RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021
Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.
Sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata,, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.
“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.
“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga di Kuala Lumpur Convention Centre pada Ahad lalu.
RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam tanpa henti.
Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Datuk Wira sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.
“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.
“Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.
“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang, masih belum terlambat,” ujarnya lagi.
3 Comments
Program 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad. Bagi yang bekerja seperti saya yang susah nak ambik cuti boleh ke daftar sebab kalau dapat online pun sabtu setengah hari dan ahad satu hari. dah rugi sehari setengah. tolong beri solusi samada saya layak untuk mendaftar. terima kasih
Salam puan, puan layak mendaftar. Jangan lepaskan peluang untuk ikuti program ini ya.
Hai cik Puan Team Richworks sentiasa ada bersama anda. Sebarang pertanyaan boleh terus rujuk Team Richworks di talian wasap.my/60167136638.