Aby Design & Build : Semua Disentuh Mesti Lingkup, Puan Nurfira Nekad Dibimbing Hingga Berjaya Capai RM1 Juta Pertama

Aby Design & Build : Semua Disentuh Mesti Lingkup, Puan Nurfira Nekad Dibimbing Hingga Berjaya Capai RM1 Juta Pertama

Sebelum ini, bermacam bisnes pernah diusahakan umpama bisnes hunter – pernah berniaga kedai runcit, jual burger, jadi ejen hartanah namun tak ada rumah terjual dan lain-lain.

“Senang kata semua benda yang saya sentuh mesti lingkup sebelum ini.”

Puan Nurfira Nizam

Beliau yang kini merupakan Pengarah Urusan ABY Vision Sdn Bhd (ABY DESIGN & BUILD) memang minat berniaga namun pada masa itu tidak tahu macam mana nak bina bisnes yang berjaya. Namun beliau mahu terus berniaga untuk keluarganya.

“Dulu sebelum mula bisnes ini (pembinaan), syarikat ayah pernah jatuh. Sampai kami terpaksa jual semua kereta dan gadaikan banyak benda.

“Masa itu, saya hanya mampu beli kancil lama untuk bergerak dan dengan kancil itu la saya sampai KL dengan partner untuk join first program IMKK RichWorks.

“Dan yg paling terkesan bila hari-hari makan lauk ikan termenung. Masa itu ikan termenung je murah. Bagi saya keputusan untuk saya teruskan bisnes ini adalah sangat penting sebab saya sayang keluarga, sayang orang yang ada saat susah senang. Jadi sangat penting untuk saya bangkit, mula buat bisnes ini sunguh-sungguh,” jelasnya.

Perjalanan Aby Design & Build

Puan Nurfira berkata, beliau mula masuk dalam bidang bisnes construction ini bermula awal 2016 selepas balik daripada first IMKK RichWorks.

Beliau dan partner start dengan nama Bina Rumah Penang bebekalkan pengalaman yang lepas termasuk bekerja dengan bapanya dalam construction dan keberanian selepas balik daripada IMKK pada Oktober 2015. Kemudian hujung 2017, bisnes lingkup sebab pengurusan cash flow yang sangat penting dalam bisnes.

Hujung 2018 saya cari balik Richworks masa last IMKK dan terus nekad untuk menyertai Mentorship SPIRE sebab tak nak langgar dinding lagi dalam bisnes.

Dan pada 2019, mula journey Aby Design & Build yang bertapak di Bertam, Penang, 100% bimbingan Mentorship SPIRE dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Hasil ilmu, strategi, sistem dan MenThor yang membimbingnya, mereka sudah dapat menjaga soal pengurusan kewangan.

“Saya belajar daripada pengalaman kejatuhan bisnes lepas dan bisnes ayah bila berdepan masalah cashflow. Daripada situ, saya dan partner mula jaga cashflow dengan join kelas pasal pengurusan bisnes dan kewangan daripada Tuan Haji Nasrul.

“Kedua, kami start bina sistem dan team. Dulu saya rasa semua benda boleh buat sendiri. Sampai 1 level bisnes stuck. Saya ingat lagi, Datuk Wira pesan untuk grow bisnes perlu ada manusia. So kami start ambil team. Dulu, kalau saya tak masuk office, sales pun tak masuk sekali. Alhamdulillah sekarang walaupun saya tak masuk office still masuk sales sebab ada team sales,” ujarnya.

Alhamdulillah di SPIRE beliau berjaya ‘upgrade’ banyak perkara antaranya dari pejabat keluasan 140 kaki persegi, Aby Design & Build kini dah ada pejabat yang lebih besar berkeluasan 1,400 kaki persegi. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menambah team jika dahulu bermula dengan berdua saja, kini sudah ada 7 orang dalam team.

Sudah tentu juga Aby Design & Build menyaksikan peningkatan jumlah jualannya. Tapi yang paling membanggakan Puan Nurfira kini sudah mampu mengeluarkan zakat perniagaan setiap bulan.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat