“PERHATIAN! PERHATIAN! DENGAR SINI!”
Siapa rasa dengan cara menjerit-jerit macam tu adalah cara untuk boost bisnes dan brand anda dikenali ramai? Ya, memang orang ramai boleh kenal brand anda tapi kami nak share cara lagi best.
Tak perlu nak terjerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak tu. Simpan tenaga, jaga anak tekak anda dan tak payah minum air asam jawa. Jom gunakan beberapa cara ini untuk boost brand anda.
5 tips untuk boost bisnes :
- Berikan good first impression
Ramai orang tahu yang first impression adalah sangat penting. Bukan sahaja dalam perniagaan tapi untuk diri anda sendiri tak kira lah anda ni seorang usahawan ataupun tak.
Bagi seorang usahawan, untuk berikan good first impression, apa kata anda mulakan dengan pemakaian dan sikap anda kemudian baru lah service/product anda. Anda kena design logo yang mantap serta gunakan colour yang betul.
Jangan terkejut kalau sebab utama anda tak dapat boost bisnes anda, iaitu brand anda tidak dikenali ramai puncanya dari bad first impression. Ish jangan lah!
- Wujudkan kepercayaan
Boost bisnes anda dengan wujudkan kepercayaan. Nak build trust ni bukan dalam ikatan kasih sayang je tau. Bila anda dah wujudkan kepercayaan terhadap pelanggan dan brand anda, tak akan lari pelanggan dikejar.
Jangan lah lepas menjual produk/servis, anda tinggalkan pelanggan begitu je. Jadikan diri anda adalah tempat rujukan atau luahan mereka.
Secara tak langsung bukan sahaja kepercayaan mereka yang anda dapat malah anda boleh dapat feedback dari mereka.
- Konsisten
Konsisten lagi? Tak ada cara lain ke? Jawapannya tak ada! Memang nak konsisten ni susah. Tapi, kesan dari consistency anda ni mampu memperkenalkan dan boost brand anda di mata pelanggan.
Anda harus lah ada long-term vision untuk perniagaan anda. Sebab tu konsisten dalam bisnes ni teramat penting!
- Gabungkan marketing strategies
Kepada peserta-peserta Marketing Mentoring mesti kacang je kan bila anda dengar ni?
Tahniah lah sebab anda dah ada banyak marketing strategies, jadi kenal pasti strategy mana yang patut dan boleh anda gunakan untuk boost bisnes anda. Gabungkan ikut kesesuaian.
Rugi betul kalau tak implement apa yang anda belajar dalam kelas Marketing Mentoring itu.
- Pergi ke local events
Sambil menyelam minum air. Jom pergi ke local events yang sering diadakan dan boleh dikatakan ada je setiap bulan. Namun disebabkan pandemik tidak ada lagi aktiviti ini, namun ada saja event online yang boleh anda explore.
Jika dulu, sambil-sambi ke local events anda boleh berhibur, anda boleh engage dengan local people as well as national customer di sana.
Dari situ anda boleh tahu apakah permintaan mereka dan apa langkah seterusnya yang patut anda buat. Jangan lupa share dan kenalkan brand anda.