Sejak 14 tahun lalu, saya bersama RichWorks bekerja dengan ramai orang bagi bantu mencapai impian mereka melalui bisnes yang dijalankan.
Bukan seorang dua, ribuan sudah dibimbing yang mana mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tahap kehidupan. Tidak semestinya kena ada ‘darah berniaga’.
Ada suri rumah, pegawai kerajaan, peguam, doktor, guru tadika, pensyarah, jurutera, pelajar, kerani, pegawai bank, akauntan dan lain-lain lagi.
Banyak kisah anak didik saya yang sudah dan sedang mencapai impian mereka. Daripada impian mulanya hanya untuk bantu keluarga dan suami, kini mahu bantu team – staf, ejen, dropship malah suri rumah di luar sana.
Contohnya Nur Aini Zolkepeli, impiannya dulu hanya untuk bantu suami untuk meringankan bebanan kewangan mereka.
Nur Aini faham bahawa kepentingan ilmu dan daripada situ bisnes mula berkembang bersama bimbingan RichWorks.
Kini pengasas kosmetik mesra wuduk, Nurraysa itu sudah mampu melahirkan beberapa suri rumah seperti dia dulu yang mampu capai jualan jutaan ringgit melalui platform bisnes yang ada.
Selain itu, Ruhil Amal Razali, bekas pensyarah yang kini pemilik baju kurung dan fesyen wanita ByReefa.
Dulu pendapatan diperoleh boleh dikatakan hanya cukup-cukup makan tapi ‘selesa’, bisnes tak berkembang sebelum berubah bila mula beri peluang kepada diri untuk belajar bersama RichWorks.
Seorang lagi anak muda datang dari keluarga bukan peniaga iaitu pengasas Muiz Hot Chicken, Muhammad Muizzuddin Remle yang mula berniaga ayam goreng secara kecil-kecilan pada 18 Februari 2013.
Jualan pertamanya hanya mendapat jualan RM20. Dia bermula hanya di tepi jalan di Parit Raja, Johor dan kini sudah mempunyai lebih 85 kios dengan jualan sudah pun capai jutaan ringgit.
Muiz sedar, pentingnya ilmu bagi bisnesnya dapat berkembang lagi.
Usahawan di atas ini, mereka semua ada impian dan kesungguhan untuk mencapainya. Jika mereka ini boleh melakukannya, mengapa anda tidak!
Sehubungan itu, anda perlu tanya empat perkara penting ini untuk capai impian:
1. Apa yang anda ingin jadi, miliki dan capai?
Tulis dengan jelas seperti inginkan kehidupan dan kewangan lebih baik, miliki rumah sendiri dan capai jualan RM1 juta yang pertama.
2. Apa yang menghalang anda?
Kenal pasti sebenarnya apa perkara yang menghalang anda. Adakah disebabkan faktor luaran, ataupun diri anda sendiri? Sudah ke lakukan sebaik mungkin, buang ego dan dapatkan bimbingan yang ada bukti pencapaian.
3. Bolehkah anda melakukannya seorang diri?
Dalam membina bisnes yang berjaya bagi mencapai impian, anda tak boleh lakukan seorang diri. Ia akan mengambil masa lama dan melanggar banyak dinding tanpa ada mentor serta ilmu.
4. Jika anda boleh capai impian itu dengan lebih pantas dan cara yang terbukti?
Betul-betul tanya diri kerana kuncinya ada pada anda. Tiada sesiapa dapat mengubah anda, jika anda sendiri tak nak berubah.