Seperti semua tahu bahawa komunikai ini sangat luas skop dan sangat besar impaknya dalam kehidupan dan juga business kalau dipraktikkan secara konsisten dan betul. Ramai usahawan menghadapi masalah berkaitan dengan komunikasi. Antara feedback kami dapati ialah :
1. Key leader terlebih ‘bongkak’ selepas diberi kuasa dan tanggungjawab sehingga menimbulkan pelbagai perbalahan dalaman dengan pekerja lain dan Founder sendiri.
Bila dikorek lebih dalam rupanya key leader itu adalah sepupu kepada Founder. Bukan tidak boleh ambil saudara-mara atau adik beradik bekerja tapi komunikasi untuk set konteks dari awal lagi harus jelas.
2. Ada juga yang ada miss-communication di antara jabatan seperti team marketing/sales dan juga team operasi di mana mereka buat promotion tanpa berkomunikasi dengan team operasi yang menjaga stok. Ini menyebabkan stok tidak cukup, menjejaskan sales dan reputasi company. Perkara ini menimbulkan perbalahan dan salah menyalah antara mereka.
3. Begitu juga dengan seorang Founder ini, tujuan utama dia jadi Titan bukan untuk naikkan sales tapi lebih kepada tambah baik komunikasi supaya dapat berkomunikasi dengan baik bersama team. Struggle dia selama ini adalah komunikasi yang menyebabkan banyak perbalahan lain berlaku. Dia bersyukur sudah banyak kemajuan dan sekarang team tidak sabar tunggu setiap hari Isnin untuk masuk bekerja.
Dan banyak lagi perbalahan-perbalahan timbul disebabkan kurangnya komunikasi.Rasanya along the way kita nak kejar target sales, kita memang tidak boleh lari daripada perbalahan-perbalahan dalaman disebabkan kurangnya ilmu dalam berkomunikasi ini.
Jadi sementara kita mahu perbaiki komunikasi kita, kita juga tidak mahu perbalahan-perbalahan yang berlaku dan bakal berlaku boleh menjejaskan emosi dan tenaga kita dalam pengoperasian bisnes.
Jadi di sini kami ingin kongsikan sedikit tips untuk bantu usahawan terutamanya founder syarikat kenal pasti dan menangani perbalahan-perbalahan dalaman yang ada. Harap ini dapat membantu.
Untuk pengetahuan anda, perbalahan boleh berlaku bila-bila masa, bila mana ada pihak tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Mungkin di antara 2 orang pekerja, mungkin antara jabatan dengan yang lain atau antara key leader dengan team di bawahnya.
Antara perkara yang disarankan:
1. PEKA DAN KENAL PASTI PERBALAHAN YANG BERLAKU
Bila perbalahan berlaku, jangan abaikan atau pura-pura tidak perasan atau fikir ia boleh selesai dengan sendiri. Perbalahan yang kecil ini akan jadi lebih besar tanpa disedari sehingga boleh menjejaskan operasi syarikat. Sentiasa peka tentang sesuatu perkara yang berlaku sama ada kecil atau besar.
Terapkan budaya terus terang dan jujur di semua bahagian untuk laporkan sekiranya sesuatu perbalahan akan berlaku atau telah berlaku. Tindakan pantas harus dibuat untuk kenal pasti tahap kritikal sesuatu perbalahan, siapa yang terlibat dan apakah impak yang boleh berlaku.
Bukan mencari salah sesiapa tapi lebih kepada langkah berjaga-jaga kerana api yang kecil menjadi kawan tapi bila besar boleh membakar hangus semua.
2. BERCAKAP MENCARI JALAN PENYELESAIAN
Selepas kita kenal pasti tahap kritikal sesuatu perbalahan, mula mencari puncanya dan mula bercakap dengan orang-orang yang terlibat. Cari tempat yang sesuai dan tiada gangguan dan mula kenal pasti dengan lebih dalam apakah yang sebenarnya berlaku.
Bukan mencari salah atau menyalahkan sesiapa tapi lebih untuk faham situasi dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Beri masa yang cukup dan sesuai untuk masing-masing luahkan apa yang berlaku.
Jangan biarkan sesiapa memonopoli komunikasi ini atau mengawal situasi ini. Setiap orang yang terlibat secara langsung harus fokus tentang perkara yang mereka tidak bersetuju dan apa yang mereka rasa berkenaan perkara ini.
Ingat ini bukan masa untuk attack sesiapa dan atau salahkan sesiapa tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian supaya perbalahan tidak melarat ke tahap yang lebih teruk. Latih perkara yang sama kepada key leader supaya mereka boleh lakukan yang sama pada team di bawah mereka.
3. MENDENGAR DENGAN TELITI
Sangat penting untuk bagi perhatian sepenuhnya semasa process mencari jalan penyelesaian ini. Jangan mencelah dan jangan kondem mereka. Pastikan kita benar-benar faham situasi yang cuba disampaikan dan jangan terlalu cepat jatuh hukum. Ini boleh menyebabkan ramai yang tidak mahu berkongsi dengan kita lagi selepas ini.
Jadi lebih baik kita faham keseluruhan jalan cerita dan ulang semula apa yang kita faham bagi mengelakkan kekeliruan. Beritahu mereka apakah impak yang berlaku pada company sekiranya mereka tidak selesaikan sesuatu perbalahan dan juga untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi.
Kita juga boleh meminta mereka untuk cadangkan possible solution untuk mengatasi masalah ini tetapi ianya bergantung pada kepada level sesuatu perbalahan.
4. MENCARI PERSETUJUAN
Perbincangan kita adalah lebih fokus kepada perkara yang tidak dipersetujui yang telah menimbulkan perbalahan tersebut. Fokus juga harus lebih kepada perkara yang positif dari yang negatif bagi mengelak perbalahan menjadi lebih teruk.
Cari titik persamaan dan fokus kepada kebaikan yang pernah mereka buat atau apa yang kita suka tentang idea mereka supaya keadaan menjadi lebih tenang. Tunjukkan yang kita sanggup cari jalan penyelesaian untuk memperbaiki hubungan tanpa memihak kepada sesiapa.
Keputusan yang kita buat dari perjumpaan ini adalah berdasarkan kepada perkara yang telah dipersetujui bersama di dalam perbincangan ini.
5. MEMBERI BIMBINGAN dalam menyelesaikan perbalahan.
Sebagai leader kita sepatutnya berkeupayaan mengenal pasti sesuatu perbalahan sebelum ianya berlaku lagi dengan mengikut pattern atau pengalaman lepas. Dari pengalaman juga kita boleh tahu siapa salah siapa betul tapi kita tidak boleh menyebelahi sesiapa.
Cara kita membuatkan siapa yang bersalah akan memperbaiki diri dan cara mereka bekerja dan yang tidak bersalah sepatutnya jadikan pengajaran supaya tidak buat seperti yang telah berlaku.
Untuk itu kita patut bimbing perbincangan tersebut ke arah menyelesaikan masalah sebenar bukan tersasar, tidak menyakitkan lagi hati sesiapa dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Sekiranya perlu beri mereka step apa yang patut dibuat selepas ini dan jelaskan apakah yang kita harapkan dari mereka untuk mereka buat selepas perjumpaan ini.
6. MEMAAFKAN SECEPAT MUNGKIN
Setiap perbalahan perlukan jalan penyelesaian yang jelas dan semua pun patut tahu impak yang telah berlaku supaya jelas untuk tidak mengulanginya lagi. Selepas itu memaafkan sesama sendiri dengan penuh ikhlas adalah yang terbaik. Lupakan semua perasaan yang tidak perlu dan business harus diteruskan bukan terus melayan perasaan.
Tetapi sekiranya orang yang sama telah berkali-kali menimbulkan pelbagai perbalahan, tindakan tegas harus diambil dan penglibatan HR di dalam perkara ini harus dibuat mengikut garis panduan company atau saluran undang-undang/akta pekerja yang sedia ada.
Harap cadangan ini dapat mengurangkan stress dan masa untuk menangani perbalahan yang berlaku. Kita tidak mahu masa dan tenaga kita terbuang untuk perkara-perkara ini sedangkan kita ada banyak lagi benda harus dikejar.
Jangan biarkan perkara ini menghalang anda daripada mencapai target dan goal. Jika membiarkan perkara ini atau lambat bertindak, kemungkinan besar ia akan mengganggu malah boleh menghalang proses kejayaan anda.