Mahu Berhenti Makan Gaji? 5 Cara Memulakan Bisnes

Mahu Berhenti Makan Gaji? 5 Cara Memulakan Bisnes

Menurut data carian terbaharu Google, “cara memulakan bisnes atau perniagaan” mengalahkan “cara mendapatkan pekerjaan” dalam pertanyaan carian Google pada tahun 2021.

Maklumat ini datang daripada “Carian Tahun” Google yang menampilkan data selepas dipecahkan kepada senarai trend mengikut kategori.

Walau berjuta-juta individu berhenti kerja untuk mencari gaji yang lebih tinggi, ramai daripada mereka berbuat demikian dengan harapan untuk memulakan bisnes dan menjadi bos mereka sendiri.

Tak salah langkah itu, perniagaan adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya.

Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Pandemik telah memberikan banyak peluang kepada bakal usahawan. Tetapi, sudah tentu, peralihan untuk menjadi seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mudah.

Jadi, jika anda berfikir untuk berhenti kerja untuk memulakan bisnes, berikut adalah beberapa pertimbangan utama untuk membuat lonjakan dengan jayanya.

1. Memulakan bisnes yang anda minati

Memulakan bisnes adalah seperti mempunyai bayi yang memerlukan banyak perancangan, persediaan, dan dedikasi. Akan ada pasang surut. Anda juga akan mempunyai hari apabila anda menarik rambut anda berfikir, “adakah saya melakukan perkara yang betul?”

Jika anda mahukan results luar biasa, anda sepatutnya melakukan sesuatu yang membuatkan diri ingin bangun dari katil pada waktu pagi.

Kemudian, apabila anda mendapati diri anda terlibat dalam aktiviti yang menyuburkan jiwa anda dan memanfaatkan kekuatan anda, anda akan tahu anda berada di landasan yang betul.

Dah bersemangat, nak jual apa ya? Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman sering memberi idea, mulakan produk atau perkhimatan yang ada pada tangan anda.

2. Mulakan bisnes atas sebab yang betul

Jika anda ingin memulakan perniagaan kerana anda membenci pekerjaan anda, menghina bos anda atau ingin menjadi terkenal, mungkin idea yang baik untuk mempertimbangkan semula niat itu untuk menceburi bidang keusahawanan sekali gus sebagai bangsa usahawan.

Niat kena betul, nak jadi usahawan bukan semata-mata kerana diri sendiri. Jadilah insan yang turut memberi manfaat kepada orang lain.

3. Tahu apa yang anda tidak tahu

Salah satu kunci untuk menjadi usahawan yang berjaya ialah memanfaatkan kekuatan anda dan mencari sumber untuk memperbaiki kelemahan anda.

Anda tidak boleh melakukan semuanya sendiri. Walaupun sebagai usahawan solo, anda perlu bergantung pada freelance, pelatih atau bantuan lain untuk memulakan perniagaan dan memastikan bisnes berjalan lancar.

Cadangan lain ialah mencari penasihat, jurulatih atau mentor yang boleh dipercayai yang boleh memberikan bimbingan dan maklum balas yang berharga sepanjang perjalanan.

Cari orang yang anda ingin contohi. Mentor atau jurulatih boleh membantu memastikan anda menjadi individu yang bertanggungjawab.

Pada masa sama, memberi anda sokongan dan keyakinan yang diperlukan untuk terus bergerak ke hadapan.

4. Mula ‘slow and steady’ tetapi berfikir besar

Memulakan perniagaan memerlukan perancangan dan dedikasi.

Benarkan diri anda sekurang-kurangnya 12 bulan untuk menyediakan strategi. Luangkan masa untuk mengenali sasaran anda.

Jika boleh, jalankan penyelidikan pasaran formal atau tidak formal. Pendekatan ini akan mengurangkan risiko anda dan memberi lebih masa untuk mengesahkan idea perniagaan anda.

5. Persediaan kewangan untuk memulakan perniagaan

Bukan rahsia lagi bahawa kebanyakan perniagaan kecil gagal dalam tempoh lima tahun pertama.

Menurut kajian oleh Bank di Amerika Syarikat mendapati bahawa 82% daripada pengurusan aliran tunai yang lemah menyumbang kepada kegagalan itu.

Jadi sebelum anda membuat peralihan, duduk bersama akauntan atau penasihat anda untuk menyemak keadaan kewangan anda.

Anda juga perlu memilih struktur undang-undang, mendaftarkan perniagaan anda, mendapatkan ID persekutuan dan cukai serta membuka akaun bank perniagaan.

Tetapi, suka untuk kami ingatkan, walau dah ada modal tetapi tiada ilmu yang betul untuk menjalankan perniagaan bahaya juga.

Berdasarkan kisah anak didik RichWorks, ada yang punya modal tapi dek kerana silap pengurusan perniagaan tersebut gulung tikar.

Namun, dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul perniagaan tersebut akhirnya bekembang maju dan meraih jualan jutaan ringgit.

Artikel terbaru

5 Comments

  • Rozilawati

    5 point utk berniaga
    Cari apa yg kita minati
    Cari apa yg kita sukai buat bisnes
    Xboleh buat seorang diri kena mula cari orang yg boleh menasihati.membimbing.melatih kita
    Mulakan dengan slow n steady dan besarkan mindset

    • Team RichWorks

      Terbaik! Terima kasih kerana kongsikan Learning Points anda. Pastikan kongsi kepada orang lain juga. Semoga bermanfaat!

  • elly

    artikel yang menarik dan berguna .terimakasih

  • mohd azammi mohamad

    Terima Richworks sentiasa hantar ilmu setiap hari…semoga DW n Team dipermudahkan segala urusan,RAHMAT,KASIHSAYANG,REDHA tERUS MAJU BERJAYA.Aammeenn

Leave a Reply