Founder RenoRumah.com : Hanya Ada RM20 Dalam Bank Akaun & RM2 Dalam Dompet

Founder RenoRumah.com : Hanya Ada RM20 Dalam Bank Akaun & RM2 Dalam Dompet

Begitulah yang pernah dilalui oleh Founder RenoRumah.com ketika berpindah dari Johor ke Kuala Lumpur bagi ikuti program perantis usahawan pada 2013.

Beliau yang merupakan seorang kontraktor dengan mempunyai kepakaran membantu pemilik kediaman atau komersil yang nak ubahsuai tanpa deposit dengan bayar ansuran sudah berjaya mencapai juala hingga jutaan ringgit setahun meskipun ketika pandemik ini.

Semua ini tidak datang dengan begitu saja, sebaliknya ia hasil daripada ilmu, strategi dan bimbingan MenThor yang membawanya hingga berjaya.

Perjalanan perniagaan Founder RenoRumah.com

Tuan Mohammad Syahmi Seliman sememangnya telah menunjukkan minat berniaga sejak kecil dengan berniaga kuih pintu ke pintu ketika raya dan ketika duduk di asrama pula menjadi dropship nasi lemak untuk dijual kepada pelajar-pelajar lain.

Tidak berhenti di situ, beliau juga melantik ejen selepas nasi lemak yang dijual boleh cecah 30 ke 40 bungkus sehari. Selepas itu, ketika mengikuti pengajian ijazah dan sarjana di UTM Skudai pula, beliau memulakan perniagaan kereta sewa dengan tanpa kereta.

Caranya, beliau pitching kepada abang dan kakaknya untuk pajak kereta mereka hinggakan beliau boleh memberikan pulangan hingga RM800 sebulan. Selain itu beliau juga ketika waktu konvokesyen universiti membuat perniagaan menjual bunga.

Beliau tidak pernah berhenti dan mencari jalan bagi menjana pendapatan melalui perniagaan. Ketika ikuti program perantis usahawan itu, meskipun duit hanya RM20 dalam akaun dan RM2 di tangan, beliau tetap berusaha cari duit.

Selepas habis aktiviti perantis yang bermula dari 8.30 pagi ke 5.30 petang, beliau berniaga otak-otak dengan sasaran jualan RM120 sehari. Perniagaan dibuat makin berkembang hingga beliau beli peti sejuk lebih besar hingga dapat simpan 2,000 batang otak-otak. Selepas itu, untuk kembangkan bisnes, selain menjual beliau juga membekal otak-otak kepada peniaga lain di sekitar Setia Alam, Selangor.

Itulah antara perniagaan yang dilakukan Tuan Mohammad Syahmi. Selepas tamat program perantis pada 2015, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembinaan dengan melibatkan projek Mega Malaysia – MRT jajaran Sungai Buloh ke Kajang.

Selama beberapa tahun, beliau terlibat dalam pembinaan dengan business to business (B2B) model sebelum ambil keputusan dengan seorang rakannya untuk tukar kepada perniagaan ke konsumer.

“Bermulalah struggle kami di pasaran luar. Cabaran berbeza pula, tak pandai marketing, tak ada leadership, tak tahu niche perniagaan, tak tahu strategi dengan macam benda kita buat.”

“Tapi alhamdulillah jumpa RichWorks pada 2017 iaitu program Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan di IDCC. Saya ulang-alik untuk belajar ketika itu dari Cheras – Shah Alam.Dkt yang mana di situ saya mengenali diri dulu,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Kemudian beliau telah menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 2018. Masa itu tengah mencari ‘hidayah’ dengan perniagaan mencatatkan jualan kurang RM100,000 setahun.

Tapi selepas MMM, perniagaannya berjaya melonjak juala hingga RM900,000 dan cecah RM1.65 juta pada 2019. Ketika pandemik mula tahun lalu, perniagannya masih berjaya capai jualan RM2.65 juta dan pada Januari hingga Jun 2021, mereka sudah pun pecah rekod tahun lalu.

“Di saat PKP, orang bercakap construction tak boleh berjalan. Orang cakap stranded semua benda sangkut, tapi alhamdulillah Allah izinkan pada kami dan pasukan kami untuk terus fly.

“Pada tahun pertama saya dibimbing di bawah Titanium, staf saya hanya tinggal 2 orang saja kemudian sekarang alhamdulillah staf kami seramai 32 orang,” jelasnya lagi.

Sepanjang proses dengan RichWorks, terlalu banyak Tuan Mohammad Syahmi belajar daripada MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri; Datuk Jerry Rizal dan RichWorks dengan bermacam-macam program.

Kalau nak dikira kita larat atau tak saja nak dengar. Boleh dikatakan, “Sampai nak muntah dikerjakannya, kalau betul-betul nak dengar pasal knowledge perniagaan.

Masalahnya. kau nak ke tak nak. Persoalannya kau nak ke tak nak, buat ke tak.

