Adakah Bisnes Anda Punya Kekuatan?

Adakah Bisnes Anda Punya Kekuatan?

Saya ingin mulakan dengan soalan di atas kepada bangsa usahawan di luar sana.

Sekiranya anda ada kekuatan dalam soal penjenamaan, rekomendasi kenalan, penceritaan dan kajian sendiri dengan melihat review orang lain terhadap bisnes yang membuatkan anda ‘kalis’ krisis ekonomi.

Saya percaya sesebuah bisnes itu, misalnya sebuah restoran, ia akan tetap penuh walaupun ekonomi tidak berapa baik bila ada kekuatan di atas.

Bangsa usahawan tidak akan terkesan sangat sebab kekuatan yang dimiliki membuatkan pelanggan tetap datang untuk bersama dengan anda.

Pada masa sama, untuk membuatkan bisnes anda mampu bertahan, ia bukan hanya memerlukan doa malah strategi yang bagus.

5 soalan untuk anda

Bagi yang berniaga, jawab lima soalan ini untuk melihat keadaan sebenar bisnes masing-masing.

Bolehkah bisnes sekarang survive, malah berkembang tanpa anda?

Jika boleh, bermakna bisnes anda mempunyai sistem, struktur dan proses yang tidak kira dalam keadaan ekonomi macam mana pun, ia boleh sampai ke destinasi dituju.

Berapa simpanan wang peribadi anda?

Sekiranya bisnes tutup, wang simpanan sepatutnya boleh tampung kos operasi sekitar 36 bulan. Anda boleh survive sekurang-kurangnya setahun dalam bisnes dan diri sendiri.

Adakah bisnes anda mampu buat RM10 juta atau RM100 juta setahun?

Jika belum lagi pada tahap ini, bukan nak kata anda ‘lemah’ tapi sesuatu perlu dilakukan dan belajar lagi.

Adakah penjenamaan dan pemasaran anda lakukan susah?

Leads (prospek) akan diperoleh dengan mudah bila ia berlaku secara sistematik dan automatik.

Jika anda bersara, adakah pendapatan pasif yang diperolehi sama seperti sedang berniaga atau lebih lagi?

Ia menunjukkan di mana tahap bisnes dan diri anda ketika ini.

Bagaimana mahu memenuhi semua persoalan ini, jika anda masih melakukan perkara sama, namun mengharapkan keputusan berbeza!

Cabaran ramai usahawan adalah proses strategi dan pelaksanaan untuk mencapainya. Perkara paling besar dan berat sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Anda sendiri kena komited, tanpa komitmen bagaimana orang lain atau pasukan anda ada komitmen bagi membina bisnes.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Ya, Bisnes saya pun kekuatan dengan jenama yang sedang syarikat jual dan pasang..saya perlukan khidmat nasihat dan tunjuk ajar untuk mengukuhkan lagi dan berdaya saing dengan syarikat yang setaraf

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian anda. Untuk maklumat lebih lanjut, Whatsapp kami di 0192442244. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply