Cabaran usahawan & ekonomi 2024: Apa di hadapan kita?

Cabaran Usahawan & Ekonomi 2024

Tahun 2023 bakal meninggalkan kita, apakah yang boleh kita pelajari sepanjang tahun ini untuk kita persiapkan diri bagi harungi 2024 yang tinggal beberapa hari saja.

Pada penghujung 2023 ini menyaksikan umpama kita sudah sampai satu garisan ‘support’ dalam sebuah pasaran.

Polikrisis yang sedang berlaku dari awal tahun hingga sekarang menyaksikan pelbagai cabaran di mana kebanyakan usahawan berniaga dalam keadaan keliru.

Kebanyakan usahawan jangka sikap pengguna masih sama seperti ketika pandemik, sedangkan mereka lebih berhati-hati berbelanja di mana saya melihat dari 10 bisnes, enam ke tujuh terkesan sepanjang tahun ini.

Tetapi bila melihat perubahan, ketika ini saya melihat kestabilan sudah berlaku terutama kepada usahawan Titanium di bawah bimbingan saya dan RichWorks bila mereka temui rentak yang betul bagi mengharungi 2024 nanti.

Saya nak kongsikan tiga perkara ini yang boleh membuatkan seseorang usahawan menguasai pasaran dan memacu pertumbuhan bisnes masing-masing, insya-Allah.

Tiga kunci buat usahawan kuasai pasaran & pacu pertumbuhan bisnes:

Usahawan perlu kekal komited dalam memberikan penyelesaiaan kepada sasaran pelanggan mereka yang tepat.
Keduanya, kekal fokus dengan apa yang anda berikan kepada pelanggan dan sasaran yang ditetapkan bagi 2024.
Ketiga, sebagai usahawan dan pengerak bisnes anda dulu perlu mempunyai energi tinggi bagi membawa pasukan ke matlamat yang sama.

Bagaimanapun saya melihat sekitar 80 peratus usahawan di luar sana masih buntu, tak tahu apa perlu dibuat, dengan berdepan cabaran dari segi jualan, bisnes perlahan disebabkan tak mahu nak melakukan strategi baharu dan tak nak ubah ‘game’ mereka.

Mereka berada dalam situasi ini disebabkan tak mencari solusi bila tak ada ilmu bisnes yang betul ataupun terlalu banyak strategi tapi tak tahu nak fokus yang mana.

Tahun 2024 nanti umpama ombak air laut yang berubah untuk memasuki fasa berikutnya yang dijangka lebih mencabar bukan hanya mengenai peperangan rejim Zionis terhadap Palestin, perubahan iklim dan sebagainya.

Berikut antara perkara yang saya jangkakan paling terkesan pada 2024:

  1. Sumber makanan akan semakin mahal, makin mencabar untuk diperolehi
  2. Sumber bahan api seperti minyak, gas, arang batu makin mahal mengakibatkan peningkatan kos barangan lain
  3. Perubahan cuaca berkaitan air,seperti banjir besar, kenaikan paras laut, akan beri kesan kepada perladangan, pertanian dan lain-lain

Mungkin anda fikirkan perkara di atas tiada kaitan dengan kalian tapi sebagai pemilik perniagaan setiap satu ini ada kaitannya dan sedikit sebanyak akan beri cabaran kepada bisnes.

Mungkin juga ada yang cakap perkara di atas memang berlaku sepanjang masa, tapi bila kita mengetahui akan berlaku dan lebih mencabar sekurang-kurangnya ia akan menyediakan mentaliti anda dari segi usaha, komitmen, fokus dan energi.

Game bagi 2024 dalam bisnes ialah siapa kuat jenama dia akan menang! Sebaliknya siapa tak kuat jenama dia, susah nak menang dan lagi mencabar dari segi harga barang.

Kemasukan besar-besaran pengilang dari China yang menjual secara langsung ke pasaran kita sudah berlaku dan bakal berlaku lebih agresif tahun hadapan.

Meskipun dikenakan cukai jualan 10 peratus bagi barangan dalam talian import, harga ditawarkan mereka tetap lagi murah maka sebagai usahawan anda perlu menguatkan lagi penjenamaan.

Bila mana ada jenama kuat yang dibina dengan baik dan jelas membolehkan usahawan menguasai pasaran dengan lebih mudah.

Pesanan saya buat bangsa usahawan di luar saat ini untuk ambil masa yang sebentar untuk refleksi balik semua aspek dalam kehidupan anda tahun ini.

Lihat apakah perubahan, penambahbaikan dan kelemahan untuk kita syukuri dengan apa yang sudah dicapai berbanding hanya mahukan itu dan ini tapi tak hargai apa saja berjaya dimiliki saat ini.

Kesyukuran ini sangat penting untuk zahirkan sebagai hamba Allah SWT dan juga mengharapkan bantuan serta keberkatan-Nya untuk pergi ke tahap seterusnya agar kita menjadi manusia yang lebih bermanfaat kepada orang lain.

AKhir sekali, saya dan RichWorks sangat jelas cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh para usahawan di luar sana dan kami ingin membantu anda yang benar-benar mahu memastikan anda lebih bersedia untuk tahun 2024 yang tinggal hanya berapa hari sahaja lagi.

Jika anda mahu dibantu, kami berikan sesi khas Branding & Marketing Growth (BMG) yang akan diadakan 26 Disember (Selasa) ini buat usahawan-usahawan yang serius dan komited dalam membina bisnes berjaya. Layari richworks.com/bmg untuk maklumat lanjut.

Saya doakan anda kaya & berjaya,
Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Artikel terbaru

1 Comment

  • Terima kasih saya sengat2 minta bantu dan bimbingan dangan Dato’Wira Dr Azizan Osman dalam bisnes saya dan saya berfikir tentang menyselasaikan masalah saya dan banyak hutang dimana2 saya ucapkan terima kasih dapat membantu kami banyak hutang

Leave a Reply