Faham Game Anda. 3 Kesilapan Biasa dilakukan Usahawan

Faham Game Anda. 3 Kesilapan Biasa dilakukan Usahawan
Faham Game Anda. 3 Kesilapan Biasa dilakukan Usahawan

“Faham apa game yang you tengah main, faham di mana you berada sekarang dalam journey you.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Menurut beliau, faham game inilah perkara pertama yang perlu bangsa usahawan sedar dan ketahui dalam apa jua keadaan termasuk ketika pandemik pada masa ini.

Contohnya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, banyak berlaku ketidaktentuan dan ketakutan hingga tak tahu nak buat apa. Ia merupakan tempoh sukar buat semua orang.

Bagaimanapun, dalam keadaan panik ketika itu hanya buatkan anda tidak dapat buat keputusan dan kerja dengan baik berbanding sebelum ini.

Anda lebih mudah membuat keputusan yang salah atau terpengaruh dengan keputusan ramai orang yang ketika itu panik dalam membuat keputusan mahupun tindakan.

Sehubungan itu, semua ini sebenarnya berbalik kepada diri bangsa usahawan sendiri. Adakah anda dapat mengawal emosi dan mindset ketika dalam situasi berkenaan?

Ya mungkin, pertamanya kita takut dan panik namun adakah ia nak dibiarkan begitu saja. Kawal emosi dan mindset anda dengan bertenang terlebih dahulu supaya dapat buat keputusan lebih baik lagi.

Selepas itu, keputusan yang baik akan membawa anda kepada tindakan yang dapat berikan hasil dan results yang juga baik, insyaAllah. Untuk berjaya, seseorang perlu tahu apa yang dimahukannya terutama big why anda, kenapa anda mahukannnya dan bagaimana untuk mencapainya,

Bangsa usahawan perlu lakukan perubahan, suka atau tidak dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis serta zaman digitalisasi ini dengan perkembangan teknologi yang pantas.

Justeru itu, bangsa usahawan perlulah sentiasa pantau, mendengar dan belajar daripada pesaing, pelanggan dan pastinya MenThor yang ada proven results agar dapat menjadi pakar dan nombor 1 dalam game anda.

Faham game – 3 kesilapan biasa dilakukan usahawan di luar sana :

  1. Tidak tahu apa sebenar dimahukan dalam bisnes. Kena jelas dengan big why anda melalui bisnes yang dijalankan ini. Big why yang jelas dan betul akan membantu anda untuk pergi lebih jauh lagi.
  2. Tidak menjadi ‘ambassador’ kepada produk sendiri. Semuanya bermula dengan diri anda bagi memberikan kesedaran tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan bisnes anda. Kalau anda sendiri tidak bersemangat dengan produk atau perkhidmatan sendiri, bagaimana dengan orang di luar sana?
  3. Tidak menerima ketidaktentuan. Tidak semuanya akan berlaku seperti yang dirancang kerana kita hanya dapat merancang dan usahakan. Adakala sesuatu berlaku di luar jangkaan kita seperti pandemik yang bermula tahun lalu.

Perlunya usahawan bersedia untuk adjust dan berubah sepanjang journey bisnes anda. Ini semua lebih mudah apabila anda mempunyai circles yang baik ditambah MenThor bisnes anda.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply