Ada Apa Dengan BillBoard? 3 Kelebihannya Untuk Anda

Ada apa dengan billboard?

“Eh, tadi dah ada billboard tu, ni pun ada lagi”

Selalu kan anda jumpa, kat tepi-tepi highway, jalan-jalan besar dan dekat pusat bandar pelbagai jenis reka bentuk billboard ni. Ada yang biasa-biasa je dan ada yang digital. Bila digital, dah macam slide show mereka buat, siap boleh gerak-gerak lagi.

Tu semua bergantung pada bajet yang anda ada. Bila bisnes anda dah maju sikit, apa salahnya anda buat pula iklan gunakan billboard ni. Asyik guna FB je, tambah la iklan yang lain pula. Bila anda guna billboard, lagi cepat mesej yang anda nak sampaikan tu sampai kepada pelanggan anda.

Bagaimanapun, dapatkan nasihat Mentor atau mereka yang mahir dulu bila ada keinginan untuk menaikkan billboard anda ya.

Nak tahu apa kelebihan billboard dalam pemasaran bisnes anda?

3 kelebihan billboard untuk anda:

  1. Orang mudah nampak

Disebabkan billboard ni biasanya besar, orang akan mudah nampak apa yang anda iklankan. Sebab tu, kalau peniaga iklankan bisnes mereka di billboard, mereka akan minimumkan guna perkataan. Apa yang mereka buat, mereka akan letak gambar sebesar yang boleh atau letak 3-4 patah perkataan yang besar saja. Anda rasa kenapa? Sebab, bila anda letak banyak patah perkataan, mana sempat nak baca. Tambahan pula dekat highway.

Billboard akan diletak di tempat-tempat yang sibuk supaya mudah orang nak tengok. Mereka akan lihat billboard anda samada mereka suka atau tak. Bukan setakat tengok sekali je, tapi berulang-ulang kali. Jadi, bila dah tengok banyak kali ni, pasti mereka akan sentiasa ingat iklan billboard anda. Betul ke betul?

  1. Boleh pilih tempat yang sesuai

Anda boleh letak iklan billboard anda di mana saja tempat yang anda suka. Asalkan ia tempat tumpuan ramai dan boleh beri impak yang sangat positif. Kalau anda seorang yang peka, kebanyakkan company akan letak billboard mereka di persimpangan lampu isyarat yang sibuk dan selainnya.

Dalam tunggu lampu isyarat merah bertukar warna, mereka akan ambil kesempatan ni untuk lihat apa yang ada di sekitar mereka. Dan kemungkinan juga, mereka akan baca apa saja yang mereka nampak. Faham ke faham?

Kalau anda nak tarik lebih perhatian, reka iklan lain dari yang lain. Gunakan warna-warna yang boleh menarik perhatian orang disekeliling. Biar iklan anda nampak luar biasa di mata mereka. Boleh kan?

  1. Pelanggan akan cari anda

Bila anda iklankan guna billboard, bukan anda yang cari pelanggan, tapi mereka sendiri yang akan datang cari anda. Sebabnya, iklan anda dah menarik perhatian mereka. Contohnya anda berniaga furniture. Bila anda beritahu orang ramai yang kedai anda buat jualan penghabisan stok dengan harga yang sangat murah, dan anda pula iklankan sebelum musim perayaan, boleh anda rasa apa yang akan jadi pada kedai anda?

Pasti kena serang habis-habisan kan? Itu la kesannya bila anda guna billboard untuk bisnes anda. Walaupun kosnya agak tinggi, tapi pasti sangat berbaloi untuk jangka masa yang agak panjang.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply