Aplikasi sosial media berasaskan audio, Clubhouse membolehkan pengguna-pengguna berpengaruh untuk berhubung dengan peminat, pengkritik ataupun sesiapa saja.
Clubhouse ini diasaskan oleh Paul Davison dan Rohan Seth yang mereka sebelum ini sememangnya bekerja dalam dunia start-up teknologi. Aplikasi ini dilancarkan pada Mac 2020 dan dalam masa 3 bulan (Mei) saja ia bernilai USD100 juta mengikut laporan CNN.
Kini dilaporkan nilai Clubhouse sudah sekitar USD1 bilion selepas pusingan permodalan baru-baru ini. Malah daripada hanya 5,000 ahli pada Mei 2020 sudah mempunyai lebih 2 juta pengguna mingguan aktif setakat 15 Februari lalu.
Menurut pembekal data App Annie, hampir 940,000 orang telah muat turun pada minggu keempat bulan Januari saja.
Aplikasi ini merupakan salah satu cara untuk membuatkan anda kekal berhubung. Perhubungan ini penting terutamanya ketika pandemik yang menyebabkan majlis networking, ‘melepak’ bersama telah hilang.
Dalam aplikasi ini, pengguna-pengguna boleh mewujudkan ‘room’ yang mana mereka bertanggungjawab untuk kendalikan perbincangan yang dijalankan dalam pelbagai topik yang mereka ingin tumpukan.
Pengguna-pengguna juga boleh sertai ‘room’ orang lain, untuk mendengar saja atau boleh turut serta dengan ‘angkat tangan’ dan dibenarkan oleh ‘tuan rumah’. Mereka juga boleh follow pengguna lain untuk mendapatkan notifikasi bila bermula sesi perbincangan orang itu.
Untuk pengetahuan anda, semua perbincangan dalam satu sesi itu akan tidak boleh disimpan dan akan dipadam.
Apa Membuatkan Clubhouse Menarik
Boleh dikatakan Clubhouse dapat menjimatkan masa pengguna itu. Konsep yang digunakan Clubhouse ini membolehkan seseorang jimatkan masa berbanding perlu melihat visual dan sebagainya yang menyukarkan seseorang membuat perkara lain.
Contohnya, Grab dan Uber yang berkembang pesat disebabkan ia menyelesaikan masalah manusia untuk mendapatkan pengangkutan yang menjimatkan masa.
Jika dilihat dalam Clubhouse mempunyai soal kepantasan, hidup yang sebenar dan tidak memerlukan engagement daripada audiens (passive consumption) seperti yang berlaku ketika menonton wayang.
Ia menunjukkan keadaan hidup sebenar yang mana membolehkan orang untuk mendengar kepada perbualan orang lain. Clubhouse merupakan aplikasi media sosial berasaskan suara yang paling berjaya dilihat setakat ini.
Clubhouse ini boleh dikatakan sama fungsi seperti Facebook Groups atau rangkaian sosial lain hari ini, cuma bezanya ia hanya menggunakan audio. Malah akses untuk masuk ke dalam Clubhouse juga eksklusif.
Penyertaan Clubhouse Hanya Melalui Jemputan
Untuk mendapatkan akses ke dalam Clubhouse memerlukan orang yang sedia ada dalam aplikasi itu untuk menjemput anda. Malah buat masa ini, Clubhouse hanya boleh digunakan pengguna iOS namun bagi pengguna Android dijangka akan mendapatkan versi mesra Android paling awal pada Mei 2021.
Apa Manfaat Clubhouse Buat Usahawan
Clubhouse memberikan peluang untuk anda memperkukuhkan jenama dan diri anda melalui perkongsian kisah jenama atau bagaimana anda bermula. Selain itu, ia dapat menghubungkan anda dengan para pelanggan, mendapatkan maklum balas produk, menjalankan perbincangan santai & tanpa dirancang.
Anda boleh memberikan banyak value kepada audiens dan akan begitu dikenali bagi memberikan nasihat dan pandangan yang membangun perhubungan sebenar lantas membawa kepada bisnes.
Dalam room Startup Club, di mana seorang peguam harta intelek menjawab persoalan yang ditanya audiens dalam room itu dan selepas 2 jam berbincang, beliau berjaya berhubung dengan sekitar 20 klien baru.
5 Tips Untuk Baru Mula Dalam Clubhouse :
- Pilih dengan betul orang, room dan clubs yang anda follow. Hal ini kerana melalui pilihan yang betul, anda punya ‘hallway’ akan sentiasa memaparkan rooms yang mengikut kecenderungan atau minat anda. Bagaimanapun, ada anda juga akan dapat melihat room yang sedang trending.
- Anda boleh membuat carian keyword bagi ahli-ahli dan kelab direktori. Selain itu, carian berdasarkan minat anda merupakan cara terbaik mencari lebih ramai orang , rooms dan clubs untuk follow.
- Jika anda mahu mengukuhkan keberadaan jenama atau diri anda bagi menarik folllowers, anda perlu aktif dalam aplikasi ini dan berada di atas pentas (terlibat dalam perbincangan).
- Lengkapkan BIO Clubhouse anda yang akan memberitahu siapa dan apa yang anda mahu orang lain kenali. Apa yang anda letak dalam BIO akan menentukan bagaimana orang mencari anda via carian dibuat serta jenis followers yang anda akan tarik. Pastikan masukkan maklumat asas seperti jawatan, bekerja di mana, kandungan perbincangan club anda, profil media sosial dan sebagainya. Jangan lupa masukkan juga CTA untuk followers dapat berhubung pada platform media sosial walaupun tiada menyokong sebarang pautan.
- Kolaborasi dengan orang lain yang mana followers mereka juga akan dapat notifikasi dan mungkin menyertai room anda. Secara tak langsung, follower orang itu juga dapat menjadi followers baru anda.