Ai dalam pemasaran dan penjenamaan bisnes anda! Ini 10 cabaran utama bagi bangsa usahawan dalam pemasaran

Terima kasih GYBSM

Ai dalam pemasaran dan penjenamaan you!? Boleh ke?

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Kita sudah masuk separuh masa kedua bagi tahun 2024 ini. Adakah you bersedia untuk main game lebih baik masa ini?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, AI akan mengubah bukan sahaja kehidupan malah aspek bisnes. Jika anda tidak berubah, anda boleh saya katakan bakal PUPUS & LUPUS!

Sebab itu, saya bersama RichWorks menyediakan program pemasaran yang memanfaatkan kekuatan Chat GPT dan AI – Grow Your Brand & Super Marketing (GYBSM) bermula Jumaat (28 Jun 2024) hingga Ahad (30 Jun 2024).

Alhamdulillah, tiga hari yang penuh dengan semangat di mana para peserta kami, hampir 600 usahawan yang hadir bukan seorang diri bahkan key leaders mereka dari seluruh negara bahkan ada dari Brunei dan Singapura begitu bersemangat untuk mempelajari tentang teknologi AI dan bagaimana ia boleh membantu mengembangkan perniagaan.

Kami berkongsi bagaimana AI mampu meningkatkan strategi pemasaran, memudahkan kerja, dan membawa jenama ke tahap yang lebih tinggi. ๐Ÿค–๐Ÿ’ก

Saya amat berbangga melihat para peserta begitu bersemangat untuk mempelajari ilmu baru ini. Namun, belajar saja tidak cukup di mana mereka perlu berterusan menggunakan framework dan strategi yang telah diberikan.

Saya juga nak ajak semua usahawan dan rakyat Malaysia untuk turut sama mengambil inspirasi dari program GYBSM ini. Bunakan Ai dalam pemasaran you!!! Teknologi AI bukan sahaja milik masa depan, ia adalah alat yang boleh anda manfaatkan sekarang untuk membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih gemilang.

Namun, saya juga faham bahawa ramai pemilik bisnes menghadapi cabaran besar dalam pemasaran dan penjenamaan. Sebab itu kami bawakan GYBSM untuk membantu khususnya pemilik bisnes.

SUPER MARKETING: 10 CABARAN UTAMA yang sering dihadapi pemilik perniagaan dan bisnes dalam pemasaran:

  1. Kekurangan Idea dan Strategi Pemasaran:
  • Siapa yang rasa susah sangat nak dapat idea baru untuk kempen pemasaran? Setiap kali nak mulakan kempen baru, kepala buntu dan tak tahu nak mula dari mana. ๐Ÿ˜ž
  • Siapa yang rasa tak pasti strategi mana yang paling berkesan untuk bisnes anda? Asyik cuba pelbagai cara tapi hasilnya tetap sama, tak memuaskan. ๐Ÿ˜“
  • Siapa yang rasa dah merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang menyeluruh dan berkesan? Macam mustahil, kan? Rasa macam tiada hala tuju yang jelas. ๐Ÿ›ค

2. Kesukaran dalam Menghasilkan Kandungan:

  • Siapa yang rasa tak cukup masa atau kepakaran untuk hasilkan kandungan berkualiti tinggi? Bila nak tulis sesuatu, asyik tak puas hati dan tak cukup masa pula. โณ
  • Siapa yang rasa mencabar nak mengekalkan konsistensi dalam penulisan dan penerbitan kandungan. Sekejap ada, sekejap hilang sebab sibuk dengan perkara lain. ๐Ÿ“…
  • Siapa yang rasa tak tahu jenis kandungan yang paling menarik perhatian dan minat audiens? Asyik tertanya-tanya kenapa post kita tak mendapat engagement yang diharapkan. ๐Ÿค”

3. Bajet Pemasaran yang Terhad:

  • Siapa berdepan soal bajet terhad untuk jalankan kempen pemasaran yang besar atau guna alat pemasaran yang canggih? Rasa tertekan sebab nak buat lebih tapi kekangan duit. ๐Ÿ’ธ
  • Siapa yang rasa mencabar untuk mencari kaedah pemasaran yang efektif dengan kos rendah. Apa yang murah tak berkesan, yang berkesan pula mahal. ๐Ÿ’ก

4. Pengukuran Keberkesanan Kempen:

  • Siapa tak tahu macam mana nak ukur hasil atau keberkesanan kempen yang dijalankan? Semua data ada, tapi tak tahu nak interpretasi macam mana. ๐Ÿ“Š
  • Siapa tak tahu metrik atau KPI yang perlu diperhatikan untuk nilai kejayaan pemasaran. Rasa macam buat kerja sia-sia sebab tak nampak hasil sebenar. ๐Ÿ”

5. Penggunaan Teknologi dan Alat Pemasaran:

  • Siapa yang rasa tak mahir guna alat pemasaran digital seperti SEO, Google Ads, Facebook Ads, dan lain-lain? Rasa macam ketinggalan zaman dan tak tahu nak mula dari mana. ๐Ÿ“ฑ
  • Siapa yang rasa ketinggalan dengan perkembangan teknologi pemasaran terkini. Setiap kali ada teknologi baru, rasa macam perlu mula belajar dari awal lagi. ๐Ÿ”„

6. Pemasaran Media Sosial:

  • Siapa yang tak tahu platform media sosial mana yang paling sesuai untuk bisnes anda? Semua platform cuba, tapi tak ada yang benar-benar berkesan. ๐Ÿ“ฑ
  • Siapa yang rasa susah nak tingkatkan engagement dan followers di media sosial. Post banyak, tapi likes dan comments sikit. ๐Ÿ˜”
  • Siapa yang rasa mencabar nak pastikan aktiviti yang konsisten di media sosial. Kadang-kadang tak ada masa langsung untuk post apa-apa. ๐Ÿ“…

7. Segmentasi dan Target Pelanggan:

  • Siapa yang rasa susah nak kenal pasti dan faham target audiens yang tepat. Dah buat kajian tapi masih rasa macam tak kena dengan pasaran. ๐ŸŽฏ
  • Siapa yang tak tahu cara terbaik untuk menyasar pelanggan yang berpotensi. Asyik tembak kosong je, tak kena sasaran. ๐Ÿน

8. Pengurusan Masa dan Sumber Manusia:

  • Siapa yang rasa mengimbangi masa antara jalankan perniagaan dan uruskan pemasaran memang mencabar. Rasa macam 24 jam sehari tak cukup. โณ
  • Siapa yang rasa kekurangan sumber manusia atau pasukan yang khusus untuk pemasaran. Semua benda nak buat sendiri, akhirnya burnout. ๐Ÿ”ฅ

9. Persaingan yang Sengit:

  • Siapa yang rasa sukar nak menonjolkan diri di pasaran yang sangat kompetitif. Rasa macam sentiasa di belakang pesaing. ๐Ÿ
  • Siapa yang rasa tak tahu cara untuk tawarkan USP (Unique Selling Proposition) yang menarik dan membezakan daripada pesaing. Rasa macam produk kita sama je dengan yang lain. ๐Ÿ“ˆ

10. Pemahaman Perubahan Pasaran dan Trend:

  • Siapa yang rasa susah nak ikut perubahan dalam trend pemasaran dan keperluan pelanggan. Rasa macam sentiasa ketinggalan. ๐Ÿ“‰
  • Siapa yang tak tahu bagaimana nak sesuaikan strategi pemasaran dengan perubahan pasaran yang pantas. Rasa macam sentiasa terkejar-kejar. ๐Ÿš€

Ai dalam pemasaran

Dengan memahami 10 cabaran di atas ini, pemilik bisnes dan usahawan boleh lebih fokus dalam mencari penyelesaian yang tepat dan berkesan untuk meningkatkan strategi mereka dengan sokongan Ai dalam pemasaran & penjenamaan.

Saya yakin bahawa you semua mempunyai potensi besar untuk mengubah landskap perniagaan masing-masing. Teruskan usaha dan aplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari. Jangan lupa, ini baru permulaan kami membantu bangsa usahawan yang nak dibantu dengan penggunaan Ai masa ini.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memberi komitmen yang luar biasa. Teruskan semangat anda dan mari kita sama-sama menuju ke arah kejayaan yang lebih gemilang! Semoga berjaya dan jumpa lagi di program seterusnya! Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi Team RichWorks di sini.

Salam kejayaan,
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan

P.S.: Tahniah kepada usahawan yang hadir ke program GYBSM yang PERTAMA di Malaysia menggunakan AI Chat GPT untuk grow your branding & marketing. Anda adalah sebahagian daripada sejarah yang sedang kita cipta bersama!

Artikel terbaru

Leave a Reply