Apa perasaan anda bila dapat buat jenama sendiri? Cuba anda bayangkan, jenama anda terpapar di billboard sepanjang highway di tempat anda. Mesti anda berbanggakan, kerana itu adalah hasil tangan anda sendiri bersama sokongan dari orang-orang terdekat dengan anda.
Bagi anda yang baru berniaga dan nak bina jenama sendiri atau nak ada produk sendiri, jangan risau. Kami akan kongsikan dengan anda perkara penting yang perlu ada untuk membentuk jenama anda.
Bina tagline jenama anda
Nak ada jenama sendiri, anda kena ada tagline produk tersebut. Contohnya seperti produk Dato Vida, tag linenya Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh. Bila orang tengok je jenama anda, pasti mereka terus teringatkan tagline anda, betul?
Selalunya, tagline yang digunakan perlulah menarik atau ‘catchy’, dan tidak terlalu panjang. Ramai pelanggan dapat menghubung kaitkan tagline yang menarik dengan jenama sesuatu produk. Ada slogan atau tagline yang terang-terang menyebut jenama, ada yang tidak.
Dengan tagline, ia akan memudahkan orang ingat jenama anda, memberikan penawaran secara tak langsung dan menunjukkan emosi yang anda ingin sampaikan kepada pengguna.
Jadi lebih unik jenama anda
Produk anda perlu ada keunikan yang tersendiri. Seperti, apa yang membezakan antara produk anda dengan produk orang lain. Apa ciri-ciri produk anda yang menyerlahkan jenama anda.
Dengan keunikan inilah orang akan tertarik untuk ketahui lebih lanjut tentang produk anda. Bukan sahaja produk yang perlu unik, nama jenama anda pun perlu unik.
Pasti anda pernah dengar nama-nama produk atau syarikat yang tak masuk akal kan. Itulah antara teknik marketing yang digunakan untuk memasarkan produk mereka.
Anda juga perlu menjadi seorang yang sangat ‘asli’, tak meniru orang lain dan berikan identiti sendiri kepada diri anda. Bila produk anda adalah ‘original’ anda akan lebih senang diingati.
Banyakkan bercakap jenama anda
Anda mungkin rasa ini tak logik tapi percayalah, jika anda nak bina jenama sendiri, beranikan diri anda untuk bercakap di hadapan orang ramai.
Anda boleh mulakan dengan bercakap tentang kepakaran anda di dalam ‘live video’ atau anda boleh anjurkan majlis atau sharing session.
Mulakan dengan sesi percuma atau sesi high-tea. Untuk buat ‘live video’ tentukan apa topik yang anda nak cakapkan. Berlatih supaya anda mahir dengan topik yang anda nak cakap dan pastikan anda ada ilmu yang cukup.
Anda juga tak perlu malu untuk kongsikan pengalaman anda sendiri kerana mungkin ada orang lain yang boleh ‘relate’ kehidupan mereka dengn pengalaman anda.
Percayalah, anda akan mudah dipanggil untuk ‘masuk tv’ apabila anda selalu buat live video di Facebook. Lebih-lebih lagi jika topik anda adalah sesuatu yang menarik.
Mula menulis mengenai jenama anda
Jika anda nak membina jenama dengan terkenal, tak kiralah jenama produk atau jenama diri anda sendiri, anda perlu lebih kerap menulis.
Mulakan menulis di laman Facebook Page anda, di blog dan kemudian mula menulis eBook, buku dan juga di laman akhbar.
Ramai anak didik Dr Azizan yang mula menjadi kolumnis atau penulis di laman akhbar, bermula dengan menulis di laman Facebook. Bila anda dah mula menulis di laman akhbar, lagi mudah untuk jenama anda dikenali.
Terus belajar
Untuk berjaya, anda kena terus belajar dari mereka yang berpengalaman. Jangan cepat berputus asa jika anda dilanda masalah atau cabaran. Cabaran ini yang akan membantu anda untuk terus bangkit dan membetulkan kesilapan yang anda buat sebelum ini.
Anda perlu pastikan anda adalah ‘pakar’ dalam bidang anda. Jika anda seorang peniaga ‘kuey tiaw’ anda perlu tunjukkan anda pakar dalam masakan kuey tiaw, jika anda seorang pengusaha produk kecantikan, anda perlu pastikan anda pakar dalam bidang kecantikan.
Terus belajar dan sentiasa pastikan anda berada di tahap lebih atas dari orang lain. Barulah anda dapat bina jenama anda sendiri.
Sehubungan itu, jika anda nak dapatkan ilmu dan sebarang perkembangan terkini program-program RichWorks sertai Telegram Azizan Osman Official.
2 Comments
Nk cari nama nk bina jenama
Mulakan langkah demi langkah. Mudah mudahan dipermudah.