Brunei Satay House : Berjaya Harungi Cabaran 2020 Dengan Jualan RM1.5 Juta

Brunei Satay House : Berjaya Harungi Cabaran 2020 Dengan Jualan RM1.5 Juta

Pada awal 2016, Brunei Satay House telah berkembang dengan membuka cawangan baru iaitu 3 cawangan dan kiosk.

Bagaimanapun, pemilik Brunei Satay House, Tuan AG Shahril AG Ali berdepan masalah hingga kerugian ratusan ribu ringgit.

Terdahulu, beliau yang mula fokus berniaga untuk meneruskan legasi bisnes keluarga yang mula bertapak di Beaufort, Sabah pada tahun 2004 oleh bapa dan ibunya. Disamping itu, beliau nak buat ibu bapanya dapat berbangga dengan Brunei Satay Houser yang diusahakan.

Namun beliau mula rasa penat, tak ada masa dengan keluarga dan diri sendiri, hilang fokus yang membuatkan bisnesnya down. Semua ini berlaku disebabkan tidak ada sistem dan MenThor membimbingnya yang dilihat dapat elakkan beliau daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang tak patut dilakukan hingga mengalami kerugian.

Apatah lagi bila pandemik berlaku pada awal tahun lalu menyebabkan jualan di restoran terjejas tak boleh menerima pelanggan untuk makan di sana.

Tapi hasil ilmu dan bimbingan yang diterima daripada Program Mentoring SPIRE selama 8 bulan sebelum sertai Titanium, beliau mencapai jualan berjumlah sekitar RM1.5 juta pada 2020.

Satay Sejuk Beku yang dikeluarkan.

“Saya masuk program mentoring sebab mahu dapat akses dekat untuk belajar dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman ekoran sales stuck. Sebab elmu saya limit,” ujarnya.

Tindakan betul dilakukan pada 2020

Apa yang dilakukan oleh Tuan AG Shahril pada tempoh mencabar iaitu PKP tahun lalu dengan buat penghantaran makanan sendiri disamping menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi makanaan seperti GrabFood, FoodPanda dan sebagainya.

Selain itu, beliau menggunakan database pelanggan sedia ada untuk follow up dan berhubung dengan mereka. Bahkan beliau menggunakan platform media sosial untuk mendapatkan engagement dengan pelanggan menerusi Live, posting dan membalas komen mereka.

Beliau juga membuat FB ads bagi Brunei Satay House agar lebih ramai orang di kawasan kedainya tahu apa yang ditawarkan mereka.

Tindakan-tindakan ini telah membantu Brunei Satay House bukan saja bertahan malah mencatatkan jualan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Mengapa mengikuti program RichWorks?

Menurutnya, RichWorks dan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman mempunyai banyak results yang berjaya.

“Alhamdulillah, saya sendiri dalam proses itu dan nampak ada perubahan dalam diri dan bisnes,” katanya.

Selain jualan yang meningkat pada 2020, beliau juga telah mempunyai mini kilang untuk proses sate dengan skala yang lebih besar.

Brunei Satay House sudah menjadi syarikat Sdn Bhd dan mampu bayar cukai tahunan. Operasi Brunei Satay House juga berkembang dengan 27 orang team ketika ini yang mana telah berikan peluang pekerjaan kepada orang lain.

RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman telah dan sedang membimbing usahawan dari pelbagai sektor dan industri termasuk makanan & minuman untuk mereka dapat membina bisnes yang berjaya.

Anda juga boleh menjadi seperti Tuan AG Shahril AG Ali yang sedang membina empayar perniagaannya.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Orang Berjaya Dia Bersabar

Orang Berjaya Dia Bersabar

Tahukah anda, antara ciri orang berjaya ialah sabar. Mereka bersabarlah yang membuatkan dapat berjaya dalam bisnes malah kehidupannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi orang