Kemampuan kita sebagai usahawan bukan sahaja cipta produk atau servis yang bagus tapi kemampuan untuk sampaikan mesej tersebut dengan jelas dan berulang kali sehingga lebih ramai “mata” nampak, lebih banyak otak terima dan hati terdetik untuk bertanya.
Soalannya, berapa tempat kita sampaikan mesej yang sama? Berapa kerap kita ulang, berapa konsisten kita ulang? Berapa agresif kita cuba sampaikan mesej kepada sasaran kita?
Ini kempen “pilihanraya”.
Kemampuan sampaikan mesej dan value serta sampaikan tentang isu mereka yang kita boleh bantu adalah misi utama kita setiap detik.
To convert people from nobody becoming our client. Dari kita nobody to them menjadi harapan dan ‘taksub’ kepada apa yang kita mampu buat untuk dia.
Adakah ego membunuh bisnes sendiri?
Anda yang berniaga kena akui yang anda ada krisis bisnes bila jualan anda makin turun dan pelanggan makin kurang. Dan bila anda mula cakap – “Ekonomi teruk dan orang ramai tidak ada duit untuk membeli”, sedangkan hakikatnya orang masih lagi membeli pakaian, makanan, produk atau servis berkaitan.
Cuma sedarlah – mereka masih membeli cuma mereka tak membeli dengan kau kerana kau sebenarnya tak pandai marketing atau masih guna cara lama. Bagaimana ego membunuh bisnes sendiri?
Ramai yang bisnes sebenarnya ingat pelanggan akan datang berpusu-pusu kepada dia tanpa dia berbuat apa-apa.
Hakikatnya hari ini, pelanggan ada banyak pilihan. Bisnes ada ramai pesaing dan sangat mudah untuk pengguna pilih pesaing lain kecuali kita. Apatah lagi kita tak ada strategi yang betul. Ini bukan tentang bisnes anda kecil, sederhana atau besar. Bisnes besar pun lingkup kalau tak pandai strategi marketing yang betul.
Masuk tahun ke-13 saya di dalam industri berkaitan pembangunan usahawan dan telah melahirkan ramai jutawan yang bermula dari kosong seperti Sabella, Mamasab, Nurraysa, Bantal Hotel DAG dan membantu ramai business owner dari juta menjadi puluh juta serta ratus juta ringgit setahun dan saya dapati pattern mereka pada asalnya sama.
Mereka mulanya tidak ada latest atau ilmu terkini berkaitan branding, marketing dan market acquisition strategy yang efektif. Tapi, bila mereka sanggup belajar dan dibimbing, bisnes mereka dan jualan mereka naik berkali ganda!
Kenapa Ego Membunuh Bisnes Sendiri
Inilah cabaran ramai usahawan kenapa mereka stucked dalam bisnes atau sales. Apa dia?
Terlalu ego untuk belajar. Lebih rela bisnes stucked atau lingkup. Padahal pada saat mereka beri peluang diri mereka untuk belajar, mereka akan lebih cepat nampak peluang mereka untuk grow.
Well, it’s their choice. Tidak ada sesiapa boleh bantu mereka jika mereka sendiri tidak benarkan diri mereka dibantu. Jangan terus biarkan ego membunuh bisnes sendiri dan memusnahkan impian untuk bina bisnes yang berjaya.
P/S: Sampai bila nak berniaga konon, nak kaya konon…. tapi tak ada hasil sebab tak ada MenThor, ilmu dan strategi yang dah terbukti berjaya? Ada yang kata nak jadi Titan yang berjaya macam ramai anak didik Titanium Datuk Wira Dr Azizan Osman tapi tindakan? Ilmu? Komitmen untuk dibimbing? Tak sama kan….
Datuk Wira Dr Azizan Osman
MenThor Usahawan #1 Asia