Setiap usahawan memerlukan values atau nilai-nilai yang membantu bukan saja diri malah bisnes mereka membolehkannya mencapai impian dan kejayaan.
Values ini dapat membawa usahawan itu ke landasan yang betul. Perkara paling bernilai dalam bisnes bagi usahawan itu bukannya wang atau produknya, sebaliknya ia adalah reputasi. Justeru itu, melalui values yang ada, ia dapat mengingatkan diri usahawan itu sendiri untuk terus fokus malah beri inspirasi kepada orang lain.
Bagi MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman beliau berpegang kepada 3 values utama ini iaitu care, contribution dan fullfilment.
Beliau care kepada people, keluarga, anak didiknya dan RichWorks. Malah beliau mahu contribute atau menyumbang lebih banyak kepada orang lain. Ia dapat drive beliau untuk terus melakukan apa yang dilakukan hingga hari ini. Kepuasan beliau apabila melihat anak didiknya berkembang dan mampu membina bisnes berjaya.
Berikut kami kongsikan beberapa values yang dapat memperkasakan seseorang usahawan itu.
5 values penting bagi usahawan :
1. Keberanian
Keberanian diperlukan bagi usahawan dapat kenal pasti dan merebut peluang yang ada. Nilai ini dapat membantu untuk terus bergerak ke depan meskipun terdapat halangan atau cabaran hingga menyebabkan kekecewaan.
2. Visi
Visi dapat membawa mengharungi proses bisnes, kenal pasti peluang dan menetapkan matlamat bagi bisnes anda. Visi dapat buatkan anda kekal fokus dan terus berusaha untuk mencapai matlamat.
3. Menghormati
Hormat bukan saja kepada orang lain malah diri sendiri. Hormat dapat buatkan kita menghargai tugas, peranan atau usaha mereka dan dapat berikan motivasi kepada mereka.
4. Trust atau amanah
Trust sangat penting dalam sesebuah bisnes terutamanya dari segi marketing. Ia dapat membentuk hubungan baik bukan saja dalam team malah pelanggan anda.
5. Kecekalan
Seorang usahawan perlu ada kecekalan dalam diri agar dapat terus dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya. Kecekalan ini datang daripada kesungguhan, konsisten yang mana menguatkan usahawan itu agar tidak mudah berputus asa dalam apa jua keadaan.
Sehubungan itu, values ini juga datang daripada tindakan kita sendiri. Bagaimana kita melayan pelanggan dan team? Adakah anda menyumbang kembali kepada masyarakat dan sebagainya? Semua ini akan menunjukkan value yang ada pada diri malah bisnes anda.
Cuba ambil masa sebentar dan tulis apakah values ada pada anda?