Bisnes Cara Paling Cepat Bina Kewangan

Bisnes Cara Paling Cepat Bina Kewangan
Bisnes Cara Paling Cepat Bina Kewangan

“Saya lihat ramai orang sibuk tapi tak tahu apa yang disibukkan. Ramai orang sibuk cari duit tapi last sekali tak ada duit. Ramai orang sibuk macam kejar itu kejar ini tapi tak ada apa yang dicapai.”

“Dan saya benci melihat benda itu kerana ia adalah moment last time saya. Saya tengok family saya, saya tengok orang keliling saya. Saya tak nak jadi orang yang kalau bekerja, tapi akhirnya tak ada masa tak ada apa-apa.”

“Tapi kalau saya berniaga saya tak apa-apa, macam berniaga tapi lebih teruk daripada bekerja sebab sebenarnya bisnes adalah cara paling cepat untuk bina kewangan tapi dengan syarat, anda perlu ada ilmu, sistem dan strategi…”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Adakah anda salah seorang yang sangat sibuk sehinggakan bermalam di pejabat. Tapi tak jugak kaya-kaya. Buat itu ini tapi duit tak jugak bertambah. Sedih kan ada kehidupan macam tu.

Kadang terfikir sampai bila anda harus ada mentaliti macam tu. Ramai orang boleh berjaya tapi kenapa anda masih lagi terperangkap dengan kehidupan sama.

Bisnes Cara Paling Cepat Untuk Bina Kewangan

Seperti yang MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan ada cakapkan:

Bisnes adalah cara yang paling cepat untuk bina kewangan anda namun ada syaratnya!

Syaratnya adalah anda perlu ada ILMU, SISTEM dan STRATEGI. Jangan main hentam kromo je nak berniaga. Sebab tu lah anda masih berada di tahap yang sama.

Sales RM5 ribu sebulan sampai bertahun-tahun lamanya. Kau berniaga ke kau menongkat dahu? Inilah pentingnya 3 perkara tu. Ilmu tu pula jangan sekadar hanya datang kelas dan dengar saja tanpa sebarang tindakan.

Memang tak ke manalah kalau anda habiskan ribuan ringgit masuk kelas tanpa tindakan. Sampai ke sudahlah jawabnya.

Bila sudah bina perniagaan, anda perlu ada sistem dan strategi yang betul. Perlu ada team yang boleh sama-sama kembangkan bisnes anda ke arah yang lebih baik. Team pun anda perlu trained. Jangan hanya lepaskan macam tu je.

Dengan training yang betul, anda akan satu team yang kuat dan bisnes anda boleh berkembang dengan lebih baik. Jadi bina kewangan anda dengan berniaga. Berniaga dengan cara yang betul.

Bukannya sekadar ada sahaja. Adanya  ilmu, sistem dan strategi daripada MenThor terbukti berjaya, insyaAllah bisnes anda akan lebih berjaya.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply