Rata-rata orang yang berniaga pasti akan ada stigma atau pandangan tersendiri yang tertanam di dalam diri tentang bisnes. Kadang-kadang, apa yang mereka percaya itu tidak benar dan masuk akal sama sekali. Bagaimana perkara ini boleh timbul?
Selalunya, salah faham ini timbul kerana kurangnya ilmu tentang sesuatu perkara dan suka membuat andaian sendiri. Perkara ini tidak seharusnya timbul kerana ia melibatkan wang, masa dan tenaga anda.
“Cabaran paling susah di dalam proses memperbaiki kehidupan diri adalah dengan memperbaiki ‘sangkaan’ dan niat.” – Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Anda perlu melakukan setiap perkara dengan betul. Bermula dari niat, sangkaan dan disusuli dengan tindakan. Jika semua tersebut mantap, anda boleh berjaya dengan mudah.
Jom kenalpasti salah faham yang sering membelenggu para peniaga. Antaranya:
- Mesti Ada Modal Wang Untuk Bermula.
Ini adalah perkara yang lazim berlaku. Orang berfikir untuk mulakan sesebuah bisnes kena ada modal. Tak kira kecil atau besar, wang kena ada baru bisnes boleh jalan. Tidak dinafikan modal wang adalah salah satu faktor penting yang perlu diberikan perhatian, namun tidak semestinya tanpa wang anda tidak boleh berniaga.
Banyak bisnes tanpa modal yang boleh anda cuba untuk mulakan journey dalam perniagaan. Anda yang perlu bijak memilih mengikut kesesuaian diri. Mungkin anda juga terima kata-kata yang kurang sedap didengar dari orang sekeliling berkenaan modal antaranya:
“kalau nak buat bisnes kena ada banyak duit, kalau tak ada duit jangan sembang pasal bisnes..”
Ramai yang dah buktikan walaupun hanya bermula dengan menjadi Dropship atau Agent secara percuma mampu menghasilkan jualan ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit. Semua itu tidak mustahil untuk terjadi. Dengan adanya ilmu, azam dan minat yang tinggi terhadap bisnes, anda pasti akan mampu untuk menjayakannya.
Salah faham terhadap modal ini tidak sepatutnya wujud kerana ia sudah tidak relevan lagi pada waktu dan era sekarang dimana bisnes berkembang dan bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Peluang sentiasa anda untuk anda yang bijak mencari dan menggunakannya.
Jika anda menunggu hingga ada wang yang banyak untuk mulakan perniagaan, anda mungkin akan ketinggalan!
- Modal Besar Akan Menghasilkan Untung Yang Besar.
Tidak habis lagi berkenaan modal, ini juga antara kesalahan yang kerap menimpa para peniaga. Bagi anda yang baru nak mulakan bisnes atau sedang menjalankan bisnes, pastikan anda ambil perhatian pada point ini. Ramai orang beranggapan, lagi besar modal yang dilaburkan lagi besarlah keuntungan yang bakal diperolehi.
Kami juga bersetuju dengan tanggapan tersebut. Tapi, ia akan menjadi dengan menggunakan teknik dan ilmu yang diyakini berkesan. Anda tidak boleh sambil lewa melaburkan duit semata-mata mahukan untung. Tanpaa ilmu yang betul, mungkin ia akan menjadi perangkap kepada anda sekaligus membawa kepada kerugian.
Banyak contoh yang boleh diambil dari para peniaga yang sudah berjaya yang dahulunya melalui detik duka sebelum mencapai tahap kejayaan yang dirasai kini. Ada antara usahawan yang rugi ratusan ribu ringgit dek kerana ditipu dan silap percaturan dalam bisnes. Perkara itu terjadi kerana kurangnya ilmu.
Tidak semestinya anda perlu keluarkan modal wang yang besar untuk mendatang hasil keuntungan yang lumayan. Anda perlu bijak merancang dan mempraktikkan pelbagai cara untuk melihat tahap yang anda mampu capai dengan produk dan servis yang anda tawarkan.
Banyak jenis pemasaran yang boleh anda cuba. Dari zeko kos hinggalah ke kos yang mahal. Apa yang penting adalah bagaimana anda menjalankannya. Oleh sebab itulah anda perlukan circle dan MenThor agar tindakan anda itu BETUL dan membawa manfaat serta pulangan yang baik.
- Mesti Ada Kedai Yang Cantik Dan luas.
Tidak semestinya kalau nak buat bisnes kena ada kedai sendiri. Jika begitu, kalau ada modal RM50 ribu pun belum tentu anda dapat mulakan bisnes. Salah faham sebegini lah yang melambatkan dan menundakan kejayaan anda.
Jika anda sendiri belum mendapatkan ilmu yang betul berkenaan bisnes, bagaimana anda mahu handle kedai sendiri? Banyak perkara yang perlu anda fikirkan jika anda ada kedai atau premis perniagaan. Sudah tentu bila ada kedai, anda tidak cuti secara suka hati. Anda perlu beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan. Anda juga memerlukan kerja untuk memudahkan perniagaan anda berlangsung. Banyak kos dan aspek yang perlu dipertimbangkan.
Bila adanya premis, anda hanya akan bergantung pada pelanggan yang datangnya daripada kawasan tersebut sahaja. Bayangkan jika anda tiada ilmu bisnes, bagaimana anda mahu teruskan operasi dan bersaing dengan pesaingan yang ada?
Untuk pengetahuan anda, bisnes juga boleh dijalankan tanpa premis. Anda boleh mulakan dari rumah sahaja dan ia dikenali sebagai bisnes dalam talian. Anda dapat beroperasi sepanjang waktu tanpa bimbang untuk pergi kemana-mana kerana ianya lebih praktikal dan mudah. Pelanggan hanya perlu menghubungi anda jika mereka mahu membeli.
Kerja-kerja pemasaran juga lebih mudah untuk dilakukan dengan menggunakan platform atas talian. Tidak semestinya kalau nak buat bisnes kena ada kedai yang cantik dan luas. Mula dari bawah, bina dahulu keyakinan dan belajar dengan lebih mendalam cara untuk menguruskan bisnes. Bila bisnes anda semakin maju, barulah anda mulakan langkah dengan membuka atau mencari kedai agar dapat mempertingkatkan nilai bisnes anda.
- Hanya Produk Yang Bagus Akan Mudah Dijual.
“Mulakan dengan apa yang ada di tangan..” – Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Itu antara kata-kata yang banyak membuka mata para usahawan jutawan berjaya. Setiap produk mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersindiri. Tugas anda sebagai pemilik bisnes yang perlu mencari jalan untuk memastikan produk atau servis anda mendapat tempat di hati pengguna.
Fokus pada satu produk sahaja. Cari nilai dan keistimewaan yang ada pada produk tersebut. Kaji dan rancang sebaik mungkin untuk menginovasikannya. Jika kena dengan cara, produk anda akan menjadi rebutan ramai pelanggan di luar sana.
Yang penting, pastikan produk anda itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Pastikan ia dapat memberikan manfaat buat mereka dan juga diri anda. Bagi kami, tidak wujud produk yang tidak bagus, produk yang tidak bagus itu wujud jika anda yang tak bijak menguruskannya.
- Mudah Mendapat Untung Besar Dalam Masa Singkat.
Semua perkara yang berlaku memakan masa dan melalui pelbagai proses. Sama juga dengan bisnes. Tidak semestinya jika anda mula berniaga pada hari ini dengan melaburkan wang ke tempat yang sepatutnya, anda akan dapat pulangan untung pada keesokan harinya.
Mindset ini perlu diubah. Trust the process. Setiap perkara memerlukan masa. Sabar dan pastikan anda konsisten melakukan semua perkara dalam memastikan perniagaan anda terus beroperasi. Jika anda mempunyai MenThor, ilmu dan bimbingan yang betul anda akan dapat mencapai kejayaan dengan lebih mudah.
Ia diibaratkan sebagai jalan singkat yang boleh digunakan. Sama juga seperti belajar, jika adanya guru lebih mudah untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah atau soalan. Kita juga dapat elakkan daripada melakukan kesilapan! Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi peringatan buat anda terhadap salah faham yang sering terjadi dalam bisnes. Elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini. Anda komited nak dibantu dan dibimbing dengan ilmu bisnes yang diyakini berkesan? Daftar sekarang di www.binabisnesberjaya.com