Melaka yang juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah adalah sebuah negeri yang menjadi rebutan kerana lokasinya yang menarik dan menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini.
Pada 500 hingga 600 tahun yang lalu, Melaka telah menjadi lubuk perdagangan di mana pedagang dari seluruh negara Eropah dan Asia bertemu di Melaka. Mereka bertukar barang dagangan.
Lada hitam dan rempah ratus dari India dan Tanah Arab ditukarkan dengan sutera, senjata, tembikar dan bahan makanan dari China. Dan, pedagang dari Eropah akan datang ke Melaka untuk mendapatkan semua barang dagangan dari negara-negara lain ini untuk di bawa ke negara mereka.
Soalannya, apa produk yang Melaka sendiri dagangkan? Apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan oleh Melaka? Cuba fikirkan…
MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sebelum ini ada bertanyakan kepada usahawan jutawan Titanium Circle tentang produk mereka dalam Inner Circle Meeting (ICM) sebelum ini.
Adakah mereka, usahawan betul-betul faham tentang produk yang diniagakan? Adakah mereka jelas dengan potensi pasaran produk mereka dan siapa sasarannya?
Orang lain di luar sana mungkin merasakan ini topik asas dalam perniagaan, tapi sebenarnya ramai orang tak tahu dengan jelas tentang produk masing-masing. Dan disebabkan ini, banyak perniagaan yang ranap dan tak tahan lama.
Masih ramai peniaga di luar sana yang sibuk nak jual macam-macam produk, menawarkan macam-macam perkhidmatan sedangkan mereka sendiri tak faham. Dan ramai yang berhenti di tengah jalan.
Jika mereka fokus pada kekuatan satu produk yang ada, dan mereka tahu nak ‘highlight’ kan kekuatan produk secara ‘laser focus’ tepat kepada sasaran, kemungkinan masalah ini boleh diselesaikan.
Tak perlu nak buang masa dan restart semula perniagaan anda. Anda pun tak perlu nak jual macam-macam produk lain yang belum tentu dapat dikawal baik. Faham faham?
Sebagai contoh, seperti sebuah bisnes yang terlibat dengan produk kesihatan. Ada beribu penyakit di dunia tetapi jika anda fokus kepada satu sahaja seperti sakit lutut, dan anda tahu berapa besar pasaran orang sakit lutut di kawasan berdekatan, kawasan dengan 10 km radius dari tempat anda, dan di seluruh Malaysia, memang tak cukup kaki tangan dibuatnya.
Tambah pening lagi, anda pula tahu bagaimana mahu sampaikan mesej dengan paling berkesan kepada mereka, dah tentu anda usahawan yang paling sibuk dan boleh mengalahkan Menteri! Amacam? Dapat sesuatu?
Anda tahu jenama Rolls Royce? Haa kenderaan mereka ini hanya dijual untuk orang tertentu sahaja sehinggakan nak ‘test drive’ pun perlu buat permohonan dan ada sesi soal jawab terlebih dahulu.
Kenapa? Kerana mereka faham dengan jelas apa produk mereka, siapa yang sepatutnya jadi pelanggan mereka dan orang macam mana yang mereka mahu jadi pelanggan mereka.
Bukan setakat terkam semua manusia yang bernyawa je!
Menurut kajian Statista.com mengenai syarikat-syarikat besar yang membuat penyelidikan di Amerika Syarikat pada 2019.
Dapatannya, sejumlah USD 11 juta telah diperuntukkan untuk membuat penyelidikan dan penentuan tentang produk oleh syarikat besar ini. Ini bermakna, mereka sangat pentingkan maklumat tentang produk dan sanggup berbelanja besar untuk lakukan penyelidikan terperinci. Tapi kita? Masih lagi nak main teka-teki?
Fahami Produk Anda
Apa yang anda perlu lakukan adalah, jangan lagi hanya duduk melihat kejayaan syarikat orang lain saja, lakukan tindakan segera. Faham produk anda, master produk anda supaya orang lebih kenal dengan produk itu.
Biarlah produk anda sentiasa menjadi bualan di bibir-bibir orang di sekeliling anda. Jangan sibuk hal yang tidak berfaedah tapi sebaiknya, perkemaskan langkah untuk perkenalkan produk anda hingga orang mula percaya dengan produk yang anda niagakan itu.
Semoga catatan ini membantu mula fikirkan tentang produk anda dan ini hanya sebahagian kecil daripada apa yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam ICM sebelum ini.