Kebanyakan daripada kita sejak dari sekolah dibiasakan dengan konsep ini – baca buku atau nota itu berulang kali supaya dapat belajar dan pandai tentang sesuatu topik itu. Bagaimanapun, tidak ada bukti kukuh menunjukkan membaca atau menonton video pendidikan berulang kali saja cara paling efektif untuk belajar.
Malah mungkin kebanyakan daripada kita sendiri pernah mengalaminya ketika membaca buku atau menonton video tiba-tiba hilang fokus atau ‘blank’, terfikir benda lain dan macam-macam lagi. Kita mula tertanya, di mana yang sudah terlepas? Bila habis membaca atau menonton video itu, tidak tahu apa yang dipelajari lebih-lebih lagi mereka yang tak mencatatkan nota.
Ramai orang melihat diri mereka seperti sebuah komputer yang dapat memanggil balik setiap satu data yang pernah dimasukkan. Tapi ini tidak berlaku ketika kita belajar.
Membaca saja buat kali kedua, ketiga dan berikutnya tidak akan membantu bagi maklumat itu boleh difahami. Daripada kita membaca atau menonton saja berulang sebagai cara untuk belajar, kita perlu secara aktif ‘berinteraksi’ atau engage dengan kandungan berkenaan agar mendapatkan kefahaman.
Cara terbaik untuk melihat sama ada anda memahami sesuatu bahan itu dengan menerangkannya semula kepada diri sendiri umpama menceritakan dekat orang lain ataupun uji pada diri apa yang diketahui melalui soalan seperti :
Apakah yang dimaksudkan dalam topik itu?
Apa yang dikatakan panel dalam video itu?
Bagaimana saya boleh gunakan ilmu itu dalam bisnes?
Soalan-soalan ini dapat buat kita tahu tahap kefahaman anda malah mendedahkan mana satu yang tak difahami. Samalah seperti bagi kita yang pernah mengikuti program-program pendidikan sama ada secara fizikal ataupun virtual ketika ini.
Learning point dan nota-nota yang diambil janganlah dijadikan simpanan sebagai kenangan saja. Tiada apa akan berlaku, perubahan dan impian yang mahu dicapai hanyalah seperti angan-angan Mat Jenin. Mengapa ada orang yang boleh berubah dan menyaksikan peningkatan dalam bisnes selepas ditemui pada program seterusnya?
Kerana mereka telah faham dengan ilmu disampaikan dan melakukan tindakan. Bahkan, ada yang berulang kali datang ke dalam program berkaitan sebagai ‘refresh’ dan mengingatkan kembali perkara penting yang mungkin ‘tak dilakukan sebelum itu’ disamping mendapatkan sebarang perkembangan terkini daripada MenThor lebih-lebih lagi dalam tempoh mencabar ini.
Justeru itu, sebaik-baiknya selepas satu program bincangkan bersama rakan atau team bisnes agar semua dapat kefahaman yang lebih jelas lagi. Kefahaman diperolehi dapat memudahkan kita untuk bertindak dan mengatur strategi yang perlu dilakukan dengan ilmu dipelajari itu.
3 Comments
Nak belajar
Nak tips
Nak ada menthor