Rumah, Bilik, Meja Berselerak? Ikuti Rahsia Ini Untuk Jadi Lebih Terurus

Rumah, Bilik, Meja Berselerak? Ikuti Rahsia Untuk Jadi Lebih Terurus

Berdepan dengan cabaran ini, meja kerja berselerak, bilik bersepah malah minda juga rasa sebegitu?

Anda boleh merubahnya agar lebih terurus, ketahui di mana barang diletakkan, apa perlu dilakukan hari ini dan tidak lupa perkara penting yang perlu dilakukan.

Nak tahu rahsianya? Sebenarnya tiada rahsia cuma tabiat yang boleh dipupuk yang boleh digunakan dalam bisnes, kerja, rumah dan kehidupan harian anda.

Berikut kami kongsikan prinsip-prinsip yang boleh digunakan dalam semua situasi. Langkah-langkah ini nanti yang sudah terbukti berkesan dan telah dilakukan ramai orang di luar sana.

Jika ketika ini berada dalam keadaan berselarak dan tak terurus, bersepah jangan pula terus secara drastik mengemas dan menyusun semuanya sekali. Sebaliknya bermula sedikit demi sedikit, cuba peruntukan masa sekitar 30-60 minit khas untuk mengemas.

7 tabiat untuk anda pupuk mengemas dan terurus :

  1. Kurangkan sebelum mengemas

Kesilapan ramai orang aoabila cuba mengemas barangan atau tugas mereka yang begitu banyak dan rumit.

Sama seperti untuk menguruskan masa, anda perlu menyusun jadual yang padat tetapi masih ada banyak tugasan.

Penyelesaiannya dengan mengurangkan, menghapuskan dan memudahkannya.

  1. Sentiasa tulis apa perkara penting

Kadang-kadang kita terlupa apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Tulis segera agar tiada perkara yang tertinggal.

  1. Proses inbox email anda

Lihat inbox email anda masing-masing agar dapat memastikan tiada benda yang tertinggal. Kemudian anda perlu tentukan apa perlu dilakukan sekarang – padam, simpan ke fail berkaitan dan sebagainya.

  1. Tempat khusus

Pastikan ada tempat khusus bagi sesuatu perkara itu. Ia akan memudahkan anda untuk mencari barangan atau perkara diperlukan nanti.

  1. Susun atau buang sekarang

Ramai orang mempuunyai tabiat meletakkan sesuatu di atas meja dengan fikir bahawa ‘akan buangnya lepas ini’.

  1. Bersihkan sebelum beredar

Prinsip ini terpakai di semua perkara kita lakukan. Bersih, susun dan kemas ketika ia masih tidak banyak lagi. Jika tidak, kelak anda terpaksa bersih atau menyusun masa barangan yang banyak.

  1. Sistem dan rutin

Wujudkan sistem dan rutin yang dapat bantu anda untuk dapat kekalkan meja pejabat yang tersusun, bilik, rumah dan sebagainya.

Sistem ini nanti perlu diikuti agar anda dapat terus kekal tersusun dan terurus.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Abdul Razak Bin Mohd Nasir

    1. Perlu ada mindset dan sikap yang lebih teratur untuk menjalankan bisnes.
    2. Perlu ada sistem dan jadual yang lebih teratur untuk mengetahui apa perlu untuk tugasan yang lebih sistematik.
    3. Perlu lakukan tugasan yang telah ditetapkan supaya tiada tugasan backlog yang banyak.

Leave a Reply