Kelebihan dibimbing dalam Titanium

Beliau bersyukur kerana berada dalam circle Titanium yang mana memberikan kelebihan dan membantu \malah menjadikannya apa yang ada pada hari ini.

“Antara advantage yang kita ada, yang saya rasa membuatkan apa yang saya pada hari ini, adalah proses genuine daripada RichWorks pada 2019.

“Kalau nak cakap dulu punya cerita sudah lingkup (perniagaan). Tiada apa, buat langgar dinding, langgar batu, jatuh lubang. Tapi pada 2019, bila betul-betul start dengan RichWorks, apa yang saya ada pada hari ini, semua hasil didikan RichWorks dan mestilah atas izin Allah,” ujarnya.

Tambah Tuan Mohammad Syahmi lagi, usaha saja tak cukup sebenarnya, ia kena datang dengan ilmu.

Kalau usaha umpama kau lari, tapi orang lari ke depan kau lari ke belakang. Apa yang akan terjadi?

Journey beliau sepanjang 3 tahun banyak diperbetulkan dalam sesi perkongsian, kelas, 1 on 1 dan lain-lain.

“Kami sudah macam ayam, masuk oven kena bakar. Jadi masuk Titan, kalau kau tak kena bakar dengan kawan-kawan usahawan lain, tak duduk dengar, tak nampak kejayaan orang lain, tak rai kejayaan orang lain. Saya rasa ia satu kerugian amat besar.”

“Melihat kejayaan orang lain, saya rasa seronok dan happy sangat. Dahsyat dia ini, dia boleh, kita boleh juga. Itu saya rasa membakar semangar saya dan team dalam bisnes yang kami perjuangkan,” kata beliau.

Cabaran PKP 1.0

Ketika PKP 1.0 kali pertama membuatkan semua orang panik dan perniagannya tidak terkecuali. Pada mulanya pada minggu pertama rasa seronok dapat bercuti sebentar namun berubah bila perintah dilanjutkan. Berbelas projek ada ketika itu yang terpaksa ditangguhkan.

Alhamdulillah, ketika ini MenThor dan RichWorks ada yang sentiasa update dan berkongsikan ilmu dan bimbingan dalam tempoh mencabar ini. Siapa sangka ketika PKP 1.0, kami boleh terjenak dalam industri makanan.

Sahabat beliau yang juga rakan Titanium, Haji Olie telah menasihatkannya untuk buat sesuatu. Akhirnya tercipta Reno Cookies, meskipun tak pernah uruskan produk, ejen dan stokist kami dapat menjayakannya hinggakan terpaksa sewa khemah di depan rumah. Hasil diperolehi luar biasa.

Benda betuls yang rasa dibuat beliau adalah tak selesa ketika itu.

“Aku kena keluar cepat dari keadaan ini. Umpama macam kita dilanda ribut, adakah kita nak stay dekat situ sampai ribut pergi atau kita keluar dari ribut tu,” ujarnya.

Masa PKP 1.0 itulah turuning point untuk sesiapa kena agile , cepat take action, jangan terlalu stuck lama, macam Datuk Wira cakap jangan terlalu lama sedih menangis dibucu katil. Semua tindakan dilakukan beliau juga datang dengan keberanian dan ilmu.

Pesanan Tuan Mohammad Syahmi

Kunci kejayaan baginya adalah diri kita dulu. Kena betul-betul berada dalam keadaan bersedia menerima perkara-perkara yang baik. Rezeki Allah berikan dalam macam-macam bentuk.

“Tak kita apa jua keadaan kita, semendung segelap mana pun langit, pasti akan cerah. Setinggi sebadai mana pun lautan pasti akan tenang.”

“Jadi kalau hari ini tuan puan nampak saya berada pada tahap yang tuan puan nak inginkan, percayalah saya pun pernah berada di tahap tuan puan berada ketika ini. Apa membezakan adalah kekuatan dan semangat saya. Kalau nak kira give up patut sudah give up dulu lagi,” katanya.

Prinsip pegangan di mana kalau aku tak buat benda ini aku takkan berjaya dan tak keluar daripada keadaan ini. Lebih baik gagal dalam mencuba daripada gagal tak buat apa-apa.

Sekurang-kurangnya dua benda kita belajar iaitu kegagalan kerana mencuba dan kedua adalah kita belajar untuk mencuba serta menerima kegagalan.

Jadi tak ada sebab dan alasan untuk kita cuba, beri peluang kepada diri untuk cuba dahulu. Itulah rasa kunci dan prinsip dan pegangan selama 5 tahun ini.

“Saya percaya satu kalau kita tak buat siapa lagi, kalau tak buat sekarang, bila lagi.”

“Terakhir sekali, jaga hubungan kita dengan Allah, Rasulullah, guru-guru kita, ibu bapa kita dan mertua, suami isteri, dan last adik-beradik kita, jaga hubungan staf kita. Doa sangat penting untuk bekalan kita, perjalanan kita.”

Artikel terbaru

Leave a Reply