Teruja apabila soalan ini diajukan. Tiba-tiba satu semangat datang yang terus menusuk dalam jiwa. Gementarnya hati nak mengaku AKU BOS! Sedar tak sedar anda yang bina bisnes dari dahulu lagi.
Pahit manis anda lalui itu adalah penyebab siapa anda dahulu dan siapa anda sekarang. Ramai yang rasa bila buat bisnes sekarang bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sayangnya apa yang berlaku hari ini adalah anda sendiri tidak yakin dengan diri anda. Anda sendiri rasa bahawa ”Aku sudah selesa”, dan anda sendiri rasa ”Cukuplah dengan apa yang aku ada”. Jika inilah yang bermain dalam fikiran anda, berapa banyak masa yang anda telah buang? Bisnes 5 tahun, 10 tahun anda tetap di tahap yang sama.
Cakap dengan diri sendiri, “Aduh, ruginya aku selama ini!”. Ingat kembali masa mula-mula bisnes dahulu betapa beratnya kepala untuk fikirkan apa yang harus dilakukan. Susahnya nak buat marketing, susahnya nak uruskan duit entah bergaji entah tidak, susahnya nak uruskan pekerja, dan susahnya nak uruskan produk setiap hari.
Kalau nak bina bisnes kena ada strategi, kena ada pekerja dan yang paling penting kena ada ilmu. Sampai bila hidup asyik nak mengeluh?
Takkan nak tunggu sudah terhantuk ditimpa tangga baru boleh sedar. Bangunlah dari fikiran selesa itu.
”Engkau Bos! Bisnes ini bisnes engkau!”
Cuba jerit ”Aku Bos! Aku Bos! Aku Bos!”. Apa yang anda rasa sekarang?
Cepat buat sesuatu, masa tak akan menunggu anda, masa tak akan mengejar anda dan masa tak akan berhenti untuk anda buat sesuatu tindakan. Mana pergi semangat anda masa mula-mula nak buat bisnes? Janganlah hangat-hangat tahi ayam. Dulu cakap nak jadi kaya, nak hidup senang, nak bagi keluarga senang. Tapi apa yang telah berlaku? Malukan dengan diri sendiri…
Usah berhenti belajar! Usah mudah rasa kecewa dengan bisnes sendiri! Kenapa perlu fokus pada masalah? Jom kita fokus cari jalan penyelesaian! Dalam dunia kehidupan, bekerja atau bisnes pasti ada masa naik dan ada masa turun kan?
Persoalannya, adakah kita pilih untuk sentiasa naik ke atas? Atau selesa untuk tahap mendatar? Tidak mungkin nak pada tahap yang menurun, betul? Jangan sesekali kita berasa sudah cukup pandai, sombong dan rasa semua perkara kita dah tahu… sewaktu itu kita sudah pun menempah kegagalan.
Yang lepas biarlah lepas. Penting yang lepas untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran diari hidup anda sebagai seorang usahawan. Mulai dari hari ini, saat ini dan detik ini cuba renungkan kembali apa yang perlu diperbaiki dalam bisnes anda. Lihat kembali apa yang anda buat betul dalam bisnes? Jangan tinggalkan apa yang anda buat betul dalam bisnes, anda perlu 10 kali ganda apa yang anda buat betul!
Duduk dan fikirkan di mana tahap bisnes anda sekarang? ”Eh, aku bos aku mesti tahu tahap bisnes aku sekarang. Kalau dulu aku boleh buat sales puluh ribu, ratus ribu, mungkin kali ini aku nak capai 1juta.” Bagaimana nak capai? Apa kata mulakan dengan 10 kali gandakan ilmu dan tindakan anda!
1 Comment
Sangat menyusuk kalbu…