Founder Sosej Sedap : Dulu Semua Perkara Uruskan Sendiri

Founder Sosej Sedap : Dulu Semua Perkara Uruskan Sendiri

Semuanya dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Baity Food Sdn. Bhd., Tuan Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim bila memulakan perniagaan ini pada 2018.

“Dulu boleh kata saya yang pergi bank in duit ke bank, uruskan supplier, boleh kata kebanyakan benda saya saja yang buat. Itulah yang terabur.”

“Tapi alhamdulillah, sekarang sudah ada team sendiri, ada bahagian HR (sumber manusia), jualan & pemasaran, pereka grafik dan juruvideo,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Perkembangan dan peningkatan berlaku apabila mendapatkan ilmu dan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman terutama baginya adalah soal kepimpinan.

“99% orang gagal sebab tiada leadership!”- Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Sebelum adanya perniagaan sejuk beku ini, beliau pada 2015 sudah menjalankan trading. dan membuka mini market untuk orang membeli barangan keperluan harian.

Menurutnya, pada permulaan buat banyak benda, Tapi sebenarnya perniagaan stuck dekat situ disebabkan tiada kepakaran terutama soal menguruskan team.

“Kita dengar, tahu tapi rasa aku boleh buat sebenarnya. Aku boleh buat tiga bisnes dalam satu masa tapi sebenarnya tak mampu.”

“Sepatutnya buat satu benda sahaja, apabila buat satu benda ini insyaAllah boleh fokus dan boleh capai sasaran yang kita hendak,” ujarnya lagi.

Syukur alhamdulillah, Tuan Syed Ahmad nampak perbezaan daripada bermula berniaga sehingga hari ini menerusi bimbingan Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan juga team RichWorks.

Pencapaian Sosej Sedap!

Sekarang ini buktinya bahawa kita sudah daripada tempat yang lama berpindah ke tempat yang baru. Sekarang ini tempat yang lebih selesa , itu tandanya kita sudah semakin berkembang dengan team sendiri.

Team beliau makin bertambah, rumah pun diubah suai dan mampu membeli kereta idamannya.

Jom kita lihat apakah pencapai jualan diperolehi sejak 2018 lagi:

2018 – RM1.7
2019- RM2.5 juta
2020- RM3.4 juta
2021- sasar RM5 juta.

Nasihat Founder Sosej Sedap :

Kalau bisnes kita buat offline, mesti kena pergi online.

“Kalau kita masih lagi stay dekat tempat lama, tak nak berubah, maksudnya disitulah saat kejatuhan bisnes kita,” katanya.

Sebab itu, usahawan kena agresif dalam online, Contohnya kita sangat penting menggunakan platform yang kebanyakannya menggunakan Facebook Page dan Group, Telegram serta WhatsApp.

Artikel terbaru

Leave a Reply