Alami Monday Blues? Jangan bimbang, sesungguhnya anda tidak keseorangan! Nampak remeh tapi ia sememangnya dapat memberi impak negatif kepada emosi kita sepanjang hari.
Tak mahu ia berlarutan, ini 5 cara bagi menukar mood anda kepada ceria.
1. Jangan memikirkan tentangnya!
Semakin anda berfikir tentang Monday Blues, semakin teruk ia menjadi. Cara mudah untuk menangani Monday Blues adalah dengan tidak memikirkan tentangnya.
Adakah ia lenyap begitu saja? Sukar untuk dikatakan tapi yang pasti membuatkan kita berasa lebih baik.
Jika difikirkan tentang gatal, ia akan menjadi semakin gatal. Oleh itu, lebih baik anda tidak memikirkan tentang Monday Blues dan tidak mengingatkan diri tentang perasaan itu.
Abaikan saja dan anda akan berasa lebih baik serta-merta. Jadi, keluarkan konsep Monday Blues itu daripada fikiran anda. Lebih kurang anda berfikir tentangnya, lebih mudah untuk anda mengharungi hari itu.
2. Dapatkan sedikit cahaya matahari
Cuba keluar seketika dan dapatkan sedikit cahaya matahari sekiranya anda boleh. Kadang-kadang, hanya dengan mendapatkan udara segar juga boleh membantu.
Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan cahaya matahari merangsang hormon rasa gembira dan membantu kita dalam menangani Monday Blues.
3. Mulakan hari anda dengan muzik
Sesetengah orang suka memulakan hari Isnin mereka mendengar muzik yang mereka suka. Ia mungkin membantu meningkatkan mood dan memberikan anda motivasi untuk menjalani hari itu.
Hidupkan muzik semasa anda membuat secawan kopi atau teh panas untuk diri sendiri pada waktu pagi, semasa bersiap atau sewaktu berulang-alik ke tempat kerja. Ia membantu mengalihkan fikiran anda daripada memikirkan tentang Monday Blues.
4. Cari perkara baik di sekeliling anda
Terdapat banyak perkara baik di tempat kerja jika anda hanya membuka mata dan lihat sekeliling. Gaji yang diterima membantu anda menyelesaikan bil, rakan sekerja telah menjadi kawan baik anda dan banyak lagi perkara yang boleh disyukuri.
Oleh itu, fikirkan tentang perkara baik ini apabila anda berdepan dengan Monday Blues.
5. Makan, makan dan makan
Pernah terfikir tak yang makanan boleh menangani Monday Blues anda? Dengan memulakan hari di awal pagi, anda boleh membuat sarapan pagi yang enak atau mengambilnya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Jika anda bukan seorang yang gemar bersarapan, apa kata anda mencubanya bagi menangani Monday Blues anda.
Jika itu tidak berkesan, nikmatilah makan tengah hari anda penuh semangat di waktu rehat nanti.
Bangsa usahawan perlu sentiasa bersemangat bukan. Tak kiralah monday blues atau tak, energy mesti sentiasa tinggi setiap masa. Mesti anda berjaya!