Semua perkara dibuat ketika pandemik ini, tak berjaya nak tarik pelanggan khususnya yang baru? Di mana silapnya, adakah sebarang kesilapan yang dibuat?
Apatah lagi dalam krisis, ramai orang terjejas hingga ada dibuang kerja, dipotong gaji, dicutikan dan sebagainya. Orang mula berhati-hati untuk berbelanja terutama mereka yang terkesan secara langsung.
5 tips untuk bantu usahawan tarik pelanggan :
1/ Hubungi pelanggan-pelanggan sedia ada
Lihat balik database anda, di sinilah tempat penting di mana anda lebih mudah untuk berhubung dan menawarkan sesuatu promosi buat mereka.
2/ Minta referral
Gunakan database anda dengan berhubung pelanggan-pelanggan setia. Melalui mereka, anda boleh dapat akses untuk berhubung dengan orang di sekeliling mereka.
Mereka merupakan salah satu sumber terbaik untuk mendapatkan pelanggan baru. Namun anda pula tidak boleh bersikap pasif dan hanya menunggu mereka membawa rakan, kawan dan keluarga ke perniagaan.
Wujudkan pendekatan yang sistematik agar secara aktif daripada pelanggan-pelanggan yang setia.
3/ Tawarkan diskaun dan promosi pada pelanggan baru
Pengguna, apatah lagi masa ini masih mencari barangan atau promosi yang bernilai. Tarik minat mereka dengan memberikan promosi pengenalan atau beli 2 produk dan mendapatkan hadiah percuma.
Pantau apa yang dibeli untuk terus berhubung dengan mereka bukan saja menjual saja sebaliknya beri nilai-nilai tambah seperti maklumat terkini, panduan-panduan dan sebagainya. Perkara ini boleh membuatkan pelanggan tertarik untuk berurusan dengan anda.
4/ Kemas kini laman web
Kini, ramai orang sudah berada dalam dunia digital dan laman web menjadi suatu nilai yang boleh memberikan rasa percaya kepada bakal pelanggan.
Lihat semula pada enjin pemasaran dan taktik & teknik, search engine optimization termasuk menjadikan ia mesra mobil.
5/ Tonjolkan kepakaran anda
Apabila anda menonjolkan kepakaran, anda akan menimbulkan minta yang boleh tarik pelanggan baru termasuk dari database perniagaan anda.
Buat bengkel, bercakap dalam program-program industri secara online dan lain-lain lagi.