Pekerja atau staff adalah aset penting dalam sesebuah syarikat. Tanpa pekerja, anda tak akan mampu untuk menguruskan bisnes seorang diri. Walaupun anda buat bisnes dari rumah, jika anda menerima banyak tempahan, anda masih lagi memerlukan seseorang untuk membantu anda.
Tambahan lagi bila produk anda sedang meningkat naik, pasti anda akan cari orang untuk membantu anda naikkan lagi produk tersebut seperti menjadi agent, stokis dan dropshipper.
Jika anda nak jenama anda teguh tanpa ada rungutan atau memberi impak yang negative, anda kena fokus untuk perbaiki staff anda. Mereka adalah front line jenama anda. Jika mereka tak jaga jenama anda, rosaklah bisnes anda.
Untuk beri anda idea, kami akan kongsikan beberapa tips untuk perbaiki staff anda.
5 tips untuk upgrade staff anda :
- Sediakan latihan
Bukan anda sahaja yang perlu berkursus untuk mantapkan diri, tapi sediakan juga latihan-latihan berkaitan perniagaan dan pemantapan ilmu untuk staff anda. Jika anda je yang ada ilmu, tapi staff anda tak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan, tak ada gunanya. Jangan kedekut untuk melabur jika ia melibatkan masa depan anda. Jika anda mahu jimat, anda boleh ambil pakej-pakej tertentu yang disediakan oleh pihak penganjur.
- Jumpa face to face
Jumpa staff anda secara personal. Tanya perkembangan pekerjaan mereka dan masalah yang mereka hadapi. Jika mereka tidak mahu berkongsi masalah peribadi mereka, tak apa. Jika ia melibatkan perkerjaan dan mereka bekerja untuk anda, mereka kena kongsi dengan anda. Kerana ia melibatkan prestasi kerja dan kesannya pada bisnes anda, faham? Slow talk dengan mereka dan sekiranya anda boleh membantu, berikan nasihat serta pandangan anda. Jangan sampai ia boleh menjatuhkan kredibiliti mereka.
- Buat meeting
Apa kata anda buat meeting dengan staff, agent, stokis dan dropshipper anda. Buat secara berkala. Anda tak perlu nak kumpulkan mereka sekali gus kerana ia akan memakan masa, belanja dan ruangan meeting. Anda boleh buat secara berkelompok, betul? Banyak manfaat yang anda akan dapat, seperti perkongsian idea, pendapat, masalah, cara penyelesaiannya dan lebih penting, dapat mengeratkan silaturrahim anda dengan pekerja. Mereka juga boleh kenal antara satu sama lain.
- Kreatif dan innovative
Latih staff anda untuk jadi lebih kreatif dan innovative. Selain memberi sumbangan tenaga, mereka juga boleh menyumbang idea-idea yang bernas untuk tingkatkan perniagaan anda. Sekiranya idea mereka menjadi, anda boleh beri insentif yang beharga sebagai menghargai jasa dan peranan mereka. Dengan insentif ini, mereka akan lebih bersemangat dan bersedia untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada anda.
- Buat carta kecemerlangan
Staff anda akan lebih competitive bila anda buat carta kecemerlangan. Jadikan persaingan ini sebagai persaingan yang sihat. Jangan pula ada perasaan dendam dan iri hati. Jika mereka iri hati dan berazam untuk memajukan diri tak apa, tapi jangan pula mereka guna teknik kotor untuk jatuhkan pesaing. Bila anda sudah bersedia untuk gunakan langkah ini, anda perlu monitor setiap tingkah laku mereka dan minta juga feedback dari pelanggan anda.