Ramai yang terkejut apabila berita keluar bahawa Bill Gates kini bukan lagi dalam senarai 10 individu terkaya dunia. Beliau kini berada di kedudukan ke-12, di bawah bekas CEO Microsoft sendiri, Steve Ballmer, yang dianggarkan bernilai lebih USD 170 bilion. Gates pula dianggarkan sekitar USD 115 bilion sahaja (Masih banyak lagi tu!).
Tetapi kejatuhan beliau dari kedudukan itu bukan kerana rugi berniaga atau pelaburan gagal. Ia sebenarnya kerana satu perkara yang sangat mulia – filantropi (ahli dermawan).
Bloomberg membuat penilaian semula kekayaan Gates untuk lebih selari dengan realiti bahawa beliau sudah mula menyumbang secara besar-besaran. Gates sendiri sudah berikrar mahu memberikan hampir semua kekayaannya dalam tempoh 20 tahun. Melalui Bill & Melinda Gates Foundation, beliau telah menetapkan sasaran untuk membelanjakan lebih USD 200 bilion sebelum yayasan itu ditutup pada 2045.
Apa Sebenarnya yang Bill Gates Buat dengan Duit Dia?
- Kesihatan Global: Membasmi malaria, TB, HIV/AIDS, dan meningkatkan akses vaksin.
- Pendidikan: Menyokong inovasi dan akses pendidikan yang lebih adil.
- Kurangkan Kemiskinan: Program pembangunan pertanian, perkhidmatan kewangan untuk golongan miskin.
- Bantuan Kecemasan & The Giving Pledge: Bekerjasama dengan kerajaan, NGO, respon COVID-19, dan mengajak bilionair lain menyumbang.
Gates pegang pada prinsip bahawa orang kaya melampau ada tanggungjawab moral untuk pulangkan kekayaan kepada masyarakat. Dia ikut jejak pemikiran Andrew Carnegie yang pernah berkata:
“The man who dies thus rich dies disgraced.”
Apa Pengajaran untuk Kita, Khususnya Usahawan Islam?
Saya selalu fikir – alangkah indahnya kalau ramai usahawan Islam bangkit bina bisnes yang besar, tapi akhirnya jadi dermawan juga.
Bayangkan kalau kita ada ribuan usahawan Muslim yang:
- Jadi kaya hasil bisnes halal, tapi tak kedekut.
- Salurkan sebahagian besar keuntungan untuk bina sekolah tahfiz moden, universiti Islam yang canggih, hospital percuma.
- Taja ribuan anak yatim hafal Al-Quran.
- Bina sistem pembiayaan mikro untuk bantu orang miskin berniaga.
- Sedekah senyap-senyap tapi memberi impak besar pada ummah.
Saya selalu kata pada peserta program saya – kaya itu wajib kalau niat kita untuk beri manfaat. Sebab kalau bukan kita yang kaya dan ikhlas memberi, siapa lagi?
Bill Gates bukan Muslim, tapi dia ajar dunia bahawa kekayaan itu bukan untuk disimpan saja, tapi untuk dimanfaatkan seluas-luasnya. Kita yang Muslim sepatutnya jauh lebih terdorong kerana agama kita sendiri suruh bersedekah, zakat, infaq, waqaf.
Kesimpulan
Jatuh dari senarai 10 terkaya bukan kegagalan untuk Bill Gates – ia sebenarnya kemenangan moral. Dia pilih untuk bagi balik pada dunia.
Soalan untuk kita semua: Adakah kita bersedia untuk bina bisnes yang berjaya dan jadi dermawan besar?
Sampai bila kita nak jadi bangsa yang hanya hidup harapkan subsidi atau hidup sekadar di pinggiran?
Jom keluarkan potensi diri, bisnes dan kewangan anda yang sebenar! Jumpa nanti di Transformasi360.com