Melanie Perkins, Bilionaire Muda Yang Tak Takut Kegagalan

Melanie Perkins, Bilionaire Muda Yang Tak Takut Kegagalan

Melanie Perkins merupakan wanita ketiga terkaya di Australia selepas Canva yang diasaskannya bersama 2 lagi rakannya telah dinilai $15 bilion pada 6 April lalu. Beliau merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada platform reka bentuk grafik online, Canva yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 15 juta pengguna sebulan di 190 negara.

Melanie Perkins berusia 33 tahun ini merupakan bilionaire termuda di Australia. Bapanya berasal dari Malaysia dan ibunya dari Australia mengasaskan Canva bersama Cameron Adams dan Cliff Obrecht.

“Idea untuk membuat reka bentuk dengan mudah merupakan idea pertamanya,” kata Melanie Perkins.

Ketika itu berusia 19 tahun (2006), beliau mengajar pelajar lain asas reka bentuk komputer yang jadi sebahagian pengajian komunikasi dan perdagangan ketika itu. Beliau terfikir, bukankah lebih baik jika terdapat satu platform dengan peralatan online bagi proses mereka bentuk dan mencetak poster atau flyer.

Melanie Perkins dan teman lelakinya yang kini suaminya, Obrecht membuat keputusan untuk membuat platform sendiri. Dari situ, mereka mewujudkan perisian reka bentuk online bagi pasaran majalan tahunan sekolah – Fusion Books. Lima tahun kemudian, ia menjadi platform terbesar di Australia dan diperluaskan ke New Zeland dan Perancis.

Siapa sangka, bermula di bilik ‘lounge’ ibunya dengan barangan yang berselerakan di mana-mana berjaya menjadi salah satu start-up yang paling berjaya – unicorn di Australia.

Meskipun dulu beliau merupakan seorang introvert dan takut untuk membina ‘networking’, Melanie Perkins sedar betapa pentingnya untuk bertemu dengan pelabur-pelabur. Beliau mengatasi ketakutan itu dan mula berjumpa dengan pelabur hingga ke Silicon Valley, bekerja lebih masa untuk siapkan pitch deck dan pembentangan ideanya kepada orang tak dikenali.

Perkins juga tidak takut kepada kegagalan. Beliau pernah ditolak lebih 100 kali dalam tempoh 3 tahun sebelum Perkins mendapat ‘ya’ pertamanya.

“Tapi saya terus saja belajar, mantapkan strategi saya dan kemas kini pitch deck sehingga kami mendapatkan jawapan ya,” jelasnya.

Akhirnya, usaha networking dan pitch dibuat beberapa tahun membuahkan hasil dengan pelaburan daripada selebriti, eksekutif daripada syarikat teknologi.

3 tips bagi usahawan terutama wanita untuk membina ‘unicorn’ :

  1. Nasihat terbaik saya boleh berikan adalah untuk anda bermula. Jika saya mendengar cakap-cakap orang, ketahui statistik berapa banyak start-up gagal atau sedar semua yang perlu dipelajari bagi buatkan Canva berjaya, saya tak akan bermula.
  2. Selesaikan masalah sebenar yang dihadpai ramai orang. Jika anda dapart menemukan masalah yang dihadapi ramai orang, ia akan membuatkan semua aspek lain dalam menjalankan bisnes akan bertambah mudah.
  3. Sasarkan niche dulu sebelum memperluaskan bisnes anda. Kami uji dengan idea Canva melalui bisnes pertama, Fusion Books yang niche adalah majalah sekolah tahunan di Australia. Selepas kita belajar banyak dan membuktikan idea itu, kami buat keputusan untuk menyelesaikan masalah lebih besar.

Artikel terbaru

6 Comments

Leave a Reply