Apa hadiah percuma yang anda selalu dapat sebagai pelanggan bila beli sesuatu produk?
Anda nak pelanggan sentiasa terkenangkan kedai anda. Apa kata anda berikan mereka hadiah percuma yang orang lain tak buat atau jarang buat. Dengan hadiah ni, mereka pasti akan selalu teringatkan anda.
Tak ada idea hadiah apa yang patut mereka dapat sebab anda rasa semuanya sama saja, kami ada beberapa cadangan untuk anda.
6 cadangan hadiah percuma:
- Kenapa mesti beri hadiah percuma?
Kadang-kadang, kalau anda pergi pasar raya dan beli ubat gigi, sekiranya tu time promosi anda akan dapat mug atau pinggan yang bercop jenama tu sendiri.
Tak pun anda beli satu deodorant jenama A, dapat percuma satu losyen dalam botol kecil. Pelanggan pasti akan beli sebab mereka rasa rugi jika tak beli. Kat situ saja, mereka rasa dah berbaloi kerana mereka akan dapat dua benda dengan satu harga sahaja.
- Bagi bantal hiasan
Mungkin bantal yang dibuat tidur agak memerlukan kos kepada anda. Apa kata anda bagi bantal yang boleh dibuat hiasan rumah dan berikan kepada pelanggan yang terawal sahaja.
Buat bantal dengan rekaan yang exclusive dan limited edition. Printkan nama company anda, FB dan nombor telefon di atas bantal tersebut. Mungkin anda boleh hadkan kepada pengguna yang buat pembelian seratus ke atas sahaja. - Sapu tangan
Biasanya sapu tangan ni orang bagi dekat majlis kawin atau majlis kesyukuran. Memang selalu dapat kan? Apa kata anda beri kepada para pelanggan sebagai hadiah percuma.
Jika anda beli sapu tangan dengan banyak, pasti akan dapat dengan harga yang murah. Anda cuma perlu printkan ucapan terima kasih dan design apa sahaja yang boleh mengenangkan mereka kepada bisnes anda.
- Kad ucapan
Orang biasa bagi kad ucapan pada hari-hari tertentu sahaja seperti hari guru, ulang tahun, majlis perpisahan, hari raya dan sebagainya. Anda boleh jadikan ia satu kebiasaan dengan beri kepada pelanggan setia anda. Tulis ucapan yang menarik yang boleh buatkan mereka merasai keikhlasan hati anda dan penghargaan kerana telah datang ke kedai mereka. Bila mereka rasa tersentuh dan dihargai, mereka mungkin akan datang lagi. - Kraf tangan
Amat jarang orang bagi kraf tangan sebagai hadiah. Biasanya mereka akan bagi mug, pinggan, t-shirt, beg mekap dan sebagainya.
Jadi, anda boleh berikan pelanggan tertentu seperti mereka yang dah lama jadi pelanggan setia anda. Bila anda bagi hadiah kraf tangan, ia sangat special kerana kraf tangan mengambil masa yang lama untuk digubah.
Dan ia memerlukan kreativiti seseorang yang sangat kreatif. Anda juga boleh berikan kepada customer yang membeli dalam jumlah yang pukal.
- Shawl/tudung bawal
Bagi anda yang berniaga produk berkaitan wanita ni, anda boleh berikan shawl kepada pelanggan dengan limit pembelian yang tertentu.
Shawl sangat sesuai diberikan kepada perempuan. Bila anda berikan shawl sebagai hadiah, mereka boleh pakai dan mungkin berikan kredit kepada anda.
Jadi, ia akan menarik perhatian pelanggan yang lain untuk mendapatkannya juga.