Saya dah raih juta-juta ringgit, malaslah nak belajar lagi, saya sendiri dah boleh mengajar!
Benarkah dah capai jualan jutaan ringgit tak perlu lagi tuntut ilmu? soal Pengasas Anggun Cotton Collection.
“Kami mula berniaga tanpa ilmu, main langgar je, jadi di situ memang banyak ‘roadblock’ yang terpaksa kami tempuhi,” kata Mohd Shazrin Yahya, pengasas bersama Anggun Legacy Global Sdn. Bhd.
Jenama Anggun Cotton Collection diusahakan bersama isterinya, Noraini Hanipah berserta adik ipar, Norafizah dan suaminya, Mohd Adzim Zakaria sejak 2014, bermula tanpa bimbingan mentor.
Menyedari wujud persaingan sengit mereka mula merancang mengeluarkan duit simpanan dan menghasilkan produk baju cotton sendiri.
“Kami hendak buat design sendiri, kami tahu cabaran itu besar kerana modal yang diperlukan juga besar. Masa itu kami fikir kalau ini titik mula untuk berjaya, maka, berjayalah kami, tapi jika gagal maka kami akan terus gulung tikarlah.
“Jadi, Alhamdulillah dapat sambutan, tapi masa itu jualan secara tiba-tiba semakin merosot,” kongsinya.
Bagaimana Anggun Cotton Collection Boleh Capai Jualan Juta-juta
Ketepikan Ego Mula Bermentor
Shazrin memberitahu, pada ketika itu, mereka mula mengalah dan mengetepikan ego sendiri dan mula bermentor dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
“Kalau kita malu atau sombong untuk belajar ia akan kurang dan kita kena top up. Dalam bisnes banyak benda baru. Jangan rasa diri kita ni dah hebat sangat. Dah cukup pandai dah boleh buat sales juta-juta, kita pun tolak. Tak mau dah, aku boleh sendiri. Tak boleh, banyak tak tahu sebenarnya,” katanya.
Semasa bersemuka dengan Dr. Azizan, beliau menggesa kami tidak fikir persaingan.
“Awak sendiri yang kena betul-betul berlari, tinggalkan pesaing di belakang dan jangan sesekali berhenti kerana mungkin pesaing akan tetap berjaya dan pintas awak. Jadi, sebab itu beliau minta kami fokus kepada diri sendiri.
“Fokus kepada satu produk, bila kami fokus alhamdulillah ia berjaya, kami berjaya berada di mana kami berada sekarang,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Shazrin berkata ilmu perlu ditambah bersesuaian dengan keperluan semasa.
“Dah berjaya kita perlu tambah lagi ilmu. Ilmu ni tak de tempoh kita perlu belajar. Walau kita dah berjaya macam mana pun, hebat macam mana pun kita perlu tambah input ilmu-ilmu yang baru. Ilmu ni tak rugi untuk kita belajar,” katanya lagi.
Tidak Langgar Tembok
Seorang lagi pengasas Anggun Legacy, Adzim berkata sejak menyertai RichWorks, beliau dan tiga pengasas Anggun Cotton Collection tidak lagi melanggar tembok berkat bimbingan yang betul daripada Dr. Azizan.
“Kadang-kadang tu kita fikir kita dah cukup berjaya, tetapi akan datang kita tak tahu turun atau naik ke. Ilmu itu sangat penting. Orang dah pandai tetap ada ilmu yang kena belajar.
“Dulu semua kami buat sendiri, dulu takut nak ambil staff, takut nak bayar staff. Semua nak masuk poket sendiri, akhirnya demam semua susah, perlunya ada team.
“Dia ajar kita dari bawah sehingga kita ada billboard, warehouse, simpanan kita pun dah ada. Dulu kita tak fikir pasal simpanan.
“Banyak kami belajar, termasuk daripada segi pakaian. Banyak RichWorks ajar,” katanya.
Anggun Cotton Collection kini memiliki gudang, butik sendiri di Senawang dan Johor Bahru.
Mereka juga mampu melantik duta seorang pelakon terkenal tanah air, Yana Samsudin dan memiliki papan iklan di sepanjang Lebuhraya Plus selain mengiklankan produk di radio tempatan.
Lebih membanggakan, Anggon Cotton Collection menerima dua anugerah iaitu Best Brand E-Branding Award 2020 dalam fesyen baju kurung cotton dan Superbrands Malaysia’s Choice 2020.
Pentingkan untuk tambah ilmu, jom tambah ilmu perniagaan anda dengan menyertai siri klinik usahawan, Bina Bisnes Berjaya, Branding & Marketig Power 2022 pada 4 hingga 6 Mac ini.