Nak tahu bagaimana cara Nabi Muhammad SAW berniaga? Jom kita ketahui dulu bagaimana Baginda bermula dalam perniagaan ini.
Pengalaman perniagaan Baginda yang pertama bersama bapa saudaranya Abu Talib ke Syria semasa berumur 12 tahun. Dalam perjalanan pertamanya ke Syam, baginda sudah mengenal susur galur perdagangan melalui padang pasir, pasar-pasar yang dijadikan tempat berniaga bahkan mengetahui di mana tempat murah untuk membeli barang dagangan dan tempat yang baik untuk menjualnya.
Kejujurannya Rasulullah SAW benar-benar mampu memperdagangkan barang-barang Sayidatina Khadijah dengan keuntungan yang lebih banyak berbanding orang lain.
Sebelum itu Rasulullah telah membawa barang dagangan Sayidatina Khadijah dan telah berjaya mengaut keuntungan. Rasulullah SAW telah menjalankan kerjasama dengan Sayidatina Khadijah semasa Baginda berusia 25 tahun dengan membawa barang dagangan ke Syam.
Rasulullah SAW sentiasa bersikap jujur, adil, ramah dan mesra kepada pembeli. Akhlak perniagaan
yang sedemikian terbukti telah membawa Baginda kepada kejayaan dalam perniagaan.
Baginda mengajarkan perniagaan sesuai dengan al-Quran dan al-Hadis. Antara asas-asas perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis ialah asas tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial, asas kebebasan, asas tanggungjawab, asas keseimbangan, asas kebenaran dan asas tolong-menolong.
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan dengan cara meletakkan harga yang setinggi mungkin.
Berikut beberapa ciri perniagaan Nabi Muhammad SAW yang boleh dijadikan panduan untuk seseorang individu itu dalam perniagaan.
1. Jujur
Sifat peribadi Rasulullah SAW sebagai usahawan ialah Baginda tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak benar.
Beliau selalu memberitahu barang mana yang bagus dan mana yang tidak serta mana barang yang memiliki kualiti terbaik dan mana yang tidak. Ini merupakan perilaku yang perlu dicontohi dalam kehidupan terutama perniagaan. Penduduk Mekah sendiri memanggilnya dengan sebutan al-Amin (jujur).
2 Senyum dan berlemah lembut
Baginda sentiasa mengukir senyuman dan berlemah lembut kepada para pelanggan. Senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.
Ia akan membuat orang lain senang dengan seseorang usahawan yang ada senyuman. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang lain.
Baginda bersabda: “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Tidak bersumpah palsu
Perkara ini boleh dilihat dalam hadis Riwayat Muslim. “Penjual dan pembeli memiliki hak memilih (khiyar) selama sebelum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka berbohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual beli mereka.” (HR Muslim)
Tidak memberikan gambaran yang salah tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Beritahu keadaan sebenar tanpa perlu tokok tambah sesuatu benda yang tidak ada atau wujud.
4. Tidak bertengkar dengan pelanggan
Baginda juga tidak pernah bertengkar dengan pelanggan. “Mari mari, selamat datang saudara saya dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar. Kata Saib bin Ali Saib: Kita tidak pernah bertengkar kerana tuan seorang peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan” (HR Ahmad)
5. Tidak semata-mata mengejar keuntungan
Rasulullah juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia.
Adakah usahawan ketika ini yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
Moga perkongsian di atas dapat memberikan inspirasi dan semangat untuk bangsa usahawan mengikuti cara Rasulullah berniaga. Pasangkan niat dan bertindak, insyaAllah akan dipermudahkan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
22 Comments
Syukur Alhamdulillah kepada Dato’Wira Dr Azizan Osman saya dapat peluang di sini Richworks dan dapat bantu orang miskin dan terima kasih
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Assalamualaikum, terima kasih banyak atas tips yang diberikan, saya hargai sangat 🥰
Alhamdulillah. Moga bermanfaat
Tq utk ilmu yg baik .
Alhamdulillah. sama sama. Moga bermanfaat : )
Terima kasih RW
Sama sama : )
Thank You
You’re welcome : )
Alhamdulillah
Dato Dr Wira Azizan Osman & Team RichWorks telah membuka mindset saya yang selama berniaga offline dan wajib bertukar kepada Digital online semoga Allah SWT membalasnya untuk saham akhirat Aamiin
Aamin Ya Rabb. Terima kasih kerana sudi mendoaakan MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Moga dipermudahkan segala urusan Tuan
Terima kasih sb selalu hantar email kata2 semangat. Maaf sy x dapat nk join krusus lg.. Sy dekat wad.x beberapa sihat. Doakan sy moga cepat sembuh dan boleh join dato wira. Sy mmg suka
Moga segala urusan Cik Puan dipermudahkan. Semoga cepat sembuh
Terbaik boleh buat panduan cara2 Nabi Muhammad berniaga
Moga bermanfaat : )
Alhamdulillah, such a good sharing. Semoga Baginda Rasulullah SAW menjadi inspirasi dan contoh terbaik untuk kita semua. In Shaa Allah. Thank you Richworks
Alhamdulillah. Sama sama.
Allahu Akbar… Terima kasih RichWorks… selalu share story dan ilmu² perniagaan serta tidak pernah lupa mengingatkan Kami tentang ilmu kerohania.
Alhamdulillah. Moga segala input yang diterima beri manfaat sedikit sebanyak. Kongsikan juga dengan rakan rakan yang lain supaya mereka juga dapat manfaat nya : )