Calla Beauty: Bisnes Suami Gagal, Bantu Perniagaan Isteri, Capai Jualan Berganda

Calla Beauty: Bisnes Suami Gagal, Bantu Perniagaan Isteri, Capai Jualan Berganda

Platform media sosial Instagram (IG) merupakan pilihan Mohammad Haziq Syazane Dzulfikri memulakan perniagaan dengan menjual kasut dan gajet.

Daripada bekerja sepenuh masa sebagai pembantu sumber manusia beliau memilih untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa.

“Saya dulu mula 2015 hingga 2017 saya bekerja, saya berhenti kerja pada 2016,” katanya.

Titan Memang Power

Beliau menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks dan dibimbing oleh Mentor Usahawan Dr Azizan Osman pada 2017.

Jelasnya, beliau menggunakan teknik yang diajar oleh Dr Azizan sewaktu mengikuti MMM.

“Kita fokus pada satu platform sahaja masa tu, instagram. 2017 tu kita antara yang top di IG.

“Kita guna teknik yang doc ajar masa di MMM, konsisten buat marketing. Masa itu agresif buat live.  Hari-hari kita buat live,” ujarnya.

Hasilnya, daripada jualan sekitar RM100, 000 terus meningkat kepada RM300, 000 sebulan.

Melihat daripada hasil yang luar biasa hasil tunjur ajar Dr Azizan, beliau mengambil keputusan menyertai program mentoring Titan, tiga bulan selepas MMM.

“Kalau join MMM pun dah power, apa kata join Titan. Memang lagi powerlah,” katanya.

Pelanggan dan Kepercayaan

Mengulas lanjut, sentiasa hargai pelanggan dan prospek dengan memberi yang terbaik kepada mereka antara kunci kejayaan bisnes dijalankan.

Menurut Haziq, pihaknya sentiasa akan memikirkan penyelesaian terbaik untuk pelanggan.

“Kita sentiasa nak berikan yang terbaik, biasa sehari akan masuk antara 500 hingga 1,000 mesej Whatsapp setiap hari bertanyakan pelbagai persoalan.

“Daripada seorang, kita upah sehingga enam orang untuk membalasnya dengan lebih cepat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Haziq memberitahu, bahagian lain seperti penghantaran juga dipastikan beroperasi dengan cekap.

Selain itu, Haziq turut berkongsi bagaimana mereka meningkatkan kepercayaan pelanggan apabila berniaga secara atas talian.

“Apa yang paling best masa tu kita showcasekan results customer. Dulu orang hanya ambil gambar sahaja. Kita buat lain daripada yang lain, setiap kali customer beli kita minta dia buat video.

“So benda tu lagi make trust orang dengan kita. Dan yang buat orang percaya juga, kita tunjukan ofiz kita punya operasi masa tu. Aktiviti staff. Buat orang punya trust lebih tinggi waktu tu,” kongsinya.

Mental Breakdown

Pepatah Melayu ada menyatakan langit tak selalu carah, di kala perniagaan sedang rancak tiba-tiba akaun Instagram yang selama ini medium menjana pendapatan terpaksa ditutup.

“Kita ada 10 IG masa tu, tetapi semua kena tutup. Bayangkan sumber utama kita dekat situ. Macam-macam dugaan betul, kita jatuh teruk masa tu.

“So saya ada mental breakdown sikit. Bila kita bisnes sedang ok tiba-tiba drop.

“Masa tu enam bulan sahaja saya dapat bertahan dengan syarikat punya cash flow,” katanya lagi.

Kejadian itu juga menyebabkan beliau terpaksa menutup syarikat dan memberhentikan pekerja.

Calla Beauty Sdn Bhd

Dek kerana kecewa dan mengalami mental breakdown, Haziq tidak mahu berjumpa orang luar dan keluar rumah.

Begitupun, beliau cuba menjadi dropship produk Calla Beauty yang diusahakan oleh isterinya.

“Ambil produk dia saya war-warkan di IG dan Facebook saya. Saya buat lebih kurang dalam 3 bulan saya boleh dapat sekitar RM7, 000 hingga RM10, 000 bersih.

“Saya baru nak mula dan bina semula dengan semangat yang ada masa tu, dengan ilmu kita ada, kita cuba. Alhamdulillah, jadi,” katanya.

Selepas enam bulan menjalankan perniagaan sebagai droship, beliau mengambil keputusan menyertai syarikat isterinya, Calla Beauty Sdn Bhd.

“Memandangkan saya mula daripada bawah dengan jadi dropship. Dah tahu, nak handle customer dan ejen macam mana baru saya decide untuk join syarikat tersebut,” jelasnya.

Diberi kepercayaan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Calla Beauty Sdn Bhd, Haziq menguruskan dan membawa pembaharuan kepada syarikat terutamanya di bahagian sales.

“Saya tengok kepada operation, ada juga yang beberapa orang tak puas hati, sebelum ini kerja mereka tak ada siapa yang cek. Saya masuk saya cek everything.

“Daripada situ kita ubah sikit-sikit kita punya sistem sampai sekarang,” katanya.

Tak Mahu Pisang Berbuah Dua Kali

Setelah pernigaan dijalankan berada pada tahap selesa Haziq pernah hilang fokus terhadap amanah dan tanggungjawab diamanahkan.

“Dulu saya ingat lagi bila dah start selesa, kesalahan saya bila company saya dah growing saya dah jarang masuk kelas Dr Azizan.

“Kita pun selesa, kita dah mula tak fokus. Sepatutnya kita tengok everything. Tengok marketing, sales semua. Rasa sales dah ada biar jelah. Kita tak ada nak buat growing lagi banyak. Kita tak ada push untuk lagi tinggi lagi banyak,” ujarnya.

Akibat daripada tindakan itu, perniagaan yang dijalankan stuck.

“Saya decide untuk join Titan sekali lagi 2020. Masa tu saya cakap dengan isteri saya, kita dah stuck tak tahu nak buat apa.

“Saya tak nak jadi lagi terpaksa tutup ofiz. Buang staff. Saya tak nak benda tu jadi lagi,” katanya.

Pencapaian

Hasilnya, pada 2021 Calla Beauty mencatat jualan RM4.5 juta dan mensasarkan RM10 juta pada 2022.

Jumlah agen juga meningkat daripada 500 kepada 5,000 dan kini mempunyai gudang malah wisma tiga tingkat di Balakong.

Untuk maklumat lanjut atau produk, orang ramai boleh kunjungi Facebook CALLA Beauty HQ Malaysia.

Artikel terbaru

Leave a Reply