D’Lynn Hair Salon : Sepanjang Berniaga Tak Nampak Duit

D'Lynn Hair Salon : Sepanjang Berniaga Tak Nampak Duit

Bengang! Itulah yang dapat digambarkan Puan Lynn Sabri yang merupakan founder kepada D’Lynn Hair Salon yang telah mula buka salon di Sri Gombak, Kuala lumpur pada 2009.

Kepakaran beliau adalah merawat orang yang mempunyai masalah rambut gugur dan kelemumur daripada jadi lebih kronik supaya rambut lebih cantik dan sihat tanpa perlu pergi ke hair salon.

Selama hampir 10 tahun, beliau tidak nampak ‘duit’ perniagaan dibuat sebelum pergi belajar bersama RichWorks dengan mengikut program Grow Your Business pada 2019.

Sebelum pergi belajar dan beri peluang kepada dirinya, beliau skeptikal terhadap MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Ketika hari ke-3 program itu, saya terus ambil keputusan nak sertai program mentoring Spire. Kenapalah sekarang baru aku nak serah diri.

“Sebab sepanjang saya berniaga saya tak nampak duit sebenarnya. Alhamdulillah, boleh sustain, tapi apa saya nak share kalau tak jumpa RichWorks 2019 itu, masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tak boleh buka selama 3 bulan rasa sudah tak ada D’lynn lagi,” dedahnya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Beliau macam selesa dengan keadaan itu dulu dengan perniagaan boleh bertahan namun sebenarnya duit keluar masuk saja tanpa sedar. Duit tak ada di dalam bank.

Nasib baik, beliau sudah belajar dengan RichWorks sebelum PKP tentang urus bisnes, kos, duit, cukai yang membolehkan Puan Lynn sudah ada simpanan duit.

Hal ini membuatkan beliau dapat membayar gaji pekerja penuh seperti biasa tanpa ada gangguan ekonomi pun. Ketika itu beliau mempunyai 3 orang pekerja pada Mac 2020.

Mengikut Puan Lynn, sejujurnya selepas menolak segala komitmen bulanan, meskipun perniagaan tak boleh beroperasi tanpa buat apa-apa dengan simpanan yang ada, aliran tunai beliau boleh bertahan hampir 2 tahun.

“Saya rasa sebulan saja sudah habis, tak dapat teruskan lagi perniagaan,” jelasnya jika tidak belajar dan ada ilmu daripada RichWorks dan MenThor.

Pada tahun lalu juga ketika pandemik barulah beliau mengeluarkan produk rambut untuk dijual kepada pelanggan-pelanggannya berikutan pergerakan terbatas apabila PKP 1.0.

Seperti sekarang pun, hair saloon tidak dapat beroperasi mengikut arahan pihak berkuasa. Beliau yang sebelum ini tidak pernah mengeluarkan produk sendiri berikutan tumpu khidmat penjagaan rambut melalui hair saloon.

Tapi disebabkan sudah belajar tentang urus kos & perniagaan, bila keluarkan produk beliau tahu bagaimana nak letak kos yang betul seterusnya mengelakkan buat kesilapan dari awal untuk penjagaan produk dikeluarkan. Ia membuatkan beliau dapat buat simpanan.

“Dekat situ saya dapat buat simpanan sebab belajar urus kos, tahu macam mana nak tetapkan harga produk.

“Apa yang lagi best, salah satu kereta saya sudah habis bayar dan tiada lagi komitmen dengan bank,” jelasnya lagi.

Apatah lagi, beliau mengeluarkan 4 produk serentak pada PKP 1.0 tahun lalu walaupun tiada pengalaman. Beliau yakin disebabkan antara perkara utamanya adalah mempunyai pelanggan sedia ada yang telah percaya dengan perniagaannya.

Kedua disebabkan beliau mempunyai modal atau simpanan yang dapat menampung perbelanjaan berkaitan untuk mengeluarkan produk berkenaan. Dalam masa 6 bulan, beliau perlu membuat pengeluaran produk kali kedua.

Pencapaian D’Lynn Hair Salon

Selepas belajar soal pengurusan perniagaan, beliau sudah bayar zakat setiap tahun dan cukai. Dulu mentalitinya adalah takut untuk membayar cukai sedangkan selepas bayar cukai mudah untuk mohon pinjaman kereta dan pinjaman perniagaan dan lain-lain.

“Bila kita sudah bayar cukai, kita lebih berkeyakinan untuk apply apa-apa. Malah sebagai peniaga, kita nak posting dekat media sosial apa-apa tak rasa takut dan tak ada orang akan kejar.

“Jujurnya sebelum ini memberi macam itu saja, tapi kini sudah ada komitmen untuk bayar zakat dengan tabung-tabung dengan tujuan tertentu,” ujarnya.

Puan Lynn juga sudah mempunyai gaji sendiri selepas lebih 10 tahun berniaga. Beliau sudah tidak ‘merompak’ duit sendiri malah sudah mencarum dalam KWSP buat diri dan team beliau.

Beliau juga selepas belajar mengenai urus kos, cukai, perniagaan dan sebagainya semua sudah boleh simpan duit hingga 6 angka.

Nasihat Puan Lynn kepada usahawan lain

Sewaktu PKP ketika ini, ramai orang terjejas dari segi kewangan. Jadi bagi usahawan terutama yang baru bermula perlu tambah ilmu seperti program Nak Urus Bisnes (NUB) yang sedang berjalan ini.

“Terutama bagi yang baru bermula, anda akan tahu bagaimana nak urus kos semua. Nasihat saya siapa lagi tercari-cari, tak nampak duit lagi jangan jadi macam saya yang dulu untuk cepat-cepat belajar.

Anda semua sebenarnya sangat beruntung sebenarnya kerana program-program percuma banyak dijalankan RichWorks,” katanya.

Artikel terbaru

Leave a Reply