu itu, saya nampak dalam Instagram kawan yang sertai program RichWorks. Saya kenal dia nampak dari biasa-biasa berubah menjadi lebih baik.Mula dari situ, saya ajak kawan untuk pergi (program RichWorks) untuk ubah hidup ini.
“2017 kelas pertama disertai adalah Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK). Saya balik dari kelas dengan ubah diri dan kehidupan 360 darjah, baiki hubungan diri dengan Allah SWT, keluarga dan mula balik target, apa nak capai dari perniagaan,” ujarnya.
Melalui IMKK, ia menjadi turning point buat mengenali dirinya sendiri, jelas untuk apa perniagaan ini dibuat, siapa yang nak dibantu, big why dan sebagainya.
Jualan Sueffi Attire dari RM5,000 ke RM10,000 saja, selepas IMKK beliau berjaya mencecah jualan RM30,000 yang pertama.
Setiap kali Founder Sueffi Attire ini upgrade ilmu itu akan ada peningkatan dari segi sales. Pada bulan 6 tahun lalu, beliau berjaya capai RM1 juta pertamanya.
Ayah beliau bangga dengan pencapaian Puan Suzana yang tak sangka perniagaan Sueffi Attire boleh berkembang hingga sekarang malah bantu ramai orang lain.
“Masa susah tak ada siapa bantu saya untuk bangun. Bila orang lain susah saya perlu tolong.
“Alhamdulillah, RichWorks banyak ubah hidup saya. Kalau saya tak belajar, tak dapat capai macam sekarang, dari seorang kini team sudah ada 26 orang,” katanya,
Apa diperolehi dengan ilmu dari RichWorks dan bimbingan MenThor :
Salah satu yang diperolehi dalam kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah keberanian untuk lakukan tindakan.
“Saya sangat pegang kata-kata Datuk Wira. Apa yang membezakan kita dgn orang lain adalah tindakan, kalau kita balik tak apply dan buat memang tak akan nampak hasilnya,” ujarnya.
Tambah beliau, ada juga masa akan down namun akan ingat kenapa buat perniagaan ini.
Jika tidak ada RichWorks rasanya perniagaan tak boleh bertahan dan tutup dalam keadaan mencabar ini. Soal leadership juga banyak dipelajari melalui RichWorks dan Datuk Wira hingga membolehkan ada team hingga puluhan orang.
Pencapaian Puan Suzana melalui Sueffi Attire
Dari segi ekonomi, dulu tak ada duit langsung, sekarang duit dalam syarikat meningkat malahan duit sendiri.
Dari dulu tak fikir boleh beli rumah, kini sudah mampu beli rumah sendiri di Cyberjaya berharga RM1.2 juta.
Nasihat untuk usahawan baru bermula
Sebenarnya tak perlu menjadi founder dulu pun terutama yang baru mula berniaga.
Jadilah dropship atau ejen untuk belajar dulu cara buat jualan dan marketing serta sebagainya. Pengalaman ini sangat penting di samping anda boleh belajar daripada founder yang sudah berjaya.
Pilihlah perniagaan yang dirasa sesuai dan perniagaan yang ada sistem sokongan yang baik untuk anda berkembang.