Ayat Pemasaran Tak Dapat Tarik Pelanggan? Ketahui 6 Tips Buat Ayat Pemasaran Power

Tak dapat tarik pelanggan

“Tak ada orang baca dan like pun posting saya, apa lagi nak komen…”

Lepas tak ada orang like, kita pun terus merajuk dan tak buat apa-apa posting lagi. Kecewa mengenangkan nasib, tak tahu macam mana nak tarik pelanggan. Orang lain buat semua jadi, sampai beratus-ratus like, tapi anda..aduiii payahnya.

Kalau macam ni, macam mana nak berniaga online, habislah semua cita-cita. Dah tentu orang tak akan nampak posting kita, apatah lagi nak baca dan komen…

Janganlah cepat merajuk. Marketing ialah buat orang nampak anda.

Marketing yang paling best bukan setakat beri orang nampak tapi juga buatkan orang ramai rasa apa yang anda nak sampaikan kepada mereka, samada rasa sedih, gembira, kecewa, dan macam-macam lagi.

Tak guna juga kalau banyak likes tapi orang tak membeli, gabungan apa yang kami nak beri kepada anda ini , InsyaAllah dapat bantu anda tinggikan likes, berkongsi ilmu dan juga akan membuatkan orang nak PM anda.

6 Tips Buat Ayat Pemasaran Power Untuk Tarik Pelanggan di Media Sosial:

  1. Kritikalkan Masalah

Kadang-kadang, bila anda menulis anda gagal untuk membuatkan orang rasa betapa perlunya mereka mendapatkan produk anda.

Anda kena ceritakan apakah masalah yang produk anda boleh selesaikan dan berikan penekanan tentang akibat apabila anda biarkan masalah tersebut berterusan.

Contoh, ramai orang buat tak kisah tentang jeragat di muka, mereka fikir itu perkara biasa, tetapi mereka tak tahu, dengan jeragatlah boleh buatkan rumah tangga goyah.

Bia suami dah mula tak nak pandang muka isteri yang penuh jeragat dan mula terpikat dengan wajah-wajah lain yang gebu gebas di luar sana.

Bila dah rumahtangga goyah, hati pun tak tenang, keadaan diri sendiri makin tak terurus, keluarga kacau bilau…

  1. Jangan Guna Ayat Skema

Posting di media sosial bukan macam artikel di surat khabar atau majalah berita. Ianya lebih santai supaya mudah nak sentuh hati pembaca.

Jika kami gunakan ayat ini sebagai tajuk “6 PERKARA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA MEMBINA STRUKTUR AYAT YANG PALING BEKESAN DENGAN MENGUNAKAN TATABAHASA YANG BETUL DAN KOSA KATA TERBAIK UNTUK POSTING ANDA DI LAMAN SOSIAL.”

Kami pasti tak ada sangat orang nak baca. Kalau ada pun mungkin orang yang suka guna ayat-ayat skema sahaja. Tengok pun dah takut, macam susah sangat…Antara tips untuk kurangkan guna ayat skema ialah jangan gunakan terlampau banyak imbuhan.

Anda perlu tahu, siapa pembaca posting anda, dan gunakan ayat-ayat biasa yang golongan tersebut suka guna.

  1. Gunakan Tajuk Yang Menikam Kalbu

Pembaca akan mudah tertarik kepada posting dengan tajuk yang menarik, yang menbuatkan mereka tertanya “Apa bendanya ni?” Tajuk hambar selalunya menunjukkan posting yang juga hambar.

Anda perlukan sedikit latihan untuk membuatnya. Tapi tak apa, cuba tulis dahulu, tanyakan pendapat orang yang anda rasa boleh bantu beri maklumbals dan terus perbaiki. Ciri-ciri tajuk yang menarik ialah, penuh emosi, sedih, takut, kekecewaan, gembira atau penuh dengan persoalan.

Atau, mengandungi fakta yang mengejutkan. Atau boleh gabungkan kedua-duanya. Contoh : Lelaki 60 tahun jadi jutawan dengan pungut sampah. Atau Kerana takut, perempuan ini sanggup potong usus. Kalau dah tajuk tulis macam tu, ko rasa? Tak de orang nak baca ke…

Ada yang kata tajuk seperti ini tidak bagus dari segi etika penulisan, ianya dikatakan seperti misleading atau mengaburi mata pembaca, tapi anda sendiri tentukannya.

Kadang-kadang tajuk hanya setakat propaganda untuk tarik orang baca isi, cerita dan manfaat sebenar yang tertulis dalam isi kandungan penulisan.

  1. Tulis Tentang Isu Dan Masalah

Kesilapan ramai peniaga online, tak kiralah anda berniaga apa sahaja, anda gagal nak kenalpasti bagaimana produk anda dapat bantu orang ramai. Mungkin ada orang kata “saya jual kuih keria gula melaka je…masalah apa lah sangat saya nak tulis..”

Ha! Itulah kesilapan anda yang utama..menyerah sebelum berfikir dan menulis. Anda hanya perlu fikir, apa kebaikan produk anda, apa masalah produk anda boleh bantu dan apa akibatnya jika mereka tak dapatkan produk anda.

Kuih keria gula melaka boleh bantu orang ramai nikmati minum petang yang menyelerakan, dapat hidang kepada mak mertua yang datang dan bukan setakat hidang biskut kering.

Ini buatkan mak mertua pelanggan anda sangat sayang kepada mereka, dan juga anda bantu pelangan supaya tak perlu nak ke Melaka setiap hari semata-mata untuk beli kiuh keria gula melaka.

  1. Tulis Tentang Kekecewaan

Ini satu lagi perkara yang orang tak mahu tulis.

Kadang-kadang, kita ini malu nak tulis tentang perkara buruk, atau malu nak bercakap tentang perkara buruk tetapi bila anda tuliskannya dengan jelas, anda akan buat pembaca mula sedar dan akui..”Ye lah…aku ada masalah ini.” Kekecewaan yang anda tuliskan bukan kekecewaan yang berlaku ke atas penguna sahaja, malahan orang di sekeliling pengguna.

Contoh jika anda menjual ubat gemuk, anda boleh tulis tentang kekecewaan si kurus kering tentang sukarnya nak menggayakan pakaian cantik-cantik, badan tiada potongan, ibarat papan sekeping atau kertas sehelai yang terbang melayang.

Suami tengok pun kecewa, entah apa nak dipegangnya, semua pun sekeping dan mendatar sahaja. Amacam? Gunakan kekecewaan ini sebagai satu ayat terbaik dan kaitkannya dengan bagaimana produk anda boleh membantu.

  1. Ceritakan Bagaimana Cara Keluar Dari Masalah

Ramai orang tak mahu bercerita tentang bagaimana mereka keluar dari masalah. Kerana mereka malu nak akui mereka pernah ada masalah, atau mereka rasa orang akan pandang negatif bila mereka mula dedahkan masalah.

Tapi sebagai peniaga, jika anda ceritakan bagaimana produk anda bantu anda keluar dari masalah, itu sebenarnya adalah testimoni terbaik. Contoh, ramai wanita malu nak mengaku ada rambut gugur, kepala hampir botak, kegatalan melampau di kulit kepala.

Maka, mereka pun biarkan je, masalah rambut dan kulit kepala mereka berkepam di bawah tudung. Tapi, jika anda dah gunakan produk yang anda jual, serta dah berjaya mengatasi masalah di atas, anda patut tulis kisah bagaimana anda keluar dari masalah tersebut.

Apa produk yang anda guna, berapa cepat hasilnya dan lain-lain. Gunakan semua teknik di atas untuk hasilkan copywriting terbaik. Tambah sedikit gambar-gambar, insyaAllah tak menang tangan nak jawab PM nanti.

Artikel terbaru

Leave a Reply