Adakah Anda Workaholic Dan Ada 6 Tanda-Tanda Ini?

Adakah Anda Workaholic Dan Ada 6 Tanda-Tanda Ini?

Workaholic adalah seseorang yang bekerja secara luar biasa dan mampu bekerja dan fokus pada kerja lebih lama daripada orang biasa. 

Mereka mempunyai kehidupan yang tidak seimbang kerana mengutamakan kerja berbanding dengan perkara yang lain. Ada dari mereka yang terlampau kuat bekerja sehingga menjadi obsesi. 

Kajian yang diterbitkan oleh Bloomberg tahun 2022 menunjukkan bahawa Kuala Lumpur adalah bandar ketiga di Asia yang penduduknya terlalu kuat bekerja. 

Orang yang workaholic berasa mereka perlu berjaya dan mempunyai banyak wang untuk merasa kepuasan dan bahagia. 

Tapi sebenarnya mereka terlupa, kunci kebahagiaan tak lengkap tanpa hubungan dan aktiviti harian sesama manusia. Sebab itu mereka terus bekerja tanpa henti.

Sesetengah orang mungkin tak dapat nak bezakan antara workaholic dengan ‘passionate’ terhadap kerja. 

6 tanda-tanda orang yang workaholic

  1. Tidak mahu membahagikan tugasan dengan orang lain dan cenderung untuk melakukan sendiri walau sekecil-kecil tugasan.
  2. Cuba masukkan perkara lain dalam kerja seperti aktiviti harian, penglibatan keluarga dalam pekerjaan dan sebagainya.
  3. Sentiasa memikirkan tentang kerja walaupun sedang bercuti atau sewaktu meluangkan masa bersama keluarga.
  4. Rasa cemas jika tidak berada di pejabat lebih daripada satu atau dua hari.
  5. Makan di meja kerja supaya boleh makan sambil bekerja.
  6. Selalunya menjadi orang pertama tiba di pejabat dan orang yang terakhir keluar.

Orang yang workaholic bukan hanya boleh menjejaskan diri sendiri, malah ia memberi kesan yang negatif kepada kehidupan keluarga dan rakan anda. 

Tak mustahil hubungan kekeluargaan anda mula renggang dan kesihatan anda boleh terjejas. 

Bagaimana cara orang yang workaholic bekerja?

Menyekat kreativiti

Orang yang ‘passionate’ dengan kerja akan menjadi sangat kreatif kerana dia sentiasa bersemangat dan ada masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk kerjanya. 

Lain pula dengan orang yang workaholic. Mereka bekerja ibarat mesin sehingga menyekat imaginasi dan kreativiti. 

Workaholic hanya mendorong diri mereka untuk terus mendahului apa yang mereka takuti tanpa menyedari apa perkara yang mereka boleh beri lebih banyak lagi.

Aktifkan mood negatif

Mampu buat tugasan dengan penuh bersemangat dan cekap adalah bagus dalam sesebuah organisasi. 

Namun tugasan yang tidak berkesudahan akan menimbulkan tekanan dalam diri. 

Orang yang workaholic tidak memiliki masa yang cukup dalam 24 jam. Malah mereka akan kehilangan banyak masa yang sangat bermakna dalam hidup. 

Anda gembira dengan keadaan ini? Mungkin anda rasa anda gembira, tapi adakah orang sekeliling anda turut gembira? 

Tabiat ini hanya akan membuatkan orang lain sukar untuk bekerjasama dan hubungan bersama keluarga akan menjadi renggang.

Masalah kesihatan meningkat

Fikiran orang yang workaholic mungkin merasakan dia mampu melakukan semua perkara, tapi tubuh badan manusia ada hadnya dalam melakukan tugasan. Ia perlukan rehat yang cukup. 

Cara hidup workaholic mengundang kepada lebih banyak kes keletihan, kebimbangan, tekanan darah tinggi serta masalah jantung. 

Gaya hidup yang tidak seimbang juga mengundang kepada penuaan yang lebih cepat dari usia sebenar.

Salah satu nasihat terbaik untuk orang yang sedar dia adalah workaholic, dapatkan bantuan professional. 

Bantuan ini boleh datang dari mentor dalam kehidupan atau bisnes, ahli terapi atau kaunselor dalam kerjaya bergantung kepada tahap ketagihan kerja anda. 

Seorang profesional boleh membantu menentukan sama ada anda berada dalam cara kerja yang salah atau tidak. 

Jika perlu ditangani, mereka juga boleh membantu anda mencipta tabiat yang lebih sihat.

Jika anda seorang yang workaholic, inilah masanya untuk membuat perubahan. 

Fikirkan tentang mengapa anda mula menjadi workaholic dan apakah keperluan dalaman yang anda cuba penuhi? 

Apabila anda memikirkannya dan dapat jawapan, anda boleh mula pulih dari kegilaan kerja anda dan mencapai kehidupan yang luar biasa. Insya-Allah.

Artikel terbaru

3 Comments

  • mohd azammi mohamad

    Terima kasih byk…Dato Wira dan Team..Thorrbaeekkk

  • Shahrul amar

    Saya ada masalah dalam perniagaan. Sudah berniaga selama 14 tahun, perniagaan semakin merundum :
    – semangat makin pudar
    – tenaga makin kurang
    – usia makin tua
    – penyakit makin memakan diri
    – deria makin kematu
    * Datuk Wira Dr. Azizan Osman..bantulah saya demi kelangsungan hidup dan masa depan anak bangsa

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas comment anda. Kami faham dan simpati dengan situasi tuan. WhatsApp kami di 0192442244 untuk kami bantu dari segi bisnes tuan. Semoga dipermudahkan urusan!

Leave a Reply