Kegagalan yang dialami boleh mempengaruhi keadaan kita. Terasa berat di dada, kesedihan dan kekecewaan bila sesuatu usaha dilakukan tidak berjaya.
Gagal ini datang dalam bentuk yang kecil dan besar di mana terdapat pengajaran di dalamnya.
Apakah yang membuatkan anda gagal sebenarnya? Mungkin banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan ini.
Berikut kami kongsikan kemungkinan kegagalan yang biasa berlaku:
1/ Menangguh kerja
Menangguhkan sesuatu disebabkan tiada maklumat atau perkara yang menghalang daripada kerja itu dapat dilakukan.
2/ Jangkaan tinggi
Mempunyai jangkaan tinggi untuk mencapainya namun apabila tidak capai menyebabkan rasa kecewa.
3/ Tidak belajar
Rasa tidak cukup masa untuk terus belajar, meningkatkan ilmu kerana banyak kerja perlu dilakukan dalam perniagaan.
Sehubungan itu, apakah yang boleh kita lakukan untuk berdepan dengan gagal ini? Bukannya mudah namun ia boleh dilakukan.
Jawapannya terletak kepada tindakan kita. Sukarnya untuk bertindak ketika kita dalam keadaan ‘down’.
Bagaimanapun, tindakan perlu dilakukan kerana jika tidak kita akan lebih berasa ‘down’ dan boleh mempengaruhi diri malah perniagaan kelak.
3 tindakan boleh anda lakukan:
- Tarik nafas
Dunia tidak berakhir disebabkan kegagalan itu. Anda hanya perlukan ruang dan mungkin sedikit masa. Lihat permasalahan itu dari sudut berbeza.
Ada orang mengatakan bahawa gagal itu hanya satu bentuk maklumat yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Malah tiada gagal sebenarnya sebaliknya hanya maklum balas atau feedback.
- Ubah cara atau method anda
Jika cara yang anda lakukan tidak berhasil, maka perlunya cari cara yang baru. Apakah yang boleh dilakukan berbeza dari sebelum ini?
Mungkin anda boleh masukkan soal kebertanggungjawaban, dapatkan bantuan orang lain atau MenThor ataupun mendapatkan inspirasi.
- Ambil langkah pertama
Lakukan langkah pertama anda sekarang. Meskipun kecil, itu yang paling penting. Ia membolehkan kita berasa lebih ringan dan menunjukkan bahawa tidak mustahil untuk bangkit semula.
Ia dapat mengubat rasa kecewa dan kesedihan ekoran kegagalan berkenaan. Bukan sekelip mata kita boleh terus menyelesaikan masalah dalam kegagalan itu kerana ia memerlukan masa.
Sebab itu anda perlu bertindak sekarang walaupun kecil